Qalam Perjalanan

HARI KEENAM 12 DISEMBER 2016 (1)
Miqat Tannaim - Tanah Haram - Hotel Al Maqam
- Masjidil Haram


Haji ARAM

Miqat Tannaim

3.29 dinihari, terbangun. Lalu mengulangkaji surah Al Bayyinah. 4.29 dinihari, azan Subuh pertama berkumandang. 5.14 pagi,  turun, dan terus  menyusuri dataran. Angin pagi bertiup ke dataran. Terasa sejuk, tetapi selesa. 6.21 pagi, baru naik eskalator King Fahd ke tingkat 1.

Surah Al Bayyinah, Ayat 8

Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya



Fenomena Dinihari

5.29 pagi, azan Subuh kedua bergema. 5.44 pagi, solat Subuh. Diikuti solat Jenazah. 7.09 pagi, laluan di pintu King Fahd menjadi sesak. Ramai yang turun melalui eskalator. Kadang-kadang just follow the flow. Di dataran pula ribuan jemaah bersesak-sesak. Terpaksa celah-mencelah.
  
Jalan King Abdul Aziz juga turut sesak dengan bas dan teksi. Bas-bas menurunkan para jemaah yang baru datang. Teksi-teksi pula sibuk mencari penumpang yang hendak ke Miqat.
  
Suasana pagi agak bising dan riuh-rendah. Di selang-seli dengan suara pejaja-penjaja jalanan yang sibuk menawarkan barangan. Pagi-pagi lagi dah keluar mencari pelanggan. Lebih-lebih lagi di laluan yang strategik. Mungkin hanya the early bird catches its prey.


6.32 pagi, masuk lobi hotel. Terus ke dewan makan di tingkat M. 6.34 pagi, breakfast bersama-sama keluarga Adis. 6.56 pagi, naik lif. Kemudian masuk bilik 1006 untuk berehat. Kadang-kadang bagaikan mengejar waktu. Demikian dalam waktu kesempitan memang sukar mendapat kesempatan.
  
7.05 pagi, Jalan King Abdul Aziz di depan hotel sesak dengan para jemaah. 11 buah bas sedang menunggu untuk membawa para jemaah, termasuk group SV07, ke Miqat Tannaim. 7.37 pagi, bertolak dengan bas no. 5 yang berdaftar 2810GDA. Doa di baca oleh petugas Rayhar, Uztaz Ahmad Hamizi. Lalu diaminkan oleh para jemaah.
  

Dibentengi Bukit

Perjalanan agak lancar. Lalu melintasi hotel-hotel di sepanjang Jalan King Abdul Aziz. Ketika ini matahari mula memancar. Kelihatan bagaikan berlari-lari dicelah-celah bangunan. Bangunan-bangunan pula kelihatan seolah-olah dibentengi bukit-bukit batu.
  

Lakaran Abstrak

8.05 pagi, melalui tebing-tebing batu yang membentuk lakaran-lakaran abstrak. Jalur-jalur kelihatan melintang dan menegak. Kadang-kadang terasa hampir, bagaikan dapat disentuh. Ada pula di antara bukit-bukit batu terpaksa dipotong untuk memberi ruang kepada pembangunan.



Masjid Tannaim

Miqat Tannaim

8.08 pagi, sampai di masjid Tannaim. Yang berjarak 7 km dari Masjidil Haram. Para jemaah terus masuk ke dalam masjid. Melakukan solat sunat  dan berniat Umrah. Sempat juga solat hajat. Seterusnya mencari sudut fotografi untuk kenang-kenangan. Di luar masjid, penjaja-penjaja pula sibuk menawarkan pelbagai barangan.

Masjid Tannaim dikenali juga sebagai masjid Siti Aisyah. Susulan  dari Siti Aisyah melakukan miqat Umrah di masjid ini, atas arahan Rasulullah SAW. Siti Aisyah semasa itu hanya melakukan ibadat Haji tanpa Umrah kerana kebetulan didatangi haid.

Diriwayatkan juga, semasa perjuangan Nabi SAW. Dua  sahabat baginda, Zaid bin ad-Datsinnah dan Hubaib bin Adiy menjadi pengintip di Mekah. Malangnya, kedua-duanya  ditangkap. Mereka dipaksa untuk kembali ke ugama asal. Namun mereka menolak. Akhirnya mereka disiksa dan dibunuh.

Zaid bin Datsinnah telah dibunuh di Tannaim oleh Umayyah bin Khalaf.  Beliau rela mati demi mempertahan akidah Islamiyah serta kecintaannya terhadap Rasulullah SAW. Hinggakan Abu Sufyan merasa hairan dan kagum. “Aku belum pernah melihat orang yang mencintai seseorang seperti cintanya sahabat-sahabat Muhammad.”

Demikian masjid Tannaim, dari dahulu hingga sekarang  menjadi tumpuan ribuan Jemaah. Masjid terpaksa dibina semula oleh Raja Fahad bin Abdul Aziz. Melibatkan kira-kira 100 juta riyal. Keluasan masjid menjadi lebih kurang  6000 meter persegi. Dilengkapi dengan berbagai kemudahan. Antaranya parkir, tempat wuduk dan toilet.
  
8.44 pagi, bertolak sambil bertalbiah. 8.48 pagi, jalan menjadi sesak. Banyak kenderaan keluar dan masuk ke Tannaim. Suasana menjadi riuh-rendah dengan bunyi deruan enjin. Kadang-kadang sambut-bersambut dengan bunyi hon kenderaan.


Berdoa

Kedamaian Hati

Mencari ketenangan

8.55 pagi, masuk Tanah Haram. Uztaz membaca doa. Diaminkan oleh para jemaah. 9.11 pagi, masuk terowong Alsouq Alsagheer, di bawah dataran Masjidil Haram. 9.15 pagi, sampai di hotel Al Maqam. Terus naik bilik 1006. Saat ini perlu berhati-hati untuk tidak melanggar 13 pantang larang.


Doa masuk Tanah Haram


اَللهُمَّ هذَاحَرَمُكَ وَأَمْنُكَ فَحَرِّمْ لَحْمِىْ وَدَمِىْ وَشَعْرِىْ وَبَشَْ عَلَى النَّارِ
 وَاَمِنِّىْ مِنْ عَذَابِكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ وَاجْعَلْنِيْ مِنْ أَوْلِيَائِكَ وَأَهْلِ طَاعَتِكَرِى

Ya Allah, kota ini adalah Tanah Haram-Mu dan tempat yang aman-Mu, maka hindarkanlah daging, rambut dan kulitku dari neraka. Dan selamatkan diriku dari siksa-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali hamba-Mu, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang selalu dekat dan taat kepada-Mu. 


Sehati

Rasa Kebersamaan

Laluan Kesejahteraan

9.41 pagi, menunggu di lobi. 9.18 pagi, bersama-sama keluarga Adis menyusuri dataran. Kemudian masuk pintu 89 Masjidil Haram. Lalu menyimpan selipar di rak 31-G. 9.53 pagi, baru turun ke dataran ka’bah melalui tangga King Abdul Aziz. 9.56 pagi, niat Tawaf  di Hajarul Aswad. Seterusnya melakukan tawaf 7 pusingan.


Jejak Laluan

Mendamba Jiwa

Dalam Kehambaan

Hajarul Aswad

Jemaah semakin ramai. Ramai juga yang berhenti untuk lambaian dan kucupan. Akibatnya, kesesakan berlaku di Hajarul Aswad. Ada yang keluar dan ada yang masuk, bagaikan bertali arus. Tolak-menolak berlaku. Malah berebut-rebut untuk mengucup Hajarul Aswad.


Abdi Diri

Memanjat Doa

Memohon Hajat

Hajarul Aswad hanyalah batu. Berasal dari syurga. Yang mula-mula ditemui oleh Nabi Ismail. Lalu Nabi Ibrahim meletakkannya di Baitullah. Dikatakan dulunya batu ini seputih salju. Bersinar dengan terangnya. Hingga menerangi seluruh jazirah Arab.


Ka'bah

Lambaian Ka'bah

Naungan Ka'bah

Namun sinarnya semakin malap. Akhirnya berwarna hitam, kerana dosa manusia. Sebaliknya makin ramai pula para jemaah berebut-rebut untuk menciumnya. Lalu untuk memudahkan para jemaah menciumnya, Hajar Aswad tersebut diletak di sisi luar Ka’bah. Yang mana di kawal oleh petugas keamanan.

Hadis Riwayat Ahmad
    
Rasulullah SAW bersabda, “Hajarul Aswad adalah batu dari syurga. Batu tersebut lebih putih dari salju. Dosa orang-orang musyriklah yang membuatnya menjadi hitam.”


Hadis Riwayat Tirmidzi

Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, Allah akan mengutus batu tersebut pada hari kiamat dan ia memiliki dua mata yang bisa melihat, memiliki lisan yang bisa berbicara dan akan menjadi saksi bagi siapa yang benar-benar menyentuhnya.”


Jejak Dataran

Post a Comment

Powered by Blogger.