Qalam Perjalanan

HARI KELIMA 11 DISEMBER 2016
Masjidil Haram - Abraj-Al Bait Shopping Centre
- Hotel Al Maqam



Dataran Masjid

12.15 pagi, azan  Zohor berkumandang. Selepas berwuduk, turun dengan lif. Terus ke masjid. 12.22 pagi, solat sunat dan kemudian solat  Zohor. 12.54 petang Dd Aram dan Ayahde keluar melalui King Fahd eskalator.  Gate 92 sesak dengan para jemaah berebut-rebut untuk keluar.

Biasanya laluan ke hotel Al Maqam terganggu oleh peniaga jalanan berbangsa Yaman. 1.03 pagi, sampai di lobi. Terus naik tangga ke tingkat M untuk LunchBooking table untuk keluaga Adis. 1.27 pagi, naik lif ke tingkat 10. Seterusnya berehat di bilik 1006.



Melatari Masjid

Dataran Masjidil Haram



3.16 petang, turun semula. 3.19 petang azan Asar berkumandang. Skrin besar di pintu King Fahd menunjukkan suhu 30°C. Agak panas kalau dibandingkan dengan Madinah. 3.28 petang, solat sunat. 3.30 petang, qamat, dan solat Zohor.


Abraj Al Bait
T
Shopping Complex

3.56 petang, Dd Aram dan Ayahde menunggu depan Jam Diraja Mekah. 4.07 petang, bersama UmiAntiyaCikde dan Kakcik masuk semula ke Abraj Al Bait Shopping Center. Naik lif ke tingkat 3.  4.18 petang, masuk Abraj Hypermarket melalui eskalator. Dalam waktu yang terhad kadang-kadang  berkejar-kejar. Namun, just a chase whithout  a purchase


Advertiser

Memilih Oleh-Oleh

Jam Diraja Mekah berukuran 43 × 43 m.  Menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya


Oleh-Oleh Souvenir

Diterangi oleh dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang berkilauan sejauh 30 kilometer. Sebagai pemberitahuan tentang lima waktu solat fardu.

Kadang-kadang kelihatan bagaikan satu perlumbaan untuk membina bangunan-bangunan besar dan tinggi. Lebih-lebih lagi berhampiran Masjidil Haram. Bagaikan “mengepung” Masjidil Haram. Hingga membayangi dan menenggelami "kebesaran" Baitullah.

Benarlah sabda Rasullulah  SAW ketika di tanya mengenai kiamat.  “….apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.”

Bagaimanapun berbagai peristiwa telah berlaku. Termasuk peristiwa kebakaran di Masjidil Haram.  Sebagaimana dilaporkan oleh Akhbar Saudi Gazette. Kebakaran ini  berlaku pada 5 Julai 1915.  Sekitar jam 2.00 pagi waktu tempatan. Berpunca daripada litar pintas membabitkan bahagian bumbung di Haram Sharif.

Turut diceritakan  tentang pemberontak Houthi Yemen. Peluru berpandu balistik dilancarkan  ke Mekah. Namun berjaya dipintas dengan peluru berpandu Patriot dekat kota suci Mekah Demikian berbagai ancaman berlaku ke atas Baitullah, namun Allah SWT sentiasa melindunginya.

5.00 petang, bertemu semula di Food Court. 5.24 petang, terpaksa ambil wuduk di toilet. 5.38 petang, turun melalui lif. Terus ke Masjidil Haram. 5.40 petang, solat Maghrib. Saperti biasa laluan di dataran sesak dengan para jemaah. Ada  yang masih solat. Ada yang keluar dan yang masuk.

6.21 petang, Dd Aram dan Ayahde terus naik ke bilik 1006UmiAntiyaCikde dan Kakcik terus berada di masjid. Menunggu masuk waktu solat Isyak. 7.11 malam, Dd Aram dan Ayahde turun semula. Agak lewat. Terpaksa bersolat di bahagian ruang pejalan kaki.

7.34 malam, dinner di tingkat M. Lepas itu, naik semula ke tingkat 10. Berehat di bilik 1006. 8.37 malam, turun semula untuk melontar riyal istilah yang popular untuk shopping. Bagaikan berpusu-pusu, dari kedai ke kedai membuat pilihan dan membuat tawaran. Keramaian benar-benar menjadikan susana malam lebih seronok.

10.26 malam, akhirnya  selesai "melontar riyal". Di dataran jemaah masih ramai lagi. Kelihatan Beberapa orang jemaah tidur di dataran. Berborak-borak dan mundar-mandir sambil menikmati keindahan Masjidil Haram. Dataran tak pernah sunyi, dan tak pernah tidur.

10.30 malam, dalam keletihan sampai juga di lobi. Kemudian sama-sama naik lif. Dd Aram dan Ayahde berhenti di tingkat 10. UmiAntiyaCekde dan Kakcik brehenti di tingkat 11. Masuk bilik 1102. Mungkin malam ini hanyut dalam mimpi. Malam pertama di Mekah. Harap-harap bermimpikan Ka'bah.

Post a Comment

Powered by Blogger.