Qalam Perjalanan

HARI PERTAMA: SABTU 18 MAC 2017 (1)
Seri Teratai - Airport Sultan Mahmud - Masjid Al Abrar
Bukit Tok Beng  - KLIA - Hotel YouniQ



Flight MH1335

Teratak Sri Teratai

"Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bil khoir"

Ya Allah Kau permudahkan jangan Kau susahkan, Ya Allah Kau akhiri dengan kebaikan.

12.34 tengah hari, meninggalkan teratak Seri Teratai. Lalu bermulanya jejak kembara. Dengan harapan, langkah yang  pendek akan menjadi pengalaman yang panjang. 12.40 tengah hari, dari jauh kelihatan bumbung Seri Bayu. Terasa sayu, apabila teringat cucu. Rindu bagaikan menusuk kalbu.

12.41 tengah hari, sampai di simpang Manir. Sekali lagi, a journey of romantic escapism. Sekadar meninggalkan reality bites. Mencari kedamaian di seberang lautan. 12.41 tengah hari, melintasi jembatan Sungai Nerus. Seterusnya melintasi masjid Wakaf Tembusu.


Sultan mahmud Airport

12.59 tengah hari, sampai di  Sultan Mahmud Airport. Cg. Cai sudah pun menunggu. 1.13 tengah hari, bersama Haji Hashim, bertolak dengan teksi ke Masjid Al Abrar, Bukit Tok Beng. 1.22 tengah hari, menghayati khutbah, bertajuk “Sematkan Keikhlasan Dalam Jiwa”. 1.52 tengah hari, baru selesai solat Jumaat.

H.R Muslim


“Sesungguhnya  Allah tidak  melihat  (menilai)  bentuk tubuhmu dan tidak  pula menilai  kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu”.

2.15 petang, kembali ke airport. Check in bagasi. Kamudian terus masuk ke balai berlepas. 3.36 petang, berada dalam kabin. Seat layout 3X3 agak selesa. Duduk di 15E. 3.40 petang, flight MH1335 yang dipandu oleh kapten Nizam mula bergerak. Perlahan-lahan, kemudian memecut.  Debaran fright flight mula terasa. Mungkin ini yang dikatakan FEAR (False Expectation Appears Real).


KLIA Sepang

4.15 petang, terapung-apung di udara. Seterusnya melalui  celah-celah gumpalan awan. 4.32 petang, MH1335 bersedia untuk mendarat. Dari jendela,  bumi bagaikan hamparan permaidani. Berpetak-petak dan berjalur-berjalur. Menegak dan melintang.  Kemudian melalui atas ladang kelapa sawit. 4.37 petang, akhirnya mendarat. Selamat menjejakan kaki di KLIA. Syukur Alhamdulillah.


Baggage Reclaim

5.00 petang, bergerak ke bagagge reclaim. Kemudian keluar dari pintu balai ketibaan. 5.24 petang, turun ke aras 1, ke kios teksi bermeter. 5.34 petang, teksi terus meredah hujan. Membawa 6 peserta kembara Terengganu ke Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, Nilai. 6.10 petang, sampai di hotel transit YouniQ. Naik lif ke tingkat 1. Dan terus masuk bilik 107.


Hotel YouniQ

YouniQ Bilik 107

6.41 petang, “jalan-jalan cari makan”. 7.01 malam, dinner di restoran mamak AR Corner. 7.28 malam, naik semula ke bilik 107. Jamak takdim. 8.12 malam, skype dengan cucu. Ayla masih lagi tersedu-sedu, nak ikut atuk. 9.31 malam, cuba tidur tetapi tak lena. Mungkin ransangan super coffee 3 in 1.


Lobi YouniQ

3.41 pagi, dikejutkan oleh morning call. 5.00 pagi, bertolak dengan bas mini WXC3080. Jalan agak lengang. Lalu bas memecut 130km/j. 5.11 pagi, sampai di KLIA. Terus naik ke tingkat 5. Orang ramai sudah memenuhi ruang. 6.07 pagi, solat subuh di surau anjung tinjau. Di luar masih lagi gelap. Hanya kelihatan deretan lampu-lampu sepanjang landasan.

6.40 pagi, breakfast di KFCSelepas breakfast, terus ke kios Sembonia. Berkumpul bersama Group Poto travel. Taklimat disampaikan  oleh ketua rombongan  Ustaz Md Saberi.  Dalam ruang masa yang terhad, sempat juga breaking the ice. Bagaimanapun set veteran yang socially acceptable pastinya mudah untuk break the iron curtain. Malah 14 orang peserta kelihatan bagaikan tidak sabar untuk menjelajah tanah Jawa.

Walaupun belum lagi berinteraksi. Namun sudah saling pandang-memandang. Dan saling berbalas senyum. Memadai senyuman sebagai jalinan perasaan bersama. Menambat  rasa kekitaan untuk meneruskan kembara. Ini yang dikatakan the secret of a smile.

Kuntum bukan sebarang kuntum
Kuntum mawar lebat berduri
Senyum bukan sebarang senyum
Senyum penawar penambat hati
(ARAM)

7.08 pagi, queue di depan kaunter imigresen. Seterusnya melalui pemeriksaan kastam. 7.32 pagi, naik aerotrain. 3 minit kemudian sampai di terminal antarabangsa. Lepas pemeriksaan boarding pass, terus masuk pintu 33 balai Geruda Indonesia.

8.23 pagi, masuk kabin Geruda. Ruang aisle dan seat layout 3X3, tidaklah terlalu cramped. Seterusnya, masing-masing memakai "sabuk pengaman". 9.04 pagi, kapal terbang yang dipandu oleh kepten Naroko mula bergerak. 9.10 pagi, memecut  "tinggal landas". Lalu menyusuri lebuh raya angkasa. Saat ini banyak berdoa. Hanya bergantung pada tali Allah untuk keselamatan.

H.R. Ibnu Mardawaih


“Sesungguhnya Al-Qur’an adalah tali Allah yang kokoh, cahaya  yang  menerangi, penawar yang memberi  manfaat, sebagai  penjaga bagi orang yang berpegang teguh dengannya dan penyela-mat bagi yang mengikutinya“

Perjalanan seterusnya melintasi Selat Melaka. Semakin tinggi terbang semakin luas bumi terhampar. Namun semakin terasa kerdil kewujudan diri. Betapa luasnya sarwajagat  dan betapa pula besarnya ciptaan Ilahi. Garuda GA819 hanyalah objek yang teramat kecil. Yang terapung-apung di langit yang luas. Dalam ombak-ombak awan yang bagaikan lautan udara.

9.36 pagi, terasa gegaran “melanggar” awan. Terasa cemas. Cuaca dimaklumkan kurang baik. Bagaimanapun, sepuluh minit kemudian, kembali tenang. Pesawat terus menembusi gumpalan-gumpalan awan. Kelompok-kelompok awam nipis kelihatan hanyut dalam arus udara.

Post a Comment

Powered by Blogger.