Qalam Perjalanan



HARI KETUJUH 13 DISEMBER 2016 (1)
Masjidil Haram - Masjid Hudaibiyah - Muzium Mekah
- Hotel Maqam



Image result for Lakaran Miqat Hudaibiyah
Miqat Hudaibiyah

4.20 dinihari, telefon berbunyi. Datang dari bilik 1102. Hanya untuk mempastikan everything on schedule. 4.32 pagi, mandi sunat Ihram. Selepas tu mengerat dan mencukur mana yang patut. 4.46 pagi, solat sunat Ihram.

5.14 pagi, baru turun bersama Ayahde. 5.29 pagi, azan Subuh berkumandang dari Masjidil Haram. Saperti biasa merentasi dataran. Kemudian naik eskalator King Fahd ke tingkat 1. Masih bersesak-sesak.  5.46 pagi, solat Subuh. Diikuti solat Jenazah.

6.09 pagi, bersesak-sesak pula di pintu 89. Terpaksa celah-mencelah. Kadang-kadang just follow the flow. Kesesakan ini sudah menjadi fenomena biasa. Begitu juga di dataran dan di sepanjang jalan ke Hotel Maqam. Demikian, kesesakan ini benar-benar menguji kesabaran.

Surah Al-Baqarah:  Ayat 177

“Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.”

Surah Ali ‘Imran: Ayat b200

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.”


Breakfast Tingkat M

6.10 pagi, breakfast di tingkat M. 6.50 pagi, naik lif ke tingkat 10. Masuk bilik 1006. Bersiap-siap, membawa pakaian Ihram sekali. 7.02 pagi, turun semula. Namun tak jumpa Adis family yang lain. Agak cemas juga. Takut tertinggal. 7.18 pagi, tepaksa naik bas nombor 2. Bas meneruskan perjalanan. Kali ini bersendirian, tanpa Adis family yang lain.

7.41 pagi, masuk terowong. Matahari mula memancar.  Menjanjikan pagi yang agak baik. Dari jauh kelihatan matahari bagaikan terapung-apung di puncak bukit-bukau. Kelihatan juga beberapa bangunan di celah-celah bukit batu. Bagaikan tersepit mencari ruang.

Perjalanan agak perlahan. Berbagai kenderaan bagaikan bertali arus. Kali ini terasa sedih kerana tidak bersama Adis family. Terasa benar bersendirian. Kadang-kadang perasaan menjadi terharu, dan keliru. Anyway, perlu berfikiran positif.

7.50 pagi, memasuki wilayah Al Khadijah. Kelihatan 2 atau 3 bangunan sedang dibina. Bukit-bukau di kejauhan kelihatan berbalam-balam bagaikan diliputi kabus. 7.52 pagi, melintasi Mawasin Tower. 7.59 pagi, matahari bagaikan bergerak-gerak. Berubah-ubah,  ke  kiri dan kanan.

8.01 pagi, perjalanan kembali perlahan. Sesak dengan kereta dan bas. Perjalanan kembali lancar apabila memasuki  4 lorong. 8.09 pagi, kelihatan rumah-rumah usang di dataran gersang. 8.11 pagi, melalui dataran gersang yang luas. Sayup-sayup hingga ke kaki bukit.


Ladang Unta

Ships Of Desert

8.17 pagi, berhenti di ladang ternakan unta. Yang dulunya dikenali sebagai "ships of the desert." Sempat beraksi untuk fotografi di depan unta. 8.29 pagi, menyambung semula perjalanan. Petugas Rayhar, Uztaz Syaharani menerangkan unta sebagai kesaksian atas kebesaran Allah SWT.


Surah Al Ghasyiyah: Ayat 17

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia dijadikan.




Masjid Hudaibiyah

8.38 pagi, sampai di masjid Hudaibiyah. Lalu mengambil wuduk. 8.42 pagi, terus berniat Umrah dan solat. Bisasanya bersama Ayahde, tetapi kali ini terpaksa bersendirian. Intai-intai juga, tetapi tak kelihatan seorang pun keluarga Adis. 8.46 pagi, merakam sudut fotografi di depan masjid Hudaibiyah.


Dimamah Usia

Di sebelah masjid Hudaibiyah terletak masjid tua. Berusia lebih dari 1400 tahun. Hanya tinggal puing-puing.    Beberapa bagian dindingnya  masih  tersisa. Malah semenjak masjid baru didirikan, masjid tua ini terus terbiar. Kian dimamah usia. Terhakis tahun demi tahun.  Tidak dipedulikan lagi.


Pintu Pagar

Laluan Muzium

Sejarah Ka'bah

Hakikatnya, dalam runtuhan masjid tua inilah tersimpan sejarah. Di mana termeterainya  sumpah setia para sahabat  Rasulullah SAW. Disaksi oleh pohon “Baiturridwan”, yang menjadi naungan. Malangnya pohon ini ditebang oleh khalifah Umar bin Khathab. Akibat khurafat, menyalahgunakan pokok untuk mendapatkan berkah. Kononnya pohon ini dapat memakbulkan doa.

Surah Al-Fath, Ayat 10.

Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka.


Pintu Ka'bah

Mimbar Masjid

Pintu Utama

 Bawah Mimbar
T
Demikian juga, para sejarawan mengaggap Hudaibayah sebagai pintu ke arah penaklukan Mekah. Walaupun Perjanjian Hudaibiyah dilihat Rasulullah SAW bagaikan mengalah. Namun itulah kekuatan, yang akhirnya merobohkan kekuasaan kaum musyirikin.




Menghayati Sejarah

Menyusuri Kegemilangan

Keagungan Islam

Koleksi Sejarah


9.10 pagi, selepas bermiqat, perjalanan diteruskan. Bagaimanapun bas tak boleh bergerak kerana terhalang oleh bas yang lain. 9.28 pagi, baru bertolak. Perjalanan agak lancar. 9.35 pagi, berhenti agak jauh dari Muzium Mekah.  9.44 pagi, melihat beberapa artifak dalam muzium. Kemudian keluar untuk meninjau, kalau-kalau ada Adis family.

Panorama Perjalanan

Dari Jendela Bas

10.00 pagi, perjalanan diteruskan. 10.03 pagi, kelihatan jam besar daripada jauh. 10.14 pagi, melintasi gerbang replika Quran dan Grand Coral Hotel. 10.20 pagi, melintasi Anjum Hotel. Perjalanan agak lancar hingga memasuki terowong Alsouq Alsagheed di bawah dataran Masjidil Haram.

10.23 pagi, berhenti di jalan King Abdul Aziz. 10.27 pagi, berehat di lobi hotel Maqam, menunggu Adis family.  Namun tak kunjung tiba. Lalu turun ke dataran.  10.49 pagi, masuk pintu 89. Turun tangga King Abdul Aziz. 11.08 pagi, niat Tawaf Umrah 7 keliling. Bermula di Rukun Hajarul Aswad.


Post a Comment

Powered by Blogger.