Qalam Perjalanan

HARI KETIGA 23 DISENBER 2017 (2)
Warisan Melayu RZ Nasi Kukus - Stesen Petronas Gambang
 - Plaza Tol Kuala Telemong – Teratak Sri Teratai


RZ Nasi Kukus

2.01 petang, lunch di  Warisan Melayu RZ Nasi Kukus. Terletak di Jalan Dataran Suria, Bandar Puncak Alam. Kelihatan agak kurang pelanggan. Mungkin dah melewati peak hour. Bagaimanapun masih ada lagi untuk pelanggan yang terlewat.


Jalan Dataran Suria

Ayam Goreng Rempah

Kaunter Layan Diri

Lalu Ibu dan Nenek beratur di kaunter self servise. Beberapa minit kemudian terhidang di meja. Aroma ayam goreng rempah benar-benar menusuk selera. Terliur, mungkin kerana lapar. Ayra sudah pasti “on your mark”. Bersedia untuk suapan yang pertama.


Aroma Goreng Rempah
T
Menusuk Selera

Berbaloi RM41.50

Pasal makan, Ayra no kompromi. Kadang-kadang sampai “bercakaran” kerana merebut selera. Suasana restoran petang ini agak tenang dan selesa. Tiada keramaian dan tiada keriuhan. Agak kurang “sound bite”. Hanya bisikan melodi lapar. Lebih-lebih lagi kurang lagaan sudu dengan garfu.

2.33 petang, baru selesai soru. Boleh tahan, dan agak berbaloi juga dengan kos RM41.50. Bagaimanapun hanya kekenyangan yang sederhana. Memadai untuk menyuntik tenaga. Memberi keselesaan untuk meneruskan perjalanan.

Akhirnya terpaksa meninggalkan Acik, setelah dua hari bersama-sama. Lalu bersalaman dan berpelukan sebelum meneruskan perjalanan pulang. Ayla dan Ayra bagai tidak mahu melepaskan Acik. Kelihatan bergenang air mata Ayla. Bagaikan kesedihan menusuk kalbu.

2.36 petang, bertolak. 2.41 petang, melintasi Puncak Bestari. Seterusnya, melalui Projek Ecoworld “creating tomorrow and beyond”. Kemudian masuk laluan 54 Kuala Selangor. 2.53 petang, melintasi Kompleks Operasi Litar. Seterusnya melalui ladang kelapa sawit.

2.56 petang, melintasi  kawasan rehat Kundang. Seminit kemudian, touch ‘n go di Tol Kuang. Masuk lebuh raya Guthrie, Jalan Kucing. 3.00 petang, masuk sempadan   daerah Gombak. 3.02 petang, touch ‘n go di Tol Taman Rimber Templer. 3 minit kemudian masuk  Hutan Lipur Kucing.


Konvoi Kenderaan

Kesesakan Cuti Krismas

Terus ke  Jalan Ipoh. 3.13 petang, jalan mula sesak.   Kemudian ke simpang kiri masuk susur keluar ke Kuantan. Namun laluan masih sesak lagi. 3.21 petang, hujan mula turun. Sedikit mengganggu perjalanan. Terpaksa bergerak perlahan-lahan, dan berhati-hati.

3 orang cucu sudah lama hanyut dibuai mimpi. Bermimpikan kolam renang. 4.29 petang, melintasi Kg. Sri Gombak. Masuk Jalan Ulu Kelang. 3.31 petang, isi minyak di setsen Shell. Terpapar iklan fuel save "kini dengan dnaflex". 3.39 petang, meneruskan perjalanan. Seminit kemudian touch ‘n go di Tol Gombak.

Karak 60 km lagi. 3.47 petang, jalan mula mendaki. Lebuh raya bagaikan di atas rumah-rumah. Saat ini hujan masih lagi turun. Lalu membataskan pandangan. Terpaksa berhati-hati, kerana jalan licin. Bagaimanapun jalan masih lagi sesak. Kereta bergerak perlahan-lahan. Ekor-mengekor sambil mendaki bukit.


Peta Terowong E8

Terowong Genting Sepah

Terowong 900 Metre

4.04 petang, masuk terowong Genting Sepah. Terowong lebuh raya pertama, sejauh 900 m. Perjalanan kembali lancar. 3 minit kemudian sesak kembali. Terasa menuruni bukit tinggi. Melintasi Kg. Bukit Tinggi. Seterusnya melalui kawasan hutan. 4.21 petang, Ayla dan Ayra terjaga dari tidur. 4.22 petang, touch ‘n go di Tol Bentong. 

Ketika ini awan mendung mula melatari puncak bukit. Rimbunan hijau pula kelihatan  semakin pudar dalam cahaya senja. 4.33 petang, melalui Plaza Tol Karak. Di sini tamatnya lebuh raya KL – Karak. Sebaliknya bermula pula lebuh raya Pantai Timur.

4.39 petang, melintasi kawasan rehat Lanchang.  5.00 petang, masuk sempadan Maran. Tidak sedar,  kaki langit sudah  kahilangan warna senjanya. Bukit-bukau di kejauhan kelihatan samar-samar. Malah berbalam-balam dalam renyai-renyai hujan. 5.26 petang, berhenti di stesen minyak petronas Gambang. Sempat solat jamak takhir.

Ayla dan Ayra sempat lagi makan maggi hot cup. Mungkin lapar selepas tidur. 6.06 petang, bertolak. Kabus senja kelihatan terapung-apung memenuhi kaki bukit. Sedangkan kekegelapan perlahan-perlahan  menyelimuti rimbunan hijau. Terasa kali ini perjalanan bagaikan memburu waktu.

6.36 petang, melintasi kawasan rehat Perasing. Kelihatan kabus di celah-celah rimbunan kelapa sawit. Sisa-sisa senja masih lagi melatari kaki langit. Alangkah indah dan syhdunya saat menyaksikan perubahan alam di sepanjang  lebuh raya. Lalu malam perlahan-lahan berlabuh. Menjadikan pohon-pohon sepanjang jalan siluet yang kaku dan menakutkan.

 6.57 petang, Kuala Terengganu berbaki 127 km. 7.00 malam, hujan tiba-tiba turun agak lebat. Namun berhenti pula secara tiba-tiba. Sekali-sekala turun renyai-renyai. Bagai meraikan waktu magrib di lebuh raya. Bagaimanapun  mengganggu sedikit perjalanan. Kereta terpaksa bergerak perlahan-lahan. Berhati-hati.

7.18 malam, melintasi simpang Kuala  Dungun. 7.32 malam, Kuala Terengganu berbaki 74 km lagi. 7.46 malam berbaki  48 km. 7.48 malam, melintasi kawasan rehat Ajil. Namun hujan lebat semula. 7.55 malam, singgah di  plaza tol Kuala Telemong. 8.05 malam, solat takdim. 8.11 malam, baru bertolak.

8.13 malam, susur keluar ke Kuala Telemong. 8.15 malam,  keluar dari lebuh raya. 8.17 malam, masuk simpang Kg. Kubang Palas. 1  minit kemudian masuk sempadan Kuala Terengganu. Lalu menyusuri malam, melalui perkampungan tradisi: Pulau ManisBatu Hampar dan Kg. Peradong.


Sri Teratai

Baiti Jannati

8.22 malam, singgah kedai Tok Man. Ambil 6 bungkus nasi lemak yang telah dipesan. 8.26 malam, masuk simpang T9 Manir. 8.27 malam, akhirnya selamat sampai ke Teratak Sri Teratai. Syukur alhamdulillah.

HARI KETIGA 23 DISEMBER 2017 (1)
Restoran Selasih LeoPacific – Kolam Renang Leo 
– UITM Puncak Alam


8.53 pagi, keluar dari bilik 813. Turun ke lobi hotel. 9.02 pagi, terus masuk ke restoran Selasih. Pagi ini agak ramai pelanggan berserapan. Suasana agak luar biasa. Mungkin ramai mengambil kesempatan cuti Krismas untuk berlibur. Di samping merebut tawaran shopping Krismas 70%. Sudah pasti Sogo menjadi destinasi shopping spree.


Fountain Of LeoPacific

Food Stall

9.03 pagi, terus mencari meja makan. Bagaikan “full house”. Dalam keramaian begini agak sukar mendapat meja kosong. Akhirnya terpaksa menuggu di meja yang masih berbekas sisa makanan. Tak sempat nak bersih. Selepas memilih makanan, baru duduk menjamu selera.


Selera Mata

Menjamu Selera

Bagaimanapun pelanggan masih berdatangan. Sampai tak cukup pinggan. Makanan dan air minuman juga terpaksa ditambah.  Suasana menjadi agak riuh-rendah, bagaikan "pasar makan". Berlaga sudu dengan garfu. 9.52 pagi, baru selesai. Lalu terus naik lif. Kemudian masuk bilik 813.


Makan Bersuap

Memenuhi Selera

Pencuci Mulut

Nenek dan Acik tidak ada dalam bilik. Mungkin sekarang di Sogo. Memenuhi sisa-sisa dendam yang tak tertebus semalam. Mungkin tengah shopping "sakan". Mungkin hanyut bersama-sama dalam keramaian. Dalam hiruk-pikuk para pelanggan yang berebut-rebut untuk memenuhi idaman 70%.

Sogo salah satu daripada peruncit terkemuka di Malaysia. Menawarkan pelbagai jenis produk dari kosmetik dan wangi-wangian, pakaian berfesyen, kelengkapan rumah dan alat elektronik. Termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Restoran juga disediakan untuk memenuhi selera. Menjual pelbagai makanan tradisi, Asian cuisine dan Western cuisine.


Peace Of Joy

Flying Kiss

10.14 pagi, cucu-cucu keluar bersama Baba dan Ibu. Untuk menunaikan janji sebelum tidur malam. Janji "mandi  kolam" ini, terbawa-bawa sampai ke dewan makan. Akhirnya tertunai juga pagi ini. Ayla dan Ayra kelihatan bergaya dengan bakini, manakala Aqeef dengan pakaian renangnya.


Diselimuti Keceriaan

Smile Of Joy

Dalam Keseronokan

10.44 pagi, Atuk pula terpaksa keluar dari bilik. Terasa sunyi apabila keseorangan. Dalam usia yang meniti lewat 60-an, kadang-kadang khayalan yang menakutkan sering menerjah. Sebab itu Atuk perlu hanyut dalam keramaian, dan perlu tenggelam dalam keriuhan. 


Terapung-Apung

Bersantai

Berusia bukan bererti “bertapa”. Duduk bersendirian, attitude in solitude. Membuka lampiran-lampiran nostalgia. Lalu membiarkan diri hanyut dalam memori-memori indah. Walhal segala-galanya telah berlalu. Sebaliknya masa hadapan sedia dan setia menanti untuk diterokai.

10.52 pagi, lalu turun lif ke tingkat 3. Melalui depan Raja Laut Ballroom terus ke kolam renang.  Sebagai shift, Ibu pula yang naik untuk berkemas-kemas. Ayla dan Ayra masih lagi dalam kolam. Keseronokan terpapar di wajah. Terapung-apung dengan penuh khayalan kepuasan. Akhirnya tertunai juga janji.

11.17 pagi, sudah menggigil kesejukan baru keluar dari kolam. Akibatnya kulit mengecut dan bibir menjadi kebiru-biruan. Demikian penangan kolam renang. 11.28 pagi, terus naik lif. Kemudian masuk bilik 813. Seterusnya bersiap-siap untuk check out.


Adieu LeoPacific

Terasa Sayu

Daftar Keluar

12.11 pagi, keluar dari bilik.  Terus mengangkut beg-beg  turun staircase ke basement P2. 11.26 tengah hari, Baba packing beg-beg ke dalam hillux. Kemudian  baru Nenek dan Acik menyusul. 12.32 tengah hari, baru bertolak. Adieu LeoPacific. Terima kasih kerana memberi keseronokan 3 hari 2 malam.


Ilham Perjalanan

Basement P2

4 minit kemudian melintasi bangunan Liberty. 12.37 tengah hari, Sime Darby dan Sunway Putra. Seterusnya mengikuti laluan Jalan Duta. 12.44 tengah hari, berada di  lebuh raya Utara Selatan. Kemudian touch 'n go di Tol  Bukit  Prima Pelangi. 12.52 tengah hari, menyusuri Jalan Sg. Buluh. Eletronik board memberi peringatan, "trafik perlahan-perlahan di Bukit Beruntung".


Hanyut

Cuaca agak mendung. 12.53 tengah hari, jalan tenang,  tetapi  kembali sesak. 1.09 tengah hari, exit ke Puncak Alam. 1.15 tengah hari, rasa lega. Perjalanan agak lancar. 1.10 tengah hari, touch 'n go di tol Rawang Selatan. Kemudian masuk lingkaran bulatan. 1.18 tengah hari, melintasi Kompleks Operasi Litar.


UITM PAlam

Parkir Kenderaan

Dataran FSK2,3,4

1.23 tengah hari, melintasi  Bandar Sri Coalfields. 1.27 tengah hari, masuk simpang UITM. Seterusnya masuk kampus UITM PAlam. Melintasi fakulti pendidikan. Kemudian berhenti di sebelah bangunan FSK2,3,4. 1.49 tengah hari, bertolak dengan kereta Acik, Elite Viva TBA6689. Hilux WRB678 mengikuti dari belakang.


Susun Beg

Bangunan FSK2,3,4

Simpan-Menyimpan

Masuk bulatan keris. 1.53 tengah hari, melintasi pondok pengawal. Seminit kemudian masuk lebuh raya Guthrie,   laluan ke Sg. Buluh.  1.57 tengah hari, masuk simpang masjid Puncak Alam. Seterusnya melintasi label IJM Land Alam Suria.

HARI KEDUA 22 DISEMBER 2017 (2)
Kompleks Membeli-Belah Sogo - Kedai Penn Mart Toys  (M)
Sdn. Bhd. - Restoran Z K Al-Azmi Garden


Food Hall

Makanan Francais

2.16 petang,  turun ke ground floor. Beli baju dan seluar Atuk, diskaun 50%. 2.41 petang, terpaksa berbaris di kaunter bayaran.   2.54 petang, turun ke lower ground. Terus melintasi kedai candy bar. 2.58 petang, masuk foodhall. Terdiri daripada kedai makanan francais. Bagaimanapun Ayla sempat bermain gendang CinaSatu daripada ensemble gendang 24 musim.


Princess Ayla

Gengang 24 Musim

3.11 petang, keluar dari Sogo. Lalu menyusuri kaki 5 Coffeclub dan Super Market. Melintasi Jalan Dang wangi. Masuk kaki 5 kedai Bajuti. 3.16 petang menyeberangi Jalan Mara. 3.18 petang, baru sampai di hotel Leopacific. Naik lif. Kemudian terus masuk bilik. Berehat sebentar.


Ke Kolam Renang

3.34 petang turun ke tingkat 3, kolam renang. Ayla berkejar ke kolam renang. Terlalu excited. 3.40 petang, Ayla dan Ayra turun ke dalam kolam dengan pelampung. Bagaikan "duyung" berenang-renang. Sekali-sekala mengocak-ngocakkan air dengan kaki.


Duyung Ayra

Terapung-Apung

Kelihatan air kolam berombak-ombak, dan berkilau-kilauan disentuh mentari senja. Terasa  tenang walaupun sedikit riuh dengan suara kana-kanak. Sekali-sekala terdengar bunyi gerabak monorail, saling tarik-menarik. Mengganggu sedikit kehormonian senja.


Duyung Ayla

Berenang-Renang

Kejar-Mengejar

Saat ini masih lagi terasa bahang mentari senja. Sekali-sekala angin dari celah-celah rimbunan hijau menyelinap masuk. Terasa sedikit nyaman. Bagaimanapun dua anak duyung masih lagi tak puas berendam. Atuk dan Nenek tersengguk-sengguk di tepi kolam menahan rasa mengantuk.

4.29 petang,  Atuk terpaksa naik dahulu. Mandi, bersihkan diri. Kemudian solat takhir. 4.33 petang, barulah anak-anak duyung masuk bilik bersama Nenek. Kelihatan menggigil kesejukan. Kadang-kadang keseronokan hanya menghilang kesejukan di kolam.


Laman LeoPacific

Sabar Menunggu

7.55 malam, turun selepas berehat. 8.00 malam, berotolak. Menyusuri Jalan Raja Laut. 8.04 malam, berhenti di hadapan Kedai Penn Mart Toys  (M) Sdn. Bhd. Kedai pemborong alat permainan kanak-kanak. Terdapat 8 lorong pelbagai jenis mainan. Tersusun dalam rak-rak,  setinggi 15 kaki.


Rambang Mata

Seronok Meletihkan

Benar-benar membuat Ayla, Ayra dan Aqeef rambang mata. Tak tahu yang mana satu nak pilih. Dari lorong ke lorong, mengintai-ngintai yang “tercapai di mata, dan yang sesuai di jiwa”. Akhirnya dipaksa memilih yang sesuai dengan umur. Berpatutan pula dengan harga.


Di Celah Permainan

Mengintai Keseronokan

8.34 malam, meneruskan perjalanan. Masing-masing berpuas hati  dapat hadiah mainan dari Baba. Doctor sets & Sembo block hadiah untuk Ayla. Gatling rletriv flash gun untuk Aqeef. Untuk Ayra pula Colour Clay & doctor set khas.


Wajah Keseronokan

Di Celah Keseronokan

Memilih Keseronokan

Menjadikan perjalanan semakin ceria. Masing-masing bagaikan tak sabar nak membuka mainan. Begitu asyik membelek-belek kotak mainan. Kelihatan begitu begitu sayang sekali. Demikian fitrah kanak-kanak, sayang pada yang baru. Namun apabila dah puas, mainan dibiar begitu sahaja. Sedikitpun tidak peduli.


Selesai Memilih

Laman Penn Mart Toys

Kaki 5 Penn Mart Toys


Bagaimanapun perjalanan diteruskan. Meredah jalan yang masih lagi sibuk dengan kenderaan. 8.45 malam, melintasi perumahan awam Sri Negeri Sembilan. Kemudian Pusat Komunity Setul. 8.51 malam, baru sampai di medan selera Sentul Pasar


Berbuai

Pondok Santapan

Meneliti Menu

Lalu masuk premis Restoran Z K Al-Azmi Garden di lot 3256-1A, di Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul, Bahagian Sentul Pasar. Seterusnya duduk di pondok 7A. Duduk bersila makan semeja. Mengekalkan ciri-ciri budaya Melayu. Malam ini ramai pelanggan datang memenuhi pondok-pondok.


Menunggu Hidangan

Pembuka Selera

Hidangan Pemula

 9.07 malam, Order set 1. Hidangan sampai dengan variety of choice. Teruja selera, sampaikan terliur. 915 malam, hujan turun renyai-renyai. Mengiringi santapan malam. Angin malam memuput lembut. Seiring bunyi hujan renyai-renyai. Lalu mencipta suasana harmoni dengan irama malam yang  begitu syahdu. 


Terapung selera

Menjamu Selera

Memenuhi Selera

Variety Of Choice

9.42 malam, akhirnya selesai. Licin to the last spoon. Kekenyangan yang luar biasa. Benar-benar berbaloi dengan bayaran RM132. 9.47 malam, baru bertolak. Meninggalkan  Restoran Z K Al-Azmi Garden. Ayla, Ayra dan Aqeef, bagaikan “gendang gendut tali kecapi”. Penuh kriangan.


Hidangan

Bau Selera

Suapan Ibu

Gendang Gendut

9.50 malam, melintasi UTC Centre. Kemudian  Depoh Simpanan kereta tunda. 9.56 malam, melintasi banguan Unirazai. Seterusnya  Pertama Kompleks. 10.00 malam, akhirnya sampai di hotel LeoPacific. 10.04 malam, terus naik lif.

Cucu-cucu pula berlenggang masuk bilik. Begitu ceria. Teruja dengan  hadiah mainan. 10.18 malam, tak sempat duduk dah buka mainan masing-masing. Ayla dan Ayra sibuk dengan set mainan doktor. Sudah tentu Baba, Atuk dan Acik terpaksa menjadi pesakit. Aqeef pula selepas menembak, sibuk pula nak jadi doktor.

Ayla sebaliknya menukar profesion sebagai chef. Sibuk pula membuat kueh-mueh. Nampak gayanya, malam ni cucu-cucu tidur lewat. Keasyikan bermain kadang-kadang membuatkan anak-anak lupa nak tidur. Inilah yang dikatakan cetusan ransangan yang mengaktifkan semula tenaga dalaman.

Powered by Blogger.