Qalam Perjalanan

HARI KEEMPAT SELASA 21 MAC 2017 (2)
Restoran Duta Minang - Masjid Baitul Wahidin - Candi Borobudur - Gudang T-shirt Outlet - Restoran Handayani



Peta Candi Borobudur

12.16 tengah hari, naik bas. Melalui  Jalan Brigjen Katamso. 12.28 tengah hari, sampai di restoran Duta Minangdi Jalan Jend. Sudirman. 12.47 tengah hari, meneruskan perjalanan. 1.06 petang, masuk Jalan Pengtritis.

1.41 petang, singgah di masjid Baitul Wahidin. Di Jalan Magelang. Kemudian solat Jamak Takdim. 2.04 petang, bertolak masuk Jalan Pemuda. 2.45 petang, lebih kurang 40 minit perjalanan, baru masuk desa Borobudur. Melintasi candi Mendut dan candi Pawun.


Candi Borobudur


Laluan  Borobudur


2.53 petang, melintasi sungai. Dan jalan mula mendaki. 2.57 petang, bas berhenti di kawasan parkir. Terpaksa berjalan kaki masuk kawasan Borobudur. 3.01 petang, masuk laluan pemeriksaan tiket. 3.06 petang, hujan mula turun. Agak lebat. Terpaksa sewa payung 10 ribu Rupiah. 3.41 petang, berteduh di pusat maklumat. Menunggu hujan reda.


"Kita Basah Bersama"


Suasana hujan.  Dalam udara dingin. Dan tempias yang membuatkan set veteran Poto “basah bersama”.  Mengingatkan lagu nostalgia “Masihkah Kau Ingat” oleh Kopratasa. Yang mengimbau kerinduan zaman persekolahan.

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat


Tangga Borobudur

3.45 petang, sambil berpayung melangkah ke tangga candi. Sempat bergambar. Kemudian berpecah. Group Pak Ali naik tangga di setiap aras, 4.05 petang, sampai di puncak. Bertemu dengan set veteran yang lain. Stupa besar dipuncaknya menjadi mercu tanda.


Dupa Borobudur

Tangga Borobudur

Candi berbentuk stupa ini didirikan oleh para penganut agama Buddha Mahayana sekitar tahun 800-an Masehi. Masa pemerintahan wangsa Syailendra. Merupakan candi dan monumen Buddha terbesar di dunia. Memiliki koleksi relief Buddha terlengkap dan terbanyak di dunia


Bayangan Borobudur

Borobudur ditinggalkan pada abad ke-14. Apabila kerajaan Hindu dan Buddha mula lemah. Hingga tersebarnya pengaruh Islam. Candi akhirnya hilang dalam hutan. Terus terkubur dalam lapisan tanah. Akn tetapi ditemui semula pada tahun 1814 oleh Sir Thomas Stamford Raffles.


Puncak Borobudur

Menghayati

Zaman Silam

Wangsa Syailendra

Candi ini terdiri daripada sembilan platform. Disusun enam persegi dan tiga bulatan. Didahului dengan kubah pusat. Kuil ini dihiasi dengan 2,672 ukiran batu 3-dimensi dan 504 patung Buddha. Manakala kubah pusat dikelilingi oleh 72 patung Buddha, yang duduk di dalam stupa berlubang.


2,672 Ukiran Batu 3-Dimensi

Bagaimanapun Borobudur telah mengalami hakisan dan kerosakan dalam mengharungi zaman. Projek pemulihan terbesar telah dijalankan antara 1975 dan 1982 oleh kerajaan Indonesia dan UNESCO. Akhirnya Borobudur  disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO


Dupa

Warisan Dunia

4.13 petang, menuruni tangga candi. 4.30 petang, keluar dari halaman candi. Beberapa orang penjaja jalanan mendesak-desak untuk membeli jajaannya. Kemudian masuk lorong gerai-gerai yang menjual souvenir, makanan dan minuman.

4.44 petang, naik bas. Meneruskan  sisa-sisa perjalanan. 4.54 petang, melintasi patung Soekarno-Hatta. 5.09 petang, kelihatan Gunung Merapi diliputi asap vulkanik. 5.14 petang, melalui sungai yang diliputii tanah hitam lava. 5.18 petang, berhenti di gerai salak Jalan Sleman.

5.29 petang, bertolak. Suasana senja kian pudar. Kereta mula memasang lampu. Begitu juga lampu-lampu jalan. Kelihatan tompok-tompok awan semakin gelap. Dan langit mula beransur-ansur kehilangan sisa-sisa senja. Akhirnya malam melabuhkan tirai.


Maskot T-Shirt Outlet

6.17 petang, sampai di gudang T-shirt OutletSet veteran Poto membeli beberapa helai untuk cucu-cucu. 6.59 petang, bertolak, melalui jalan kecil yang agak sempit. Kedai-kedai di kiri kanan hampir dengan jalan. 7.30 malam, masuk bulatan. Hujan masih lagi renyai-renyai.


Dinner Di Restoran Handayani

7.38 malam, sampai di Restoran Handayani, spesial kulinari, di Jalan Adi Sucipto. 7.46 malam, menikmati makan malam dengan iringan lagu sentimental dari pemuzik tempatan. 8.13 malam, di pintu gerbang  mencatat buku recommendation, untuk “kesan dan saran”.

8.27 malam, bertolak.  8.26 malam, masuk Jalan Dr Sutomo. Kemudian Jalan Maliaboro dan Jalan Dagen. 8.50 malam, akhirnya sampai di hotel Whiz. 8.52 malam naik lif. Terus masuk bilik 224.  Lepas solat jamak takhir, terus rebah. Tertidur dalam keletihan. Sleep like a log. 

Post a Comment

Powered by Blogger.