Qalam Perjalanan

HARI KEENAM, 11 JULAI 2017 (2)
Taman Residensi Warnasari
- Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar 


Mendung Di Hujung Lebuh Raya

Setertusnya masuk laluan Bukit Cerakah. 3.55 petang, U15. 4.03  masuk simpang kanan Bandar. 4.06 petang, isi minyak Petronas. 4.13 petang, masuk simpang UITM PAlam. Melintasi pos pengawal. 4.19 petang, tunggu Acik di sebelah bangunan FSK234. Kemudian bersama dengan Acik keluar dari kampus UITM PAlam.


Bengkel Cat Azamaju Sprayworks

5.05 petang, singgah di bengkel cat Azamaju Sprayworks, Jalan T1AJ Taman Industri Alam Jaya. Tempahan untuk mengecat kereta Acik TBH6689 dengan kos RM330. Hantar kereta Esuk. 5.44 petang, masuk Taman Residensi Warnasari. Parking di Blok Alamanda. Seterusnya masuk apartmen 03-02 Risidensi Alamanda.

7.48 malam, solat jamak takdim. 7.55 malam, turun daripada apartment Alamanda. 7.59 malam, bertolak. Melewati pondok pengawal. Kemudian menyusuri malam. Laluan agak tenang. Tidak terlalu sebuk dengan kereta. 8.06 malam, melewati Taman Jaya.

8.13 malam, masuk kawasan Saujana Utama. Terus ke Persiaran Mukhtar Dahari. 8.21 malam, masuk Jalan Paip. Kemudian melintasi Kg. Budiman. Terpaksa melalui beberapa bumper. Seterusnya masuk Jalan Hamzah. Terasa bergoyang-goyang dan melompat-lompat. 


Peta Restauran Cik Tri Sahara

Restoran Cik Tri Sahara

Jalan tidak memuaskan. Laluan  masih lagi dalam pembinaan.  Terpaksa melalui sebahagian jalan tanah merah. 8.31 malam, masuk jalan utama. Kemudian melintasi Setia Business Centre. 8.33 malam, baharu sampai di restoran Cik Tri Sahara kambing bakarBukit Raja. Terus parking di seberang jalan.


Makanan Kegemaran Rasulullah

Hidangan kambing bakar semakin popular. Banyak gerai-gerai dan restoran-restoran menjadikan menu kambing bakar sebagar pelaris. Lebih-lebih lagi daging kambing adalah makanan kegemaran Rasullulah SAW. Malah Rasullulah pernah  bersabda:

Peliharalah (manfaatkan) oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah.

Dikatakan kualiti proteinnya tinggi. Mengandungi zat besi, tinggi kalium tetapi rendah natrium.  Rendah lemak dan rendah kolestrol. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing. Malah daging kambing lebih pejal dan lebih rendah kalori kalau dibandingkan dengan daging lembu. Dikata juga, daging kambing dapat mengurangkan risiko aterosklerosis dan penyakit jantung

Dinner Di Meja 34 Cik Tri Sahara

Kebetulan duduk di meja  34. Aroma kambing bakar benar-benar menusuk selera. Begitui meliurkan. Suasana malam ini agak riuh rendah dengan suara pelanggan. Begitu ramai, hinggakan meja memenuhi kaki lima restoran. Malah pelanggan masih lagi berdatangan, walaupun terpaksa menunggu meja kosong.

Dengar cerita, dahulunya hanya gerai kecil di kawasan Meru. Masalahnya gerai kecil tak dapat memenuhi permintaan yang semakin besar. Akhir berpindah ke Bukit Raja. Lebih besar dan  lebih luas. Walaupun banyak kedai belum lagi dibuka, namun kedai ini menjadi destinasi selera yang begitu popular.

9.15 malam, keluar daripada restoran. Berbaloi membayar RM74. Seterus bertolak. Mengikut jalan yang lain. Malam agak tenang. Namun jalan tidak selancar yang dijangkakan. Masih melompat-lompat dan sekali-sekala bergoyang-goyang.

Pandangan agak terbatas di waktu malam. Namun Acik lebih tahu jalan yang dilalui. Hanya Ayahsu dan Acik yang banyak bercakap. Nenek dan Datuk sekadar mendengar. 10.33 malam, akhirnya masuk kawasan Taman Residensi Warnasari. Lalu parking di Blok Alamanda.


Tetamu Malam Tak Diundang

10.35 malam, masuk apartmen 03-02. Lepas mandi, berehat sambil menonton TV. Di luar agak tenang. Lampu-lampu jalan berhampiran Blok Alamanda kelihatan suram. Cahayanya tak mampu memburu kegelapan. Hanya dikerumuni oleh serangga malam. Tiba-tiba kamar 03-02 dikunjungi oleh tetamu malam yang tidak diundang.

HARI KEENAM, 11 JULAI 2017 (1)
Apartmen Alamanda 
- UITM PAlam - 1 Utama



4.17 dinihari, terbangun. Terasa dingin dan sepi. Lalu fikiran mula menjelajah. Menjelajah tanpa penghujungnya. Akhirnya kembali kepada diri sendiri. Bagaikan ruang yang memberi kesempatan. Mengingati diri dengan beberapa surah. Terutama surah Al-Inshiqaq, ayat 25:

Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka pahala yang tidak putus-putusnya.

5.45 pagi, azan berkumandang. Bergema dalam keheningan pagi. Lalu mandi air panas dari pam jenama Media. Kemudian solat subuh dan memanjatkan doa. Memohon kesejahteraan dan keselamatan. Teringat kata Tok Guru, “doa adalah senjata orang mukmin”.


Box Office Bollywood

8.27 pagi, berehat sambil menonton cerita Hindustan, “Dangal”. Yang berhasil memecahkan rekod Box Office Bollywood. Filem yang diarah dan dilakonkan oleh Aamir Khan, dengan kerjasama Disney. Mengenai ketabahan seorang bapa.  Yang berani mencabar tradisi. Hingga tiada siapa dapat menghalang kegigihannya. Akhirnya menjadi dilema masyakat, “I have no heart to say no. I have no courage to say yes”.


A String Of Women Champion

Film Dangal diadaptasi daripada kisah benar. Mengenai seorang ahli gusti atau gulat, Mahavir Singh Phogat. Yang pernah menjadi juara nasional. Beliau menginginkan anak lelakinya untuk meneruskan impiannya. Malangnya, ketiga-tiga anaknya perempuan. Akhirnya Mahavir memutuskan untuk melatih kedua-dua anak perempuannya, Geeta dan Babita.

Geeta Phogat kemudiannya memenangi kejuaraan Commonwealth 2010. Juga masuk Olimpiade tahun 2016 sebagai pegulat wanita pertama India. Babita Kumari, pula meraih medal emas di Commonwealth Games. Manakala adiknya, Ritu Phogat, memenangi medal emas di Kejuaraan Gulat Persemakmuran pada tahun 2016.

Begitu menarik ceritanya. Tak sedar masa berlalu. 8.37 pagi, Ayahsu dan Nenek keluar daripada apartmen. Mencari juadah untuk breakfast. 9.04 pagi, pulang dengan nasik lemak. Satu-satunya favourite Atuk. 10.36 pagi, keluar semula. Melintasi pondok kawalan. Seterusnya masuk simpang ke  destinasi Alam Suria.

10.53 pagi, sampai di penginapan Acik. No. 38, 16/14 Jalan Alam Suria. Kemudian mengikuti kereta Acik. 11.03 pagi, berhenti di kedai Pusat Servis Hawa Dingin. Jalan Dataran Suria Seksyen U15. Tinggalkan kereta Acik untuk dibaiki. Seterusnya 11.58 pagi, masuk simpang UITM Palam. 12.03 tengah hari, turunkan Acik di bangunan 234FKS.


Terbesar Di Asia Tenggara

12.10 tengah hari, keluar dari kampus UITM. 12.57 tengah hari, masuk Persiaran Mukhtar Dahari. Melalui beberapa tol: Tol Shah Alam dan Tol Damansara. Kemudian masuk simpang kiri ke Bandar Utama Damansara. Bandar kediaman mewah. Terletak di bahagian PJU6 Petaling Jaya. Popular dengan Pusat Membeli-belah 1 Utama.


1 Utama Shopping Centre

1.17 tengah hari, menyusuri basement 1 Utama Shopping Centre. Kompleks membeli belah yang terbesar di Asia Tenggara. Mempunyai Keluasan 5,000,000 kaki persegi. Di samping 30,000 kaki persegi taman di atas bumbung. Ditambah dengan dua pusat karaoke, dua pawagam, boling 36 lorong dan permainan kanak-kanak.

Terpaksa meronda untuk mencari parkir. Akhirnya 1.21 tengah hari, parking di aras 4K 28. Kemudian turun lif dari aras 2 ke aras 1. Kemudian naik semula ke aras 2. Masuk Parkson. Terus ke bahagian pakaian kanak-kanak. Antaranya: polo club, Disney pixr, adidas, timberland, kent, ducati, pepe jeans dan the club.

Lunch Di Food Republic

2.18 petang, terasa lapar. Terus masuk medan Food Republic di aras dua. Order nasi ayam, butter chicken dan chicken wing fried rice. Kebetulan pelanggan tidak berapa ramai. 2.54 petang, kekenyangan. Berhenti sebentar di Gintell relaxation zone, “take a break”.


Senja Melatari Kaki Langit

3.18 petang, Ayahsu membayar parkir di mesin auto pay. 3.23 petang, keluar dari 1 utama. Cuaca agak mendung. Awan gelap kelihatan terapung-apung memenuhi ruang. 3.35 petang, melalui Tol Damansara 3.45 petang, Tol Bukit Jelutong.

HARI KELIMA, 10 JULAI 2017 (1)
Stesen Putrajay - Cafe Beriani Gam - Residen
warnasari - Setia Cuty Mall 



Kasih Seorang Kakak

Di Balai Ketibaan

Platform B KLIA Transit

Platform 3 Stesen KLIA2

1.28 tengah hari, Baba dan Ibu di kaunter tiket untuk KLIA transit. Kemudian turun lif ke tingkat 1, platform B. 1.43 tengah hari, naik KLIA Transit ERL.AylaAyra dan Aqeef begitu excited. Berebut-rebut tempat duduk. Kebetulan banyak yang kosong.


KLIA Transit train
KLIA Transit ERL, dikendalikan oleh Express Rail Link Sdn Bhd. Membuat tiga hentian segera di Bandar Tasik SelatanPutrajaya dan Salak Tinggi. Dengan kelajuan maksima 160 km/j hanya 33 minit dari KLIA2 ke KL Sentral.

1.50 tengah hari, berheti di stesen KLIA. 1.58 tengah hari, berhenti pula distesen Salak Tinggi. 2.06 petang, akhirnya sampai di stesen Putrajaya dan Cyberjaya. Seterusnya naik lif ke tingkat 1, aras 3. 2.14 petang, turun lif ke P3. 2.22 petang, ke parking lot di K7 aras B, parkir awam Park And Ride. Kemudian membayar parkir RM40, untuk 2 kereta. 2.34 petang, meneruskan perjalanan. Dua kenderaan bergerak ke Persiaran Utara.


Peta Cafe Beriani Gam

Laluan  Cafe Beriani Gam

Di luar cuaca agak mendung. Sedikit renyai-renyai. 2.48 petang, singgah di restoran Café Beriani Gam, di lot Sub 4 Jalan KajangPucung. Dikatakan mewarisi resipi asli  turun-temurun  dari Batu Pahat Johor. Malah belum pun duduk sudah dijamu dengan aroma kambing kuzi beriani. Bagaikan menusuk-nusuk selera. Rasa Terliur.


Kepelbagaian Dalam Satu Rasa

Mungkin inilah rahsia kehormonian ramuan.  Bahan-bahannya termasuk pelaga, ketumbar, buah pala, kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan bawang, halia, jintan dan cengkeh. Semuanya dikisar, kemudian diadun secukup rasa. Akhirnya memberi nikmat “kepelbagaian dalam satu rasa”. Berbaloi apabila membayar RM138.

3.41 petang, meninggalkan Café Beriani Gam. Melalui Lebuh Raya Lembah Kelang Selatan. Dua kenderaan berpisah.  Ibu dan Baba mencari laluan pulang. Menuju Lebuh Raya KarakAyahsu pula memandu ke laluan Shah Alam.  3.46 petang, melalui Tol Air Hitam. Seterusnya Tol Saujana. Seminit kemudian Tol Saujana Putra. 4.07 petang, Tol Shah Alam.

Taman Residensi Warnasari
4.12 petang, masuk persiaran Mukhtar Dahari. 4.20 petang, melintasi bangunan LYL Logistic Park. Seterusnya kawasan Projek Hillpark. 4.38 petang, masuk Jalan Warnasari 13/1, Puncak Alam. Beberapa minit kemudian berhenti di pos pengawal. Selepas itu terus masuk Taman Residen Warnasari. Parking berhampiranpangsapuri Allamanda.


Apartmen Alamanda 03-02

4.53 petang, masuk apartmen 03-02. Walaupun sederhana, tetapi agak selesa. Memberi ruang untuk berehat, dan berbaring-baring. Sampai tidak sedar terlelap. 7.43 malam solat jamak takdim. 8.09 malam, bertolak ke Setia City Nall. Malam agak gelap, apabila laluan tiada lampu jalan. Pohon-pohon di sepanjang jalan bagaikan penunggu, mengejar-ngejar dari belakang.

Malam ini kereta agak kurang. 8.24 malam, melewati pusat Konvensyen Puncak Alam. 8.29 malam, melalui jalan yang sedang dalam pembinaan. Terasa bergoyang-goyang dan melompat-lompat. Lencungan di hadapan selepas tamat kawasan pembinaan.

8.48 malam, masuk Setia City Mall. Ambil tiket tol. Kemudian menyusuri aras P2, P3, P4, P5, P6 dan P7. Parkir atas  tanpa bumbung. Hujan mula turun renyai-renyai. Terasa sejuk apabila angin malam menyelinap masuk. Terpaksa meredah hujan renyai-renyai.

Spiderman Homecoming

9.12 malam, masuk GSc Setia City Mall. Menyaksikan tayang larut malam, “Spiderman Homecoming”. Nenek dan Datuk tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Sebaliknya Ayahsu dan Acik bagaikan tidak bergerak. Menghayati tayangan yang penuh aksi.

11.20 malam, selesai tayangan. Terpaksa meredah hujan. Menuju ke parkir. Seterusnya keluar dari Setia City Mall. Menuruni aras demi aras. 11.31 malam, keluar dari Setia City Mall.Jalan kelihatan basah. Bayangan cahaya lampu bagaikan menari-nari di tepi jalan.

11.55 malam, jalan kian lengang, dan kian gelap. 11.57 malam, kelihatan deretan lampu apabila memasuki laluan ke ITM PALAM. 12.00 malam, masuk bulatan. 12.03 malam, singgah di warung makan. Tiba-tiba hujan turun, agak lebat. Bagaikan menari-nari di bumbung kereta. Diiringi irama ribuan titik hujan.

12.17 malam, meneruskan perjalanan. Melewati Masjid Shah Alam. Indah dalam cahaya kebiru-biruan. 12.27 malam, melewati pos kawalan. Lalu masuk premis Residensi Warnasari. 12.22 malam, selepas parking, naik lif ke tingkat 2. 12.32 malam, masuk apartmen 02-01.

HARI KELIMA, 10 JULAI 2017 (1)
Holiday Villa - Airport Langkawi - KLIA2 


5.48 pagi, terbangun. Dalam berbaring-baring, cuba mengingati beberapa surah. Surah: Al-A'la, ayat: 10, mempunyai maksud yang mendalam. Ini yang dikatakan: orang yang takut akan sentiasa berpaut (patuh), tetapi orang yang berani buat tidak peduli (ingkar).

Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran.


Kenangan Di Blok Sigal

Terpahat Menjadi Ingatan

Meninggalkan Jejak Kenangan

7.34 pagi, bersiap-siap. Ayla dan Ayra berpakaian sedondong. Dalam sibuk- sibuk pun sempat menonton fox movie, “Finding Dory”. Akan tetapi hanya sebahagian dapat ditonton. 7.56 pagi, keluar dari bilik 356. 8.06 pagi, parking di luar lobi. Seterus ke kaunter untuk check-out. Adieu Holidy Villa.


Warung Desa Tanjung

8.15 pagi, meneruskan perjalanan. 8.20 pagi, singgah di warung Desa Tanjung. Di tepi jalan, depan Fave Hotel. Menawarkan banyak pilihan makanan pagi. Bagaimanapun nasi lemak juga menjadi pilihan selera. 8.28 pagi, bertolak selepas membeli juadah.

Kelihatan puncak bukit diliputi kabus nipis. Sinaran matahari pagi bagaikan tak mampu memburu sisa-sisa kabus. Pagi ini agak cerah. Awan kumulonimbus bergumpal-gumpal memenuhi ruang horizon.  Berkilau-kilauan apabila disentuh sinaran matahari. Begitu juga rimbunan hijau kelihatan segar dalam limpahan cahaya pagi.


Ayra The Little Wonder 

Di Pintu Balai Perlepasan

Menunggu Di Balai Perlepasan

8.31 pagi, sampai di Airport Langkwi. Terpaksa mengguna 2 troli untuk mengangkut beg-beg. 8.43 pagi,  melalui pintu custom check and Security. Kemudian check-in bagasi, mlalui x-ray rspiscan 628XR. 8.45 pagi, Ayahsu, dan Acik check-in flight, tempahan no. EMSM5K di self check-in MHkiosk.


Memeriksa Bagasi

Menunggu Check-in Flight

8.53 pagi, timbang hand carry beg. Alhamdulillah, tiap-tiap satu tidak melebihi 7 kg. Seterusnya  melalui  beberapa  kedai:  Gloe, Royal  Selangor, Shock Proof, Naam dan WHSmith. Di samping kedai Perfume and Cosmetic, Choclates dan Skymall Duty Free. Hanya meninjau, sekadar membiarkan masa berlalu.


Breakfast Di Ruang Menunggu

Menunggu Di Balai Perlepasan

Mengisi Masa Menunggu

9.09 pagi, breakfast di ruang lepak berhadapan Starbuck Coffee. Ayahsu, Ayla dan Aqeef kemudiannya masuk kedai Health Food And Care Produck. 9.29 pagi, masuk pintu domestic departure. Bagaimanapun terpaksa melepak di Balai Perlepasan.  Kelihatan ramai yang menunggu sambil hanyut dalam gelombang telefon bimbit. Yang mana sekarang menjadi sebahagian fenomena kehidupan. Demikian, tanpa cell phone sehari bagaikan setahun menyepi.

Two Little Siblings

Aksi Two Little Siblings

Kebosanan Menunggu

Agak tenang juga. Sekali-sekali terganggu oleh pengumuman penerbangan dan tangisan kanak-kanak. 10.26 pagi, Ayra dan Aqeef berbaring-baring. Sambil menghisap susu botol sambil menonton Youtube di handphone. Bagaimanapun, akhirnya Ayra yang terus berdengkur. Lenanya tidak memilih tempat.


Dalam Renyai-Renyai Hujan

10.59 pagi, berbaris di pintu 6 untuk pemeriksaan boarding pass dan pasport.  Ketika ini hujan mula turun renyai-renyai. Bagaimanapun terpaksa juga melangkah ke pesawat 6307 AirAsia.  11.26 pagi, masuk kabin. Duduk di barisan 18 ABCDE dan F. Ayahsu duduk keseorangan di kabin depan. Manakala Acik dan Ayla di 20 A dan B.


Melangkah Ke Peasawat 6307

Pesawat kali ini dipandu oleh kapten Gary. Bersama co-pilotnya Encik Azam. 11.45 pagi, mula bergerak perlahan-lahan. Kemudian memecut meninggalkan landasan. Lalu menyusuri lebuh raya  angkasa. 11.48 pagi, tiba-tiba bergegar,  terlanggar awan. Terasa cemas. Dimaklumkan cuaca kurang baik.


Dalam Flight 6307

Dari jendela kelihatan awam gelap bergumpal-gumpal. Terapung-apung, semakin mendekalti. 11.56 pagi, pasang tali pinggang dipadamkan. Namun 11.59 pgi, diarah kembali ke tempat duduk. Cuaca kembali buruk. Benar-benar mencemaskan. Fear of nothingness.


Tiba Di KLIA2

12.06 tengah hari, sempat order Pak Nasser Nasi Lemak. Dikatakan “continuously stands the test of time”. Ayra makan dengan berselera sekali. 12.24 tengah hari, merentasi Selat Melaka. Kelihatan begitu kecil kapal yang meredah laut. 6 minit kemudian pesawat makin mengurangikan ketinggian.


Akhirnya 12.34 tengah hari, selamat mendarat di KLIA2. Hilang debaran dan mula terasa lega.12.47 tengah hari, naik aerobridge . Seterusnya melintasi restoran Little Coffee dan kedai Travellers Needs. 1.15 tengah hari, sampai di Flying Emporium. Di bahagian Baggage Reclaim, Ayahsu dan Acik sudah bersedia dengan 2 troli. Seterusnya masuk ke Balai Ketibaan.

Powered by Blogger.