Qalam Perjalanan


HARI KETUJUH:  JUMAAT 24 MAC 2017 (1)
Hotel Nadia - Masjid Hidayah - Bukit Mentigen 
- Desa Ngadisari


Peta Gunung Bromo

3.05 dinihari, terbangun. Terasa sayu dan sepi. Mungkin kerana lama di perantauan. Sekalipun hujan emas di negeri orang. Sekali-sekala imbauan kampung halaman datang menyentuh perasaan. Bagaimanapun cuba mengingati surah Al Infithar.

Surah Al Infithar, Ayat 13
Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan.

Lepas mandi, bersiap-siap. Punctuality menjadi prioriti. The right time makes the right situation. Lebih-lebih lagi untuk menyaksikan  "sunrise phenomenon". 3.25 dinihari, udara dingin pergunungan bagaikan menggigit-gigit. Di luar masih lagi gelap. Hanya lampu di beranda memberi sedikit cahaya.


Laluan Hotel

3.29 dinihari, naik jip Toyota N945NR, yang  dipandu oleh  Diga. Pemuda suku Tengger  yang berugama Hindu. Pak Ali duduk di sebelah sebagai co driver. ARAM pula naik bersama abang Mat. Terasa excited and thrilled.  Bagaikan expedition of unexpected darkness.

Menurut  legenda anak perempuan Raja Brawijaya dari Majapahit, Roro Anteng berkahwin dengan Joko Seger, keturunan Brahmana. Apabila terjadi pergolakan, sebahagian masyarakat yang fanatik pada agama Hindu melarikan diri ke Pulau Bali.

Sebahagian lagi bermukim di sebuah dataran tinggi di kaki Gunung Bromo. Dipimpin oleh Roro Anteng dan Joko Seger. Jadilah mereka suku Tengger, kependekan dari nama AnTeng dan SeGer. Tidak hairanlah Bromo menjadi kawasan suci penganut Hindu Tengger.

Suku Tengger dikenali taat dengan aturan dan anutan agama Hindu. Dipercayai bahawa penduduk suku Tengger merupakan keturunan dari Kerajaan Majapahit. Mereka tidak memiliki candi. Sebaliknya upacara ritual Yadnya Kasada dijalankan di Pura Poten di kaki gunung Bromo.


Upacara Ritual Yadnya Kasada

Kemudian mereka naik ke puncak kawah Gunung Bromo, Membawa “ongkek” yang berisi sesaji. Hasil pertanian dan ternakan. Sesaji  akan dilemparkan ke kawah. Sebagai persembahan kepada Dewa Bromo, Sang Hyang Widhi. Dipercayai bersemayam di kawah Gunung.



Bidadari Tengger

Ritual Grebeg Tengger

Seterusnya, 3 buah jip kemudian membawa set veteran Poto meredah kegelapan. Hanya cahaya lampu jip menerangi jalan yang dilalui. Agak sempit, dan berliku-liku.   Kadang-kadang jip bagaikan bergegar-gegar. Menderam, mencari kekuatan gear 1 untuk mendaki likuan tinggi.

Terasa bagaikan menaiki roller coaster. Jip melompat-lompat. Sekali-sekala terhuyung-hayang. Ke kiri dan ke kanan. Dari lampu jip kelihatan lereng-lereng bukit yang agak curam. Begitu hampir dengan laluan. Memang mencemaskan. Tetapi abang Mat kelihatan cool and steady.

3.45 dinihari, masih lagi dalam jip. Sekali-sekala kelihatan cahaya berkelip-kelipan dari desa yang jauh di lereng-lereng bukit. Bagaimanapun terpaksa berserah. Kegelapan memang menakutkan. Malah lebih mengerikan apabila melalui likuan-likuan kegelapan.

3.48 dinihari, jip memotong shuttle, walaupun laluan sempit. “Tabik” untuk Diga, pemandu hebat. Kadang-kadang terpaksa berhenti apabila berselisih dengan shuttle.  Pemandu saling bertoleransi. Saling memberi ruang untuk orang lain. Lebih-lebih lagi di likuan yang maut.

Pagi ini begitu sibuk dengan pelbagai kenderaan. Shuttle, jip, dan ojeg, atau motorsikal. Bagaikan berlumba-lumba.  Mengejar the right time to the right place, untuk menyaksikan fenomena sunrise. Once in a life time.


         
Masjid Hidaya Di Lereng Bromo

3.52 dinihari, berhenti di tepi masjid Hidayah. Suasana masih lagi gelap. Hanya lampu dari masjid memberi sedikit cahaya. Dan menerangi sedikit ruang. Kelihatan pelbagai kenderaan  memenuhi perkarangan masjid.

Orang ramai sudah berkumpul di kawasan masjid. 3.58 dinihari, menunggu giliran untuk mengambil wuduk. Air paip bagaikan ais apabila disentuh. 4.01 dinihari, menunggu waktu solat. Ruang masjid sudah dipenuhi oleh pelajar-pelajar dari SMAN 1 Kotagajah.

4.19 dinihari, azan berkumandang. Terus solat sunat subuh. Seterusnya solat subuh diimankan oleh uztaz dari SMAN 1. 4.34 dinihari, selesai solat Subuh. Di luar sesak dengan kenderaan. Kemudian masing-masing bergerak ke destinasi yang sama.

4.43 dinihari, masuk gerbang desa. 4.49 pagi, terus mendaki. Meredah jalan lama, yang kadang-kadang berlubang. Tiada lampu jalan. Hanya lampu jip yang menembusi kegelapan. Memang benar-benar mencabar, dan menakutkan.

4.56 dinihari, membayar 200,000 rupiah untuk masuk ke Bukit MentigenTerletak di desa Ngadisari, Kecamatan Sukapura5.05 pagi, akhirnya jip berhenti di dataran Bukit Mentigen, dengan Ketinggian 2.273 meter. Kelihatan Gunung Batok, hamparan lautan pasir serta pemandangan Desa Ngadisari


Desa Ngadisari

Desa Ngadisari merupakan “pintu gerbang”, untuk ke lembah lautan pasir yang menjadi lokasi beberapa gunung.  Antaranya Gunung Bromo, Gunung Batok, Gunung Watangan, Gunung Widodaren dan Gunung Kursi. 

Bagaimanapun 14 orang group Poto travel terpaksa mendaki lurah untuk ke puncak Mentigen. Setinggi 2.300 metrer, yang lebih strategik. Menghidangkan pemandangan yang lebih panoramik, dan lebih indah.


Merakam The Right Moment

5.19 pagi, pelajar-pelajar dari SMAN 1 Kota rajah sudah berkumpul. Memenuhi ruang puncak Mentigen. Masing-masing tidak sabar untuk merakam  the right moment. A Moment of breath-catching. Tetapi malangnya kabus begitu tebal.


Mengintai Di Balik Kabus

Dalam remang-remang fajar, hanya sedikit  pancaran kuning kemerah-merahan kelihatan di ufuk timur. Bagaikan mengintai di balik kabus. Masing-masing melepaskan nafas, dengan keluhan yang penuh kecewa.  Sunrise terlindung. Bagaikan tenggelam dalam ombak-ombak lautan kabus.


Denai Keindahan

Merai Perubahan

 Kuning Kemerah-Merahan

Bayang-Bayang Gelap Fajar

Namun lereng-lereng bukit yang gelap, bertukar menjadi silute. Kelihatan samar-samar. Bagaikan bayang-bayang gelap fajar. Perlahan-lahan diwarna-warnikan oleh cahaya fajar yang mula menyinsing. Oh Tuhan, alangkah indahnya.


Terpesona

Mewarnai Horizon

Biasan Indah

Merai  Fajar

Lalu masing-masing mencari sudut fotografi. Merakamkan saat-saat keindahan fajar di kaki langit. Tempias keindahannya turut mewarna-warni lereng-lereng bukit. Yang bagaikan terjaga daripada kegelapan. Lalu turut sama-sama meraikan kedatangan fajar. 


Sudut Fotografi

Mewarnai Desa

 Lereng-Lereng Bukit

Kelihatan Bukit Botok tersergam  2.440 m. Bagaikan muncul dari padang pasir. Gunung Bromo pula tak putus-putus mengeluarkan asap vulkanik. Bergulung-gulung memenuhi ruang udara. Begitu juga Gunung Semeru.

Gunung tertinggi di Pulau Jawa, dengan puncaknya Mahameru, 3.676 m dari permukaan laut. Merupakan gunung berapi  kerucut. Kawah di puncak Gunung Semeru dikenal dengan nama Jonggring Saloko.


Meninggalkan Jejak

Gunung Bromo sebenarnya terletak dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Mempunyai ketinggian 2.329 m di atas permukaan laut. Dikelilingi oleh lautan pasir yang terhampar seluas sejauh 10 kilometer.


Laluabn Pulang

Denai Lurah

Setelah hampir  50 minit di puncak Bukit Mentigen. Masing-masing mula turun.  Beberapa buah ojeg juga turut menuruni denai lurah yang agak curam. Walaupun cuaca semakin cerah, namun  suasana suram menyelungi. Terasa kekecewaan kerana phenomenon sunrise tidak terjadi. 


Post a Comment

Powered by Blogger.