Qalam Perjalanan

HARI PERTAMA: SABTU 18 MAC 2017 (2)
Soekarno-Hatta International Airport - Masjid Istiqlal
- Tugu  Monas - Tanah Abang - Restoran Sankuriang
- Hotel Sukajadi





Soekarno-Hatta Airport

Menjejak Bumi Jawa

9.46 pagi, pakej lunch diedarkan. 10.21 pagi, mengisi borang customs declaration. 11.57 pagi, baru kelihatan bumi Jawa. Rasa terharu dan gembira. 11.09 pagi,  pesawat bersedia untuk landing. Akhirnya mendarat di Soekarno-Hatta International Airport. 11.19 pagi,  menjejak bumi  Jawa buat pertama kalinya. Bagaikan tak percaya.


Rehat Sejenak

Group Kembara

Berbezaan waktu Jawa dan Malaysia ialah 1 jam. Mendahului masa Malasyia. Lepas ni mengguna waktu tempatan di Jawa.


Menjelajah Tanah Jawa

Remang-Remang Kota

Jawa adalah sebuah pulau di Indonesia. Merupakan pulau ke-13 terbesar di dunia. Dengan jumlah penduduk 160 juta, menjadi yang terpadat di dunia. Dibahagikan kepada enam provinsi, iaitu Jawa Barat,Jawa TengahJawa Timur, dan Banten; serta dua wilayah khusus, iaitu DKI Jakarta dan DI Yogyakarta. Mungkin set   veteran Poto hanya menjelajahi Jawa TengahJawa Barat dan Jawa Timur.

12.39 tengah hari, pemeriksaan pasport  dan bagasi. 12.46 tengah hari, tourist  guide tempatan Pak Ali mengalu-ngalukan kedatangan rombongan. 1.18 petang, baru menaiki bas Isuzu B7212PDA. Kemudian bertolak. Seterusnya  melalui gerbang tol Kapuk.  1.44 petang, masuk jalan Kemayuran. Seterusnya, 1.46 tengah hari, masuk barat Jakarta


Restoran Simpang Raya

1.54 petang, melintasi kawasan setinggan. 2.05 petang, berhenti di tepi laluan kereta api stesen Pasar Senin. 2.09 petang, singgah di restoran Simpang Raya untuk lunch. 2.36 petang, solat jamak takdim.  


Laluan Masjid

Masjid Istiqlal

3.14 petang, sampai di masjid Istiqlal, bermaksud “merdeka”. Yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di pusat  ibu kota Jakarta. Dibina oleh Ir. Soekarno,  presiden pertama  Republik Indonesia pada 24 Ogos 1951.  Arkiteknya seorang Kristen Protestan Frederich Silaban.  Direka bersama Imam Besarnya Prof. Dr. Nasaruddin Umar.


Dalam Masjid

Sepetang Di Istiqlal

Stail internasional, dengan dinding dan lantai berlapis marmar. Dihiasi ornamen geometrik dari besi antikarat. Bangunan utamanya terdiri daripada kubah besar berdiameter 45 meter. Ditopang oleh 12 tiang besar. Menara tunggalnya setinggi 96,66 meter. Menjulang di sudut selatan. Masjid ini mampu menampung lebih dari dua ratus ribu jamaah.


Tugu Monas

Dataran Monas

3.49 petang, singgah di tugu  Monas. Monumen peringatan setinggi 132 meter. Didirikan untuk mengenang perjuangan rakyat Indonesia. Berjihad untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Dibina pada 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno. Dibuka untuk umum pada 12 Julai 1975.

A
Monumen Peringatan

Perjuangan Rakyat

Merebut Kemerdekaan

Lidah api dipuncaknya disaluti emas. Beratnya 14,5 ton dan salutan emasnya 38 kg. Melambangkan semangat jihad yang menyala-nyala. Juga sebagai manifestasi “Bhinneka Tunggal Ika” atau “University In Diversity”. Di dalam monumen terdapat museum dan aula untuk meditasi. Selain itu terdapat diorama tentang proklamasi kemerdekaan Indonesia.



Tanah Abang

Tekstil Tanah Abang

4.04 petang, bertolak ke Tanah Abang. Terletak di wilayah DKI Jakarta. Merupakan pasar tekstil terbesar di Asia Tenggara. Telah ada sejak 1735 lagi. Pada Februari 2003, sebagian kecil dari wilayah pasar Tanah Abang terbakar.


Kebakaran Pada Tahun 2015

Pasar Tanah Abang terbagi menjadi 3 wilayah gedung yang menjadi pusat  perdagangan.  Antaranya Tanah Abang MetroTanah Abang lama dan Tanah Abang AURITanah Abang dibahagikan  kepada blok A, B dan F. Terdiri daripada kios-kios. Tanah Abang AURI pula terbagi kepada blok A, B, C, D, E, F, AA, BB, CC.

Seluruh blok di Tanah Abang AURI merupakan kumpulan ruko yang umumnya menjual tekstil, kecuali blok E yang merupakan kumpulan kios-kios yang menjual pakaian dalam bentuk eceran ataupun gros. 4.35 petang, jalan macet. Kenderaan bergerak perlahan-lahan. 5.09 petang, turun dari bas. Berjalan ke  Pasar Tanah Abang.  Beli kain di besmen 2. 6.30 petang, meneruskan perjalanan. 7.34 malam, meninggalkan DKI Jakarta

Malam sudah lama berlabuh. Hanya cahaya dari lampu jalan dan kenderaan menyerikan lagi keindahan. 7.40 malam, melintasi gerbang Jawa Barat. Bagaikan  terdengar ucapan alu-aluan,  “sugeng rawuh”, atau "selamat datang". 7.50 malam, hujan mula turun, rintik-rintik.



Warung Krishna 2

8.23 malam, melintasi tol Cikrang Utama. Perjalanan agak lancar. 8.35 malam, singgah di RNR39. Pekena teh manis di warung R.M. Krishna 2. 9.31 malam, meneruskan perjalanan. Hujan masih lagi renyai-renyai. 9.59 malam, jalan mula macet. Hanya memanjangkan waktu di jalanan.


Area Bandung

Sepanjang perjalanan, lagu rindu-rinduan 60an membangkitkan nostalgia. Ada yang hanyut dalam kerinduan. Dan ada yang terlena dalam igauan. 11.04 malam, masuk area Bandung. 11.11 malam, masuk jalan kecil. Makin jauh makin sempit. Disulitkan lagi oleh kereta-kereta yang parking di tepi jalan.


Restoran Sangkuriang

Dinner Lewat Malam

Makanan Tradisi Jawa

Jalan mula mendaki. 11.27 malam, sampai di restoran Sankuriang, untuk dinner lewat malam. 11.06 malam, meneruskan perjalanan. 12.22 malam , sampai di hotel Sukajadi. Lalu naik bersama dengan beg besar ke tingkat 2. Di bilik 229, akhirnya terlena dalam keletihan.


Hotel Sukajadi

Hotel "Antik"






HARI PERTAMA: SABTU 18 MAC 2017 (1)
Seri Teratai - Airport Sultan Mahmud - Masjid Al Abrar
Bukit Tok Beng  - KLIA - Hotel YouniQ



Flight MH1335

Teratak Sri Teratai

"Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bil khoir"

Ya Allah Kau permudahkan jangan Kau susahkan, Ya Allah Kau akhiri dengan kebaikan.

12.34 tengah hari, meninggalkan teratak Seri Teratai. Lalu bermulanya jejak kembara. Dengan harapan, langkah yang  pendek akan menjadi pengalaman yang panjang. 12.40 tengah hari, dari jauh kelihatan bumbung Seri Bayu. Terasa sayu, apabila teringat cucu. Rindu bagaikan menusuk kalbu.

12.41 tengah hari, sampai di simpang Manir. Sekali lagi, a journey of romantic escapism. Sekadar meninggalkan reality bites. Mencari kedamaian di seberang lautan. 12.41 tengah hari, melintasi jembatan Sungai Nerus. Seterusnya melintasi masjid Wakaf Tembusu.


Sultan mahmud Airport

12.59 tengah hari, sampai di  Sultan Mahmud Airport. Cg. Cai sudah pun menunggu. 1.13 tengah hari, bersama Haji Hashim, bertolak dengan teksi ke Masjid Al Abrar, Bukit Tok Beng. 1.22 tengah hari, menghayati khutbah, bertajuk “Sematkan Keikhlasan Dalam Jiwa”. 1.52 tengah hari, baru selesai solat Jumaat.

H.R Muslim


“Sesungguhnya  Allah tidak  melihat  (menilai)  bentuk tubuhmu dan tidak  pula menilai  kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu”.

2.15 petang, kembali ke airport. Check in bagasi. Kamudian terus masuk ke balai berlepas. 3.36 petang, berada dalam kabin. Seat layout 3X3 agak selesa. Duduk di 15E. 3.40 petang, flight MH1335 yang dipandu oleh kapten Nizam mula bergerak. Perlahan-lahan, kemudian memecut.  Debaran fright flight mula terasa. Mungkin ini yang dikatakan FEAR (False Expectation Appears Real).


KLIA Sepang

4.15 petang, terapung-apung di udara. Seterusnya melalui  celah-celah gumpalan awan. 4.32 petang, MH1335 bersedia untuk mendarat. Dari jendela,  bumi bagaikan hamparan permaidani. Berpetak-petak dan berjalur-berjalur. Menegak dan melintang.  Kemudian melalui atas ladang kelapa sawit. 4.37 petang, akhirnya mendarat. Selamat menjejakan kaki di KLIA. Syukur Alhamdulillah.


Baggage Reclaim

5.00 petang, bergerak ke bagagge reclaim. Kemudian keluar dari pintu balai ketibaan. 5.24 petang, turun ke aras 1, ke kios teksi bermeter. 5.34 petang, teksi terus meredah hujan. Membawa 6 peserta kembara Terengganu ke Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, Nilai. 6.10 petang, sampai di hotel transit YouniQ. Naik lif ke tingkat 1. Dan terus masuk bilik 107.


Hotel YouniQ

YouniQ Bilik 107

6.41 petang, “jalan-jalan cari makan”. 7.01 malam, dinner di restoran mamak AR Corner. 7.28 malam, naik semula ke bilik 107. Jamak takdim. 8.12 malam, skype dengan cucu. Ayla masih lagi tersedu-sedu, nak ikut atuk. 9.31 malam, cuba tidur tetapi tak lena. Mungkin ransangan super coffee 3 in 1.


Lobi YouniQ

3.41 pagi, dikejutkan oleh morning call. 5.00 pagi, bertolak dengan bas mini WXC3080. Jalan agak lengang. Lalu bas memecut 130km/j. 5.11 pagi, sampai di KLIA. Terus naik ke tingkat 5. Orang ramai sudah memenuhi ruang. 6.07 pagi, solat subuh di surau anjung tinjau. Di luar masih lagi gelap. Hanya kelihatan deretan lampu-lampu sepanjang landasan.

6.40 pagi, breakfast di KFCSelepas breakfast, terus ke kios Sembonia. Berkumpul bersama Group Poto travel. Taklimat disampaikan  oleh ketua rombongan  Ustaz Md Saberi.  Dalam ruang masa yang terhad, sempat juga breaking the ice. Bagaimanapun set veteran yang socially acceptable pastinya mudah untuk break the iron curtain. Malah 14 orang peserta kelihatan bagaikan tidak sabar untuk menjelajah tanah Jawa.

Walaupun belum lagi berinteraksi. Namun sudah saling pandang-memandang. Dan saling berbalas senyum. Memadai senyuman sebagai jalinan perasaan bersama. Menambat  rasa kekitaan untuk meneruskan kembara. Ini yang dikatakan the secret of a smile.

Kuntum bukan sebarang kuntum
Kuntum mawar lebat berduri
Senyum bukan sebarang senyum
Senyum penawar penambat hati
(ARAM)

7.08 pagi, queue di depan kaunter imigresen. Seterusnya melalui pemeriksaan kastam. 7.32 pagi, naik aerotrain. 3 minit kemudian sampai di terminal antarabangsa. Lepas pemeriksaan boarding pass, terus masuk pintu 33 balai Geruda Indonesia.

8.23 pagi, masuk kabin Geruda. Ruang aisle dan seat layout 3X3, tidaklah terlalu cramped. Seterusnya, masing-masing memakai "sabuk pengaman". 9.04 pagi, kapal terbang yang dipandu oleh kepten Naroko mula bergerak. 9.10 pagi, memecut  "tinggal landas". Lalu menyusuri lebuh raya angkasa. Saat ini banyak berdoa. Hanya bergantung pada tali Allah untuk keselamatan.

H.R. Ibnu Mardawaih


“Sesungguhnya Al-Qur’an adalah tali Allah yang kokoh, cahaya  yang  menerangi, penawar yang memberi  manfaat, sebagai  penjaga bagi orang yang berpegang teguh dengannya dan penyela-mat bagi yang mengikutinya“

Perjalanan seterusnya melintasi Selat Melaka. Semakin tinggi terbang semakin luas bumi terhampar. Namun semakin terasa kerdil kewujudan diri. Betapa luasnya sarwajagat  dan betapa pula besarnya ciptaan Ilahi. Garuda GA819 hanyalah objek yang teramat kecil. Yang terapung-apung di langit yang luas. Dalam ombak-ombak awan yang bagaikan lautan udara.

9.36 pagi, terasa gegaran “melanggar” awan. Terasa cemas. Cuaca dimaklumkan kurang baik. Bagaimanapun, sepuluh minit kemudian, kembali tenang. Pesawat terus menembusi gumpalan-gumpalan awan. Kelompok-kelompok awam nipis kelihatan hanyut dalam arus udara.

Powered by Blogger.