HARI KEDUA 29 APRIL 2018 (1)
Sydney Airport - Opera House - Forecourt 


Sky High

Voyager 3D

1.32 pagi, dari voyager 3D, menunjukkan jarak pesawat ke Sydney tinggal lagi 1550 batu. 1.56 pagi, berada antara Alice Spring dan Ayers Rock. Dijangka sampai 6.05 pagi (waktu Sydney). 2.31 pagi, continental breakfast diedarkan. Tiada pilihan. So just take a bite. Makan sekadarnya. 2.47 pagi, tinggal 3 jam lagi untuk sampai. 


Continental Breakfast

Sky Hot Tea

Relaxing Time

Group T'ganu

2.52 pagi, terpaksa beratur di depan toilet, to relieve onself. 3.00 pagi, jarak semakin berkurangan. Berbaki 566 batu. 3.07 pagi, jarak ke Sydney hanya 490 batu. Ketinggian juga turut berkurangan kepada 4100 kaki.


Laluan Flight

Lokasi Flight

3.14 pagi, solat hormat waktu. Saat ini kebanyakan penumpang sudah bangun dari tidur. Hanya terdengar suara-suara bisikan. Kadang-kala diselangi batuk-batuk. 3.32 pagi, terasa bergegar. Namun kembali tenang.

3.43 pagi, jarak ke Sydney tinggal lagi 110 batu. Ketinggian juga semakin berkurangan kepada 3400 kaki. 3.48 pagi, kelajuan semakin dikurangkan kepada 354 bpj. Begitu juga ketinggian hanya 2100 kaki.

4.03 pagi, hanya berbaki 26 batu. Kelajuan dikurangkan kepada 268 bpj. Begitu juga ketinggian  kurang kepada 1732 kaki. 4.05 pagi, tinggal lagi 11 batu. Berkelajuan 215 bpj dengan ketinggian 1312 kaki.


Sydney Airport

A bird's-Eye View

Panoramic Airport

4.11 pagi, jarak hanya 1 batu dengan kelajuan 159 bpj. Aras ketinggiannya hanya 173 kaki. 4.11 pagi, waktu di Sydney saat ini ialah 6.11 pagi. Akhirnya pesawat membuat touch down. Syukur alhamdulillah, selamat sampai di Sydney Airport.

(Selepas ini menggunakan waktu Sydney iaitu 2 jam ke hadapan)

Inilah kali pertama  sampai di Sydney International Airport. Yang  terletak 8 km dari selatan pusat bandar Sydney, di pinggir kota Mascot. Benar-benar terasa excited and thrilled. Bagaikan tidak sabar to explore the stories behind the reality. 

Setiap minit dan setiap hari, keajaiban akan menjadi pengkisahan. Saperti kata Ibn Battuta, "speecless, then turns you into a storyteller". Sebenarnya yang penting bukan apa yang dilihat tetapi apa yang tersirat. Setiap yang didengar akan menjadi iktibar dan setiap yang ditanya akan menjadi makna.


Surah Al Ankabut. Ayat 20
Katakanlah: “Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah mencipta (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi”.

Pesawat seterusnya bergerak perlahan-lahan sepanjang landasan. 6.18 pagi, terus berhenti. Beberapa penumpang bingkas bangun. Tak sabar-sabar nak turun. 6.27 pagi, baru pintu pesawat dibuka. Para penumpang mula bergerak melalui aisle.


Sudut Airport

Tax & Duty Free

Wasting Time

Kemudian keluar dari pintu pesawat. Terus ke laluan aerobridge. Seterusnya, just follow the flow. 6.36 pagi, melalui beberapa kedai bebas cukai. 6.42 pagi, masing-masing melegakan diri di rest room. Kemudian berkumpul di ruang Tax & Duty Free.


Baggage Carousel

Baggage Reclaim

Wajah Teruja

Excited Smile

6.55 pagi,  kelihatan para penumpang bertali arus di laluan. 6.59 pagi, mengambil beg di baggage carousel. Kemudian berbaris di kaunter pemeriksaan pasport. 7.04 pagi, berbaris pula di kaunter kastam. Terpaksa melalui prosedur yang meletihkan dan membosankan.  Anxiety of nothingness. Sometimes boredom deprives our wisdom.


A Moment

Of Dream

Beyond Reality

7.19 pagi, ikut panduan lampu merah. Kemudian berbaris mengikut laluan hingga ke pemeriksaan bagasi. Seekor anjing mencium-cium beg untuk mengesan dadah. Cemas juga.

7.31 pagi, disambut oleh local guide bernama Marta, orang Indon. Seterusnya berkumpul di balai ketibaan B. 7.55 pagi, bergerak keluar dari airport. Malangnya terpaksa bersesak-sesak hingga ke pintu  balai perlepasan.

8.01 pagi, masing-masing melangkah ke arah bas sambil menarik beg beroda. Pemandu mengalu-ngalukan ketibaan 26 orang Poto traveller. Pemandu merangkap local guide mengenalkan diri sebagaI Samuel. Juga orang Indon.


Sydney Tower

Seterusnya naik bas TB8215. 8.08 pagi, baru bertolak. Malangnya jalan raya juga turut sesak. 8.25 pagi, baru keluar dari kawasan airport. 8.35 pagi, melintasi Annie Green Court. Kemudian melalui beberapa bangunan heritage. Sempat juga melihat Sydney Tower.

8.37 pagi, melintasi Central Station. Kemudian melalui Griffith Tead, High Park dan gereja. 8.44 pagi, melintasi Parlimen House dan patung berkuda dengan replika King Edward VII. Anak sulung Ratu Victoria, yang meninggal dunia pada Mei 1910. Pemerintahannya  agak singkat dari tahun 1901 hingga 1910. 


Macquarie Street

Laluan Pedestrian

Menyusuri Laluan

8.48 pagi, akhirnya bas berhenti di Macquarie Street. Group Poto turun dan menyusuri laluan pedestrian. Melintasi Royal Botanic GardenAngin dingin dari Lautan Pasifik Selatan  memuput di sepanjang laluan. Bagaikan menyambut kedatangan. 


Royal Botanic Garden

Rimbunan Hijau

Imbasan Cahaya

Penghujung Macquarie Street diakhiri dengan bulatan. Di tengah-tengahnya terdapat Allen Lewis Fountain. Dari sini keseronokan penjelajahan mula terasa. Lalu mencatat "apa yang terpandang di mata dan dan apa yang teransang di jiwa".



Pelabuhan Sydney
Apabila dari jauh lagi sudah kelihatan tersergam Sydney Harbour bridge dan Opera House. Pemandangan yang begitu dramatik dan panoramic. Dilatari kilauan ombak-ombak laut  dan  imbasan warna-warni di kaki langit. Bagaikan, horizon of dreams.



Overseas Passenger Terminal

Perairan Circular Quay

Kelihatan sebuah kapal persiaran berlabuh di Terminal Penumpang Sydney Cove di perairan Circular Quay. Di hujung dataran forecourt pula, jelas kelihatan Opera House. Puncak melengkung Concert Hall dan Opera Theatre tiba-tiba muncul dari laut. Bagaikan terapung-apung. 


 Opera House

Masterpiece Of Creativity

Sidewalk Opera House

Begitu menarik bentuknya. Bangunan arca yang melengkung, berbentuk kiub dengan segi empat tepat. Telah mengubah image seluruh landskap Australia. Tidak hairanlah Sydney Opera House, dikatakan sebagai “masterpiece of human creative genius”.


Bueh-bueh Laut

Bunga-Bunga Senja

Bangunan dan sekitarnya mengelilingi seluruh Bennelong Point di Sydney Harbour. Bersebelahan dengan daerah perniagaan pusat Sydney dan Royal Botanic Gardens. Juga berhampiran dengan Sydney Harbour Bridge.



Forecourt Opera

Outdoor Event

A Memoir

Habour Bridge

The  "Coathanger"

Jambatan Sydney Harbour dikatakan gerbang jambatan keluli. Menjadi laluan kereta api, kenderaan, basikal, dan lalu lintas pedestrian. Menghubungi pusat perniagaan Sydney dengan North Shore. Kerana bentuknya yang melengkung ia dijuluki sebagai "The Coathanger"


Sedingin Bayu

Looking Good

Set T'ganu

Veteran Poto

Candid Moment

Opera House yang lebih terkenal, menjadi pusat persembahan seni multi-venue di Sydney. Menjadi salah satu daripada bangunan ikon yang paling popular dan unik di abad ke-20. Pada 28 Jun 2007, Opera House diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Sidewalk Opera

Forecourt Opera

Bayangan Opera

Ia direka oleh arkitek Denmark, Jørn Utzon. Bangunan ini secara rasminya dibuka pada 20 Oktober 1973. Opera House dan sekitarnya, kelihatan mengelilingi seluruh Bennelong Point di Sydney Harbour.


Point Of Intertest

Stand Tall

Everlasting Beauty

Veteran Poto hanya menjelajahi Forecourt, Sidewalk dan Western Broadwalk. Bagaimanapun set T'ganu terus naik tangga hingga ke laman Box Office Entry. Turut merakam beberapa sudut fotografi di sekitar restoran Guillaume at Bennelong. Bagai meraikan everlasting beauty.