Qalam Perjalanan


HARI KELIMA 11 DISEMBER 2016 (1)
Hotel Al Maqam - Al Marwah Show - Masjidil Haram
Abraj Al Bait Shopping Centre



Laluan Masjidil Haram

5.18 pagi, saperti biasa, Dd Aram dan Ayahde turun selepas azan Subuh pertama. Umi, Antiya, Cekde dan Kakcik turun lebih awal lagi. Mungkin lebih awal lebih baik tempat solat. Hampir dengan ka'bah. Tak perlulah berkejar-kejar dan tak perlu bersesak-sesak.

Selesai solat Subuh, berjumpa semula di dewan makan. 5.48 pagi, "bersama-sama" menikmati breakfast. Togetherness is happiness. Selepas Subuh, ruang masa agak panjang untuk membuat program. Hari ini tiada program khas dari Rayhar. Sudah tentu program Adis's family pagi ini ialah Tawaf Sunat dan  juga melontar riyal.


Tawaf Sunat

7.51 pagi, shopping dahulu di Al Marwah Show. Beli selipar baru untuk Antiya, Cekde dan Kakcik. Selepas tu masuk masjid melalui Pintu 89. Simpan Selipar di rak 31-G. Seterusnya berjanji bertemu semula di ground floor, di pintu King Fahd.

9.28 pagi, Dd Aram dan Umi selesai Tawaf Sunat 7 pusingan. 9.30 pagi, ditruskan dengan solat Sunat Tawaf dan berdoa di belakang Makam Ibrahim. Kemudian minum air zamzam. 9.46 pagi, bergambar berlatarbelakangkan Ka'bah.  


“Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah SWT memakbulkannya”. (Imam At-Tirmizi)


Selepas Tawaf Sunat

Tangga King Fahd

Mengikut rentetan sejarah,  Ka’bah awalnya telah dibina oleh Nabi Adam AS atas perintah Allah SWT. Sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit. Binaan empat segi ini kemudian diberi nama Ka’bah yakni ‘Rumah Allah’.


Surah Ali ‘Imran, Ayat 96

Sesungguhnya rumah yang mula-mula di bangun untuk  (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah di Mekah yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.


Lambaian Ka'bah

Lindungan Ka'bah

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah SAW memilih Mekah sebagai tempat binaan Ka’bah kerana kedudukannya yang selaras dengan  Baitul Makmur di alam malaikatMengikut kata Fakhruddin Ar-Razi rahimahullah, kedudukannya adalah di langit yang tertinggi, dekat dengan ‘Arsy. Dikatakan “makmur” karena kebanyakan yang melakukan tawaf adalah dari golongan malaikat.


Pintu King Fahd

Dataran Masjidil Haram

Ka’bah telah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Ka’bah dilakukan oleh Nabi Adam AS. Bermula dari zaman Nabi Adam AS manusia bertawaf mengelilingi Ka’bah. Beribu-ribu hingga berjuta-juta. Tak putus-putus hingga ke saat ini. Masya Allah. 



Kenangan Dataran

Mencari Kedamaian

Bagaimanapun Ka’bah telah melalui tahun-tahun musibah. Saperti mana banjir telah berlaku di zaman Rasullulah dan zaman Khalifah Umar Al Khattab. Telah membawa kerosakan kepada Ka’bah.  Begitu juga pada tahun 1039 di zaman kekuasaan dianasti Usmaniyyah. Banji selama dua hari telah merosakkan dinding Ka’bah.


Banjir Terburuk 1941

Dataran Banjir 2012 

Pada tahun 1941, banjir besar telah menenggelamkan separuh daripada Ka’bah. Seterusnya berlaku pada tahun 1914, 1016, 2009 dan 2012. Kejadian terbaru pula berlaku pada 18/9/2017. Hujan lebat turun lewat 5.00 petang. Air bagaikan mencurah-curah membanjiri kawasan Masjidil haram. Bagaimanapun air hanya menggenangi setinggi buku lali.



Bertahallul

Pasangan Tahallul

10.09 pagi, masuk  Abraj Al Bait Shopping Centre. Naik lif  ke tingkat 3. Terus ke Food Court. Lalu order nasi beriani di Taste Palace. Antiya, Ayahde dan Cikde duduk di meja lain. Sekadar menikmati makanan arab. Semeja sehidangan.


Food Court

Taste Palace

Pusat membeli belah Abraj Al bait, merupakan salah satu pusat membeli belah yang terbesar di Arab Saudi. Pembinaannya  menelan belanja $13 bilion. Yang diharapkan  membawa perubahan kepada kota Mekah

Akan tetapi sebaliknya proses perubahan  tidak ada pengakhirannya. Mekah tidak pernah berubah. Seperti kata Dr. Sami Angawi, arkitek terkenal Saudi. “Apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10 peratus daripada apa yang akan terjadi. Apa yang akan datang  lebih buruk lagi.”


Post a Comment

Powered by Blogger.