Qalam Perjalanan

HARI PERTAMA: 6 JULAI 2017
TERATAK SRI TERATAI – APARTMEN U24 PERSINT 11


Teratak Sri Teratai


9.56 pagi, bertolak. Honda  City i-Vtec TBH669 meninggalkan Sri Teratai. Seminit kemudian masuk simpang T9 Kuala Telemong. Seterusnya melalui Kampung Batu Hampar. Sempat mengisi minyak Caltex with Techron. 10.06 pagi, singgah di gerai makan di Kampung Pulau Manis. Walaupun breakfast agak lewat, tetapi memadai untuk mengalas perut.


Taman Sri Teratai


4479 Pulau Bahagia


WRB678 HILUX D-4D terpaksa bertolak kemudian. Selepas Ibu habis mengajar di Sekolah Menengah Bidong. Hanya akan berjumpa di homestay apartmen U-24, pangsapuri Blok A Persint 11. Booking melalui internet.


Selepas Tol Kuala Telemong


10.34 pagi, ke kiri susur masuk ke LPT. 10.35 pagi, melalui Plaza Tol Kuala Telemong. Terus masuk sempadan Hulu Terengganu. Melintasi ladang kelapa sawit. 10.47 pagi, kawasan Rehat Ajil. Kemudian melalui kawasan angin lintang. Matahari kelihatan lesu dalam cuaca mendung. Tompok-tompok awan hitam kelihatan berarak mengisi ruang.

11.11 pagi, melintasi Sungai Dungun. 3 minit kemudian melintasi Exit 851 Kuala Dungun. Seterusnya melintasi kawasan Rehat Paka. 8.57 pagi, Sungai Paka, dan kemudian Sungai  Bunut. 11.38 pagi, melepasi Exit 847 Kertih. Kemudian Sungai Air Hitam, dan Anak Sungai Air Jernih. 11.51 pagi, berehat sebentar di Hentian Sebelah Kijal.

12.09 tengah hari, Exit 841 Cukai. Papan kenyataan menunjukan 826 km lagi ke KL. 12.11 tengah hari, melintasi Sungai Kemaman. Kemudian Sungai Jenang. 12.15 tengah hari, masuk kawasan berkabus. Cuaca masih lagi mendung. Seterusnya Exit 839 Bandar Ceneh Baru. Melintasi Anak Sungai Jabur.

12.24 tengah hari, kawasan Rehat Perasing. Dan masuk zon operasi kamera. 12.32 tengah hari, melalui kawasan bauksit. Hujung daun sawit dicemari debu-debu merah. Sepajang jalan dilumuri debu-debu bauksit. 12.32 tengah hari, melintasi Exit 833 Kuantan. 12.38 tengah hari, melintas Sungai Kuantan.


Selepas Plaza Tol Karak


12.43 tengah hari, mengikut jalan lencungan. Operasi sedang mengalihkan lori balak yang terbalik. 1.02 tengah hari, melintasi R&R Gambang. Kemudian masuk sempadan Derah Maran. 176 km lagi ke KL. 1.37 tengah hari, R&R Temerluh. 2.05 petang, sampai di Plaza Tol Karak.



Terowong Genting Sempah



Selepas Terowong Genting Sempah

Menyusuri Kota Raya


2.28 petang, Plaza Tol Bentong. 3.35 petang, sempat melihat kereta terbakar di tepi jalan yang bertentangan. 2.32 petang, melintasi Kampung Bukit Tinggi Bentung. 3 minit kemudian, masuk terowong Genting Sempah. 3.49 petang, Plaza Tol Gombak. Dari jauh kelihatan Menara Kembar Petronas. 2.57 petang, Plaza Tol Batu. Seterusnya 3.22 petang Plaza Tol Setia Alam.


Setia City Mall Shah Alam


Dari Jendela Setia City Mall


3.27 petang, masuk premis Setia City Mall. Parking di P4 15E. 3.43 petang, masuk Parkson. 3.54 petang, Masuk L1 Food Channel Food Court. 4.12 petang, duduk di Stesen Francais. Order bihun sup daging dan nasi sup ayam. 4.36 petang, solat jamak takdim di tingkat UG. Kemudian turun accelarator. 5.02 petang, beli makanan ringan di Subway, “excite your taste buds



Jalan Alam Suria 16/14

Jalan Pintas Melalui kampung


5.20 petang, meninggalkan Setia City Mall. Ikut jalan pintas. 5.33 petang, masuk Taman Meru. Simpang kanan ke Jalan Paip. 5.37 petang, melintasi  Kg. Budiman. Seterusnya Bandar  Hill Park.  Dan melintasi label  IJM Land Alam Suria. 5.58 petang, sampai di hadapan pagar No. 38. Rumah  sewa AcikJalan Alam Suria 16/14.


Remang Senja Di Kota Raya


6.06 petang, bertolak. Terus melintasi Puncak Bestari 2. 6.25 petang, melalui Saujana Utama. 6.30 petang, Taman Greenhill. Melintasi  label Cahaya SPK, dan Kayangan Height di lereng bukit. 6.37 petang, isi minyak di Stesyen Shell Jalan Ungu Seksyen U9.


Senja Melatari Kaki Langit


6.45 petang, masuk Persiaran Mukhtar Dahari. 6.53 petang,  Plaza Tol Shah Alam. Senja masih melatari kaki langit. Begitu indah. Lampu-lampu jalan agak pudar dalam cahaya senja. 7.18 malam, matahari hilang di balik sisa-sisa senja.


Malam Sudah Lama Berlabuh


7.21 malam,  masuk Persint 11, Putra Jaya. 7.51 malam, Honda  City i-Vtec TBH669 terpaksa parking jauh dari Pangsapuri Blok A. Manakala WRB678 HILUX D-4D parking tak jauh dari Honda. Ayla, Ayra dan Aqeef teruja apabila berjumpa datuk dan nenek.


Homestay Apartmen U-24


Kawasan parking penuh dengan kereta. 8.02 malam, masuk Pangsapuri Blok A, Zone 6B.  Seterusnya naik lif ke tingkat 12. Kemudian masuk homestay, apartment U-24. 3 orang cucu kelihatan lesu. Keletihan, dan mengantuk. 7.34 malam, solat jamak takdim.

HARI KETIGA 9 JUN 2017
SETIA MALL | LAB FSK234 UITM PALAM



Gal Gadot The Wonder Woman


4.36 dinihari, terbangun. 4 orang family Aram masih tak balik lagi. Ayla, Ayra, dan Aqeef nyenyak tidur. 4.48 dinihari, Khuzly, Kakak, Kakcik, dan Faiz baru balik. Selepas menonton midnight showWonder Woman” di Setia City Mall. Balik bersama juadah Sahur. 4.52 dinihari, sahur bersama-sama.

5.14 pagi, baring-baring sambil menunggu waktu solat Subuh. Mengingati beberapa surah. 5.40 pagi, terdengar suara azan. Sayup-sayup dibawa angin pagi. Begitu syahdu dalam keheningan pagi. 5.48 pagi, solat Subuh. Berdoa untuk kesejahteraan dan kebahgiaan.

Dari jendela kamar, kelihatan bulan sayu-sayup. Terapung-apung di atas bangunan yang bagaikan siluet. Cahayanya agak suram. Kelesuan,  dalam cahaya fajar yang baru mula menyinsing. Cahaya merah kekuningan mula melatari kaki langit.

7.20 pagi, suasana pagi mula bising dengan bunyi kenderaan. 7.54 pagi, bangunan DEMC Specialist Hospital mula dilimpahi cahaya. Perlahan-lahan. Sinaran pagi beransur-ansur memburu kegelapan yang masih tersisa. Disetiap ruang, dan sudut.

Suara alam bagai meraikan kedatangan fajar. Cahayanya perlahan-lahan mewarnai rimbunan, dan bangunan-bangunan siluet. Begitu indah, dan mempersonakan. 8.44 pagi, Ayra, dan Ayla dah bangun.  9.10 pagi, sempat menyuapkan cucu di beranda studio.


Air Terjun Rock Garden


Di Celah-Celah Bangunan

10.17 pagi, berkemas, dan bersiap-siap. Ayla masih meringik-ringik hendak mandi kolam. Pagi ini Ayra, dan Aqeef lebih ceria. Playground sudah menunggu untuk diterokai. 10.36 pagi, naik lif ke P5. Ayla, Ayra dan Aqeef teruja bila sampai di playground.


Kolam Mandi Vesta Alam


Bilik Indoor Playground


Lain-lain kemudahan termasuk: kolam renang, gimnasium, gelanggang tenis, gelanggang squash, Mini Market, dan trek joging. Bagaimanapun Ayla, Ayra, dan Aqeef tak sempat bermain di kolam renang.



Bermain Papan Gelongsor


Menunggang, Dan Merangkak


Mencabar Kemampuan Fizikal


10.40 pagi, masuk bilik Indoor Plays. Menawarkan pelbagai permainan. Ayla, Ayra, dan Aqeef benar-benar teruja. Dan seronok. Lalu hanyut dalam penjelahan alam kanak-kanak. Dari satu permaianan ke satu permainan. Suara-suara keseronokan memenuhi ruang bilik. Begitu juga keriangan terpancar di wajah-wajah kecil.

Setiap perrmainan mempunyai  aktiviti khusus. Yang mencabar kemampuan fizikal, dan kemahiran. Antara aktivitinya termasuk: meluncur, memanjat, merangkak, berayun, menyusur, dan menonggang

11.12 pagi, keluar dari apartmen studio S2-1-3A. Turun lif ke LG. 11.20 pagi bertolak, meninggalkan Soho 2 Vista Alam. 11.25 pagi, melalui Seksyen 19, dan Stadium Shah Alam. 11.31 pagi, Tol Bukit Jelutong. Ayra dah hanyut dibuai mimpi. Ayla, dan Aqeef masih galak bermain.


OTW To Setia City Mall


11.36 pagi, Tol Setia Alam. Matahari memancarkan cahaya. Menguasai setiap ruang, dan sudut. 11.45 pagi, parking di 7B GSC Setia City Mall, Persiaran Setia Dagang. Masuk 4P, dan kemudian turun accelerator ke P2. 11.48 pagi, singgah di kedai Rotiboy. 11.52 pagi, masuk H&M Stor.


Chicken Rice Shop Setia City Mall


12.23 tengah hari, masuk Butik Poplook Raya Collection. Lagu-lagu raya yang evergreen berkumandang. Membangkitkan perasaan syahdu di pagi raya. 1.24 petang, “tersangkut” di Butik Sports Empire. 1.31 petang, masuk pula kedai Skechers, “world famous”. 2.00 petang, kedai Caring Pharmacy.

2.22 petang, melepak dekat mainan Sesame Street. Ayra, Ayla, dan Aqeef benar-benar excited. Berebut-rebut naik The Big Bird, dan Hello Kitty. Terutama Aqeefthe little brave” tak mahu mengalah dengan dua orang kakaknya.

2.44 petang, akhirnya bertolak meninggalkan Setia City Mall. Melalui jalan pintas. Jalan kampung yang penuh dengan rimbunan pohon-pohon. 3.10 petang, masuk jalan  Bukit Cerakah. Bagaikan naik bukit turun bukit. Kemudian masuk Daerah Petaling, dan melintasi Pusat Conventional Puncak Alam.


Lab FSK UITM Puncak Alam


3.14 petang, masuk kampus UITM. Turunkan Kakcik di Lab FSK234. Goodbye Kakcik. 3.37 petang, melintasi pondok pengawal. 3.56 petang, Persiaran Bandar Tasik Putri.  Kemudian melintasi kawasan rehat Kundang. 3.57 petang, Tol Kuang. Seterusnya Tol Jalan Duta, dan Tol Air Panas.


Selepas Palaza Tol Gombak


Terpaksa melalui jalan rosak. 4.24 petang, Singgah di kedai Mondas. Ambil handphone yangh telah dibaiki. 4.43 petang, kedai Gadget di Jalan Langkawi, Setapak. 5.23 petang, isi minyak Petron di MRT Jalan Utama. 5.34 petang, Tol Gombak. 5.44 petang, masuk terowong Genting Sempah.


Ayla & Aqeef

Stesen Petronas Karak-KL


5.42 petang, melintasi Kampung Bukit Tinggi. 5.53 petang, Dusun Eko  Resort. 6.18 petang, berhenti di stesen minyak Petronas. Terletak di km 54 Lebuh Raya Karak-KL. Kemudian solat jamak takhir. Sempat membeli juadah di KFC untuk berbuka puasa.


Hutan Batu-bata Di Celah Rimbunan Hijau


6.38 petang, bertolak. 6.42 petang, melalui Tol Betong. Kelihatan sisa senja melatari kaki langit. Sekali-sekali terlindung di balik rimbunan. 6.53 petang, Tol Karak. Sisa-sisa senja masih lagi memaut gumpalan-gumpalan awan jingga. Suasana semakin suram, dan samar-samar.


Senja Melatari Lebuh Raya LPT


7.08 malam, bukit-bukau di kejauhan bertukar siluet. Kegelapan terus memburu sisa-sisa senja. 7.14 malam, melintasi Sungai Pahang, dan R&R Temerluh. 7.16 malam, parking di stesen Petronas. Sempat berbuka puasa, dan  solat Takdim, Lepas itu meneruskan perjalanan.

8.10 malam, hujan turun. Sekali-sekala kelihatan kilat memacar di kaki langit. 8.14 malam, hujan berhenti. Kelihatan bulan bagaikan terapung-apung lesu. Cahayanya agak pudar. Sekali-sekala dilindungi gumpalan-gumpalan awan gelap.

8.54 malam, pancaran kilat menerangi rimbunan siluet. Kemudian kembali gelap. 9.04 malam, berhenti di Restoran Emmy’s Kitchen. Lorong Padang Maju 1, Kampung Padang Darat, Kuantan. 9.54 malam, selepas dinner, meneruskan perjalanan.

10.01 malam, Tol Kuantan. Bulan masih lagi setia mengiringi sepanjang perjalanan. Bagaikan terapung-apung di kejauhan.  Ayla, Ayra, dan Aqeef sudah lama berlabuh di alam mimpi. Namun Honda Stream terus meredah malam, yang semakin larut.

11.28 malam, sampai di Tol Kuala Telemong. 11.32 malam, masuk simpang kuala Telemong. Kemudian susur keluar ke Kuala Telemong. Seterusnya meredah malam. Melalui beberapa kampung tradisi. Akhirnya  11.41 malam, selamat sampai di teratak Sri Teratai.

HARI KEDUA 8 JUN 2017
AEON FANTASY KIDZOONA | APARTMEN STUDIO S2-1-3A

4.43 pagi, terbangun. Namun baring semula. Seterusnya tidur-tidur ayam. Sekali-sekala terdengar suara Umi dan Kakak di dapur studio. 5.11 pagi, menuruni tangga dari tingkat 1. Kemudian menikmati juadah sahur. Walaupun tidak seenak di home sweet home.

5.29 pagi, azan berkumandang dari handphone. Lepas berwuduk terus solat Subuh. Memanjatkan doa untuk kesejahteraan, dan keselamatan. 7.16 pagi, agak riuh di bawah. Ayra dan Aqeef sudah bangun. Tetapi Ayla masih lagi berselimut. Nyenyak.

Dari jendela kaca, kelihatan Sungai Klang mengalir lesu. Bagaikan tak bermaya dalam remang-remang pagi. Manakala bayang-bayang kondomium di permukaan sungai bagaikan riak-riak longlai. Lebuh raya pula kelihatan agak lengang.


Sungai Klang Mengalir 120 Km


Demikian, Sungai Klang mengalir sepanjang kira-kira 120 km. Masuk ke lembah Kelang yang padat dengan penduduk. Lebih daripada 4 juta orang. Menyebabkan sungai tercemar, dan mengalir lesu. Pembangunan yang bereterusan akhirnya menyempit sungai. Sehingga menjadi longkang-longkang besar di beberapa tempat.

10.11 pagi, memulakan perjalanan. 11.24 pagi, melintasi Kampung Kerinci. Kemudian Tol Damansara. Dan seterusnya beberapa tol. Rasa sedikit menganggu perjalanan. Bagaimanapun jalan tidak berapa sesak. Perjalanan agak lancar pagi ini.

Seterusnya melintasi kawasan Kayangan Height dan Puncak Perdana. Jalan agak mendaki. 10.34 pagi, melintasi LYL Logistic Park, Seksyen U10. Kemudian simpang  Seksyen U15. Masuk Persiaran Mukhtar Dahari. Terus ke Jalan Bukit Cerakah.


Kampus UITM PALAM


11.02 pagi, masuk laluan UITM PALAM. Melewati pondok kawalan. Terus masuk “kampus pintar”. 11.21 pagi, menunggu  Kakcik di Lab FSK234. 11.31 pagi, keluar dari Kampus UITM. 11.36 pagi, masuk simpang Saujana Utama. Seterusnya mengikut jalan yang sama.

12.17 tengah hari, Kakcik booking nasi ayam penyek di Seksyen 7. 12.20 tengah hari, melintasi Hospital Shah Alam, di Persiaran Kayangan. 12.30 tengah hari, masuk Persiaran Masjid. Kelihatan Masjid Shah Alam di Seksyen 10. Syahdu dalam sinaran mentari.


Masjid Biru Shah Alam


Dinamakan juga “Masjid Biru” oleh penduduk tempatan. Dikatakan, sinaran cahaya matahari masuk melalui kaca berwarna biru. Menjadikan suasana kebiru-biruan di bahagian dalam masjid. Begitu indah biasan cahaya biru. Lalu membangkitkan rasa ketenangan, dan kedamaian.


Aeon Mall Seksyen 13

12.31 tengah hari, drive through KFC. Di Jalan Bunga Melor, Seksyen 2. Order set B2 set lunch untuk 3 orang cucu. 12.46 tengah hari, masuk Lebuh Raya Guthrie. 12.47 tengah hari, melintasi Stadium Shah Alam di Seksyen 13. 12.50 tengah hari, masuk Aeon Mall, di Jalan Akuatik.


Shopping Di Aeon Mall


1.11 petang, melintasi Food Seksyen, Kingdom Of Colours, Fatin Suhana, dan Adam Baju Melayu. Diraikan dengan lagu-lagu raya. Yang berkumandang memenuhi ruang mall. Sempat masuk beberapa premis. Termasuk ELP Mubarak, MS read, Kedai Levis, dan Amyliana Boutique.

Terdapat beberapa kios mempamirkan berbagai fesyen pakaian raya. Termasuk: D Collection, Allurealdy, Kukoula Enterprice, dan H & M Butik. 2.00 petang, masuk Uni Qlo. 2.56 petang, Pasar Raya Aeon. 3.34 petang, solat jamak takdim.


Ball Pool Fantasy Kidzoona


3.48 petang, Ayla, Ayra dan Aqeef “tersangkut” dalam Aeon Fantasy Kidzoona. Lalu hanyut dalam pelbagai mainan. Bersama kanak-kanak yang lain. Kadang-kadang tak tahu nak mula bermain. Kadang-kadang berlari-lari dari satu permainan ke satu permainan. Demikian, terlalu banyak pilihan menimbulkan keghairahan. Bagaikan rambang mata.


Terapung Di Ball Pool

Berenang Di Ball Pool


Dalam Fantasy Kidzoona terdapat beberapa bahagian. Mengikut jenis permainan. Ada kawasan Kinetic Sand, Ball Pool, Block, Burger Shop, Hospital, Market dan sebagainya. Terpaksa pula bergilir-gilir menunggu. 4.34 petang, baru keluar dari Fantasy Kidzoona.

Fantasy Kidzoona, salah satu indoor playground di bawah pengurusan AEON Fatansy. Masuk berbayar, dan bersyarat iaitu memakai stokin. Bayaran yang dikenakan tidak ada had masa. Jadi, anak-anak boleh bermain sehari suntuk. Sehingga terdaya.

Suka bermain adalah sifat semulajadi kanak-kanak. Malah perasaan ingin tahu mencetuskan minat untuk meneroka alam fantasi. Lebih-lebih lagi alam kanak-kanak bagaikan sudut mistri yang secara spontan mencipta imaginasi. Kemudian menjadi persepsi yang dapat diterjemahkan pada riak wajah kanak-kanak.

5.00 petang, terpaksa pula menunggu Umi dan Kakcik. Yang masih lagi ada mood shopping. 5.37 petang, baru keluar dari Aeon Mall. Suasana mula hening. Senja sudah lama berlabuh. Tompokan-tompokan awan senja kelabu memenuhi kaki langit. Dihiasi dengan warna merah kekuningan.

5.44 petang, melalui Seksen 13. Masuk bulatan Pesiaran Kayangan, Seksyen 7.  Seterusnya Seksyen 12, dan Seksyen 14. Berhenti di Affin Bank untuk dapatkan kunci tempahan homestay apartmen studio, dari pemiliknya.




6.12 petang, sampai di Soho 2 Vista Alam Shah Alam  Serviced Apartment. Di Jalan Ikhtisas 141, Seksyen 14. Seterusnya parking di aras LG. 6.19 petang, naik lif. Kemudian masuk apartmen Studio S2-1-3A. Dua bilik, Lengkap dengan ruang tamu, dan dapur.


Mengakhiri Sisa-Sisa Senja


Ruang beranda agak luas. Lalu beristirihat sambil menikmati panorama. Menyaksikan kaki langit beransur-ansur mengakhiri sisa-sisa senja. Warna merah kekuning-kuningan semakin samar-samar. Begitu indah, dan syahdu.


Restoran Ayam Penyek


6.58 petang, keluar dari apartmen. 7.04 malam, naik lif ke P3. Kemudian turun tangga ke aras LG. 7.10 malam, bertolak. Melintasi Shah Alam Convention Centre. 7.12 malam, lampu-lampu kereta bagaikan pesta menerangi jalan. Malam semakin berlabuh. 7.20 malam, akhirnya berbuka  di Restoran Ayam Penyek, Seksyen 7.


Beristirihat Di Studio S2-1-3A

Malam Berlabuh Di Vista Alam


8.29 malam, bertolak. Lampu-lampu kereta bagaikan menari-nari di tengah jalan. Lalu menyusuri malam. Mencari jalan pulang. 8.45 malam, parking di aras LG Vista Alam. Kemudian terus masuk apartmen Studio S2-1-3A. Keletihan, tetapi Ayla, Ayra dan Aqeef masih lagi mampu bermain. 

Mengkagumkan. Semangat bermain mengatasi keletihan. Kadang-kadang spiritual strength lebih daripada kekuatan fizikal. Tenaga kanak-kanak memang sukar difahami.

Powered by Blogger.