Qalam Perjalanan

HARI KELIMA, 10 JULAI 2017 (1)
Stesen Putrajay - Cafe Beriani Gam - Residen
warnasari - Setia Cuty Mall 



Kasih Seorang Kakak

Di Balai Ketibaan

Platform B KLIA Transit

Platform 3 Stesen KLIA2

1.28 tengah hari, Baba dan Ibu di kaunter tiket untuk KLIA transit. Kemudian turun lif ke tingkat 1, platform B. 1.43 tengah hari, naik KLIA Transit ERL.AylaAyra dan Aqeef begitu excited. Berebut-rebut tempat duduk. Kebetulan banyak yang kosong.


KLIA Transit train
KLIA Transit ERL, dikendalikan oleh Express Rail Link Sdn Bhd. Membuat tiga hentian segera di Bandar Tasik SelatanPutrajaya dan Salak Tinggi. Dengan kelajuan maksima 160 km/j hanya 33 minit dari KLIA2 ke KL Sentral.

1.50 tengah hari, berheti di stesen KLIA. 1.58 tengah hari, berhenti pula distesen Salak Tinggi. 2.06 petang, akhirnya sampai di stesen Putrajaya dan Cyberjaya. Seterusnya naik lif ke tingkat 1, aras 3. 2.14 petang, turun lif ke P3. 2.22 petang, ke parking lot di K7 aras B, parkir awam Park And Ride. Kemudian membayar parkir RM40, untuk 2 kereta. 2.34 petang, meneruskan perjalanan. Dua kenderaan bergerak ke Persiaran Utara.


Peta Cafe Beriani Gam

Laluan  Cafe Beriani Gam

Di luar cuaca agak mendung. Sedikit renyai-renyai. 2.48 petang, singgah di restoran Café Beriani Gam, di lot Sub 4 Jalan KajangPucung. Dikatakan mewarisi resipi asli  turun-temurun  dari Batu Pahat Johor. Malah belum pun duduk sudah dijamu dengan aroma kambing kuzi beriani. Bagaikan menusuk-nusuk selera. Rasa Terliur.


Kepelbagaian Dalam Satu Rasa

Mungkin inilah rahsia kehormonian ramuan.  Bahan-bahannya termasuk pelaga, ketumbar, buah pala, kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan bawang, halia, jintan dan cengkeh. Semuanya dikisar, kemudian diadun secukup rasa. Akhirnya memberi nikmat “kepelbagaian dalam satu rasa”. Berbaloi apabila membayar RM138.

3.41 petang, meninggalkan Café Beriani Gam. Melalui Lebuh Raya Lembah Kelang Selatan. Dua kenderaan berpisah.  Ibu dan Baba mencari laluan pulang. Menuju Lebuh Raya KarakAyahsu pula memandu ke laluan Shah Alam.  3.46 petang, melalui Tol Air Hitam. Seterusnya Tol Saujana. Seminit kemudian Tol Saujana Putra. 4.07 petang, Tol Shah Alam.

Taman Residensi Warnasari
4.12 petang, masuk persiaran Mukhtar Dahari. 4.20 petang, melintasi bangunan LYL Logistic Park. Seterusnya kawasan Projek Hillpark. 4.38 petang, masuk Jalan Warnasari 13/1, Puncak Alam. Beberapa minit kemudian berhenti di pos pengawal. Selepas itu terus masuk Taman Residen Warnasari. Parking berhampiranpangsapuri Allamanda.


Apartmen Alamanda 03-02

4.53 petang, masuk apartmen 03-02. Walaupun sederhana, tetapi agak selesa. Memberi ruang untuk berehat, dan berbaring-baring. Sampai tidak sedar terlelap. 7.43 malam solat jamak takdim. 8.09 malam, bertolak ke Setia City Nall. Malam agak gelap, apabila laluan tiada lampu jalan. Pohon-pohon di sepanjang jalan bagaikan penunggu, mengejar-ngejar dari belakang.

Malam ini kereta agak kurang. 8.24 malam, melewati pusat Konvensyen Puncak Alam. 8.29 malam, melalui jalan yang sedang dalam pembinaan. Terasa bergoyang-goyang dan melompat-lompat. Lencungan di hadapan selepas tamat kawasan pembinaan.

8.48 malam, masuk Setia City Mall. Ambil tiket tol. Kemudian menyusuri aras P2, P3, P4, P5, P6 dan P7. Parkir atas  tanpa bumbung. Hujan mula turun renyai-renyai. Terasa sejuk apabila angin malam menyelinap masuk. Terpaksa meredah hujan renyai-renyai.

Spiderman Homecoming

9.12 malam, masuk GSc Setia City Mall. Menyaksikan tayang larut malam, “Spiderman Homecoming”. Nenek dan Datuk tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Sebaliknya Ayahsu dan Acik bagaikan tidak bergerak. Menghayati tayangan yang penuh aksi.

11.20 malam, selesai tayangan. Terpaksa meredah hujan. Menuju ke parkir. Seterusnya keluar dari Setia City Mall. Menuruni aras demi aras. 11.31 malam, keluar dari Setia City Mall.Jalan kelihatan basah. Bayangan cahaya lampu bagaikan menari-nari di tepi jalan.

11.55 malam, jalan kian lengang, dan kian gelap. 11.57 malam, kelihatan deretan lampu apabila memasuki laluan ke ITM PALAM. 12.00 malam, masuk bulatan. 12.03 malam, singgah di warung makan. Tiba-tiba hujan turun, agak lebat. Bagaikan menari-nari di bumbung kereta. Diiringi irama ribuan titik hujan.

12.17 malam, meneruskan perjalanan. Melewati Masjid Shah Alam. Indah dalam cahaya kebiru-biruan. 12.27 malam, melewati pos kawalan. Lalu masuk premis Residensi Warnasari. 12.22 malam, selepas parking, naik lif ke tingkat 2. 12.32 malam, masuk apartmen 02-01.

Post a Comment

Powered by Blogger.