Qalam Perjalanan

HARI KETIGA: 31 OGOS 2017
Restoran  Al-Salam - Stesen Petronas Km 54
- Hentian Termeluh - Teratak Sri Teratai



6.39 pagi, fajar di puncak bukit. Menjadikan bukit siluet, yang  membetengi lembah. Kelihatan beberapa rumah di kaki bukit. Sepi dan kaku. Atap-atapnya kelihatan pudar. Agak usang. Demikian terlindung di celah-celah rimbunan. Bagaikan sudah lama terpinggir.

Siluet Fajar

7.14 pagi, matahari mula bersinar. Lalu memburu sisa-sisa kegelapan, di celah-celah rimbunan. Rimbunan kehijauan kelihatan segar apabila dijamah sinaran pagi. Rumah-rumah pula kelihatan bagaikan baru terjaga dari kegelapan.

Pagi ini terasa sepi. Sayu. Rasa bagaikan kehilangan. Hanya doa mengiringi Ayahsu. Semoga selamat sampai di Volgograd. Selamat meneruskan pengajian. 9.42 pagi, matahari sudah meninggi. Cahayanya memedihkan mata. Manakala bilik 503 mula terasa agak panas sedikit.


9.54 pagi, perkena cheese hot chicken flavor ramen. Wow! Pedas. Sampai terbersin. Akhirnya tak jadi nak makan. Alah dengan kepedasan. 10.22 pagi, Ayla datang. Terliur apabila melihat maggie. Terpaksa pula 4 kali basuh untuk menghilangkan pedas. Barulah Ayla boleh makan.


Lorong Bilik 503

11.38 pagi, berkemas-kemas dan bersiap-siap. Lepas semakan terakhir, baru tinggalkan bilik 503. 11.46 pagi, turun lif dan terus ke lobi untuk check-out. Kemudian simpan dan susun beg dalam kereta. 11.49 pagi,  Honda dan Hillux keluar dari parkir lot 10 dan 11. Meninggalkan Hotel Empress. Adieu.


Bersama Acik

Ayla, Aqeef & Ayra

Bersama Nenek

Bersama Ibu

Seterusnya masuk simpang kiri. Terpaksa melalui beberapa bumper. 12.18 tengah hari, masuk sempadan Negeri Sembilan. Lepas bulatan, masuk Jalan Persiaran Negeri. 12.22 tengah hari, berhenti di Stesen Petronas Bandar Baru Nilai. Tambah nilai touch & go. 12.29 tengah hari, melintasi Kompleks Majlis  perbandaran Nilai.

Depan Hotel Empress

Kenangan Bersama Acik, Nenek & Atuk

12.34 tengah hari, masuk Jalan BBN 2/JF Putra Indah. 12.37 tengah hari,  terpaksa menyusuri beberapa jalan. Mencari restoran. Banyak yang tutup. Mungkin sempena Hari Merdeka. Sampai simpang NL17 masuk kanan. 12.43 tengah hari, berhenti di seberang Restoran  Al-Salam, Bandar Baru Nilai.


Restoran Al-Salam

Sekadar Mengalas Perut

Lunch Sekeluarga

12.54 tengah hari, lunch di meja 22 dan 15. Digabungkan. Nenek duduk di meja sebelah. Main WhatApp. Kebetulan hari ini Nenek puasa. Yang lain makan sekadar mengalas perut untuk perjalanan seterusnya. 1.23 tengah hari, masuk Jalan BBN 1/3. Simpang  kanan ke laluan KL.

1.31 tengah hari, touch & go di Tol Nilai. Kemudian masuk E24 Nilai, Lebuh Raya Utara-Selatan. Melintasi Hentian Sebelah Nilai. Seterusnya menyusuri E212 Bangi. 1.47 tengah hari,  masuk E210 kajang. Seminit kemudian E209  UPM.

Menyusuri Kota Raya

1.52 tengah hari, touch & go di Tol Sg. Besi. 1.56 tengah hari, melintasi Terminal Bersepadu Salatan. 2.08 petang, masuk simpang Wilayah Persekutuan. 214 petang, kawasan Hulu Kelang. 2.15 petang, jalan mula sesak. Pergerakan agak perlahan.

2.18 petang, melintasi Wangsa Melawati. 2.20 petang, SMK Wangsa Melawati. 2.31 petang, Balai Bomba Wangsa Maju. 2.44 petang touch & go di Tol Gombak. Masuk Laluan T07. Di sini bermulanya Lebuh Raya KL-Karak. Bagaimanapun jalan mula sesak

2.56 ptang, melintasi BHP Old Town White Coffee. Cuaca agak mendung. Manakala lebuh raya masih lagi sesak. 3.01 petang, laluan berliku, melalui rimbunan hijau di sepanjang lebuh raya. 3.18 petang, laluan agak selesa, walaupun melalui likuan bukit.


Kesesakan

Namun, 3.21 petang, sesak semula. Beberapa buah kereta masuk laluan kecemasan. Seterusnya melintasi Kawasan Rehat Genting Sempah. 3.44 petang, masuk Terowong Genting Sempah. 3.48 petang, kabus kelihatan berarak. Bukit-bukau hampir hilang dalam kabus.


Lebuhraya Karak

3.55 petang, melalui Bukit Tinggi Bentung. 3.57 petang,  sesak sepanjang Kg. Bukit Tingggi. Dari kejauhan, kelihatan kabus terapung-apung. Bagaikan keluar dari celah-celah rimbunan. 4.21 petang, hujan turun rintik-rintik. Lebuh raya kelihatan separuh basah.

Mendung menyelubungi. Demikian kabus semakin tebal, hampir menyelimuti bukit. 4.27 petang, melintasi Hentian  Sebelah Lentang. 3.55 petang,  masuk Stesen Petronas Km 54. Sesak. Kereta terpaksa parkir dari stesen minyak sampai ke tepi lebuh raya. Nak isi minyak terpaksa mununggu giliran. 45 minit kemudian baru beredar.

5.01 petang, touch & go di Tol Bentung. Berderet-deret kereta  parkir di tepi tol. Mungkin tension, kerana kesesakan. Kadang-kadang meletihkan. 5.24 petang, masih sesak lagi. Pergerakan agak perlahan, hanya 40km/j. 5.21 petang, sebuah kereta terbabas.

5.26 petang, touch & go di Tol Karak. Di sini bermulanya LPT. Lebuh raya agak tenang dan selesa. Tidak terlalu sesak. Melalui kawasan bukit. Laluan berliku-liku.  5.32 petang, laluan kembali sesak. Beberapa buah  kereta masuk laluan kecemasan. Mungkin tak tahan sabar.


Hentian Temerluh

Masa terus berlalu. 6.01 petang, menyeberangi Sg. Pahang. Kemudian masuk Hentian Temerluh. Bagaikan pesta, sesak dengan kereta dan orang ramai. 6.11 petang, baru dapat parkir. Kebetulan hujan turun. Suasana agak lembab dan tidak selesa. 6.16 petang, solat jamak takhir.

6.22 petang, masuk toilet. Ramai yang beratur di 26 pintu toilet. Masing-masing menunggu giliran. 6.37 petang, membeli sandwich dan pau di kedai Mahfuzah Enterprise 6.50 petang, kereta tersekat. Empat minit kemudian, baru bertolak. Melalui deretan lampu jalan, yang telah pun dinyalakan.

Sisa-Sisa Senja

Di ufuk barat sisa-sisa  senja masih lagi melatari kaki langit. Manakala di hujung lebuh raya bukit-bukau semakin kabur. 7.10 malam, malam mula berlabuh. Kesepian bagaikan menyelubungi. Bukit-bukau bertukar menjadi siluet. Diselimuti Kagelapan. 7.21 malam, melintasi Exit 825 Maran. 7.30 malam,  kegelapan semakin menyelubungi.


Malam Kian Berlabuh

7.33 malam, masuk sempadan Daerah Kuantan. 7.35 malam, Kawasan Rehat Gambang. Acik terus maintain kelajuan 100km/j. Relax and steady. 8.15 malam, Exit 836 persimpangan Jabor. 821 malam, masuk LPT2. 8.30 malam, Exit 839 Cheneh. Kuala Tertengganu berbaki 159 km.


Hentian Kijal

8.41 malam, Exit 941 Cukai. Empat minit kemudian, masuk Hentian Kijal. 9.04 malam, solat jamak takhir. 9.11 malam,  bertolak. Seterusnya melintasi Exit 845 Kijal. Kemudian, Exit 847 Kertih. 9.32 malam,  Exit 849 Paka. 10.26 malam, melintasi kawasan rehat Ajil. Malam agak tenang. Laluan agak selesa. Bulan pula kelihatan terapung-apung. Turut mengiringi sepanjang perjalanan.

10.35 malam, touch n go RM53.67 di Tol Kuala  Telemong. 10.40 malam, susur keluar. 10.42 malam, masuk simpang kiri ke Manir. 10.53 malam, berhenti di warung PAKR Batu Hampar. Order laksa Pinang dan mee rebus. 11.15 malam, masuk simpang T9 Manir. Seminit kemudian sampai  di teratak Sri Teratai, home sweet home. Alhamdulillah, safe and sound.

HARI KEDUA: 30 OGOS 2017 (2)
Kuala Lumpur International Airport
- restoran Mega Kelana Grill - KFC Fun Land


3.11 petang, melintasi Palm Garden Club. 3.22 petang, Exit 2 Putrajaya. Seterusnya masuk simpang kanan ke Persiaran Timur. 3.28 petang, masuk simpang kiri laluan ke Kajang. Kemudian simpang kiri lagi. Masuk jalan Kg. Desa Putra. 3.30 petang, mendaki jalan Jenderam Bangi.

Masuk simpang kanan. Mendaki lagi. Kemudian menurun. 3.33 petang, jalan agak kecil. Berliku-liku. Terpaksa memandu 50km/j. Lepas Desa Jenderam Hilir, masuk simpang kiri ke Jenderam Dengkil. Jalan masih lagi berliku-liku.


Hotel Empress

3.43 petang, melintasi SK Jenderam, Kg. Jenderam Hulu. 3.47 petang, melewati Kolej Teknoloji Timur, Bandar Baru Salak Tinggi. 3.52 petang. simpang kanan, Salak Tinggi. 3.57 petang, sampai Hotel Empress. Parkir di lot 15. Di depan restoran Shareef dan di seberang hotel.

Naik lif. Kemudian terus masuk bilik 503. 5.16 petang, solat jamak takhir. Ayahsu sempat bergurau-gurau dengan Ayla.  Harap-harap tidak ada drama air mata, ketika menghantar Ayahsu di KLIA. Tahun lepas Ayla dan Nenek berendam air mata.

Depan Bilik 503

Dalam waktu terluang sempat juga Atuk terlelap. Masa berlalu. 7.45 malam, solat jamak takdim. Ayahsu dah siap dengan beg besarnya, seberat 29 kg. 7.55 malam, turun lif. Kemudian  duduk di lobi. Sempat lagi Atuk duduk di sofa urut Gintell. RM2 sekali urut.

Bersama Ayahsu

8.14 malam, bertolak. 8.20  malam, singgah di restoran Mega Kelana Grill, Bandar Baru. Dinner dengan kos RM64.80. 9.24 malam, bertolak. Berhenti pula di stesen minyak Petron, Salak Tinggi. 9.42 malam, melintasi papan tanda Gamoda IBS. Kemudian masuk simpang kiri bulatan Masjid  KLIA.


Restoran Mega Kelana Grill

Dinner Bersama Ayahsu

Jalan agak lengang. Hanya diterangi deretan lampu jalan di tengah-tengah. Selepas beberapa bulatan dan simpang, akhirnya 9.51 malam, masuk basemen KLIA. 9.55 malam, parkir di B-B-7. Kemudian naik lif ke aras 2. Seterusnya naik horizontal escalator.


Balai Perlepasan

Naik Trolley

Saat Perpisahan

10.05 malam, naik lif ke aras 5, Balai Perlepasan. 10.10 malam, timbang beg. Kemudian balut beg di kios Baggage Wrapping.  Hanya RM14.  10.20 malam, melintasi Pondok Polis, Famous Amos, Kiddies dan KFC.


Ayla Arissa

KFC Fun Land

Playing Is Fun

10.28 malam, terus ke KFC Fun Land. Ayla, Ayra dan Aqeef bena-benar teruja. Kali ini betul-betul fun. Sekejap main gelongsor. Sekejap lagi meniti tali. Melompat-lompat dan berlari-lari. Keseronokan. Terpaksa bergilir-gilir mengawal. 10.50 malam, masih lagi bermain. Tak Puas-puas. Rupa-rupanya, keseronokan bermain itu satu keasyikan.


Menunggu Perlepasan

Sempat jumpa Rosmah. Rakan sekuliah Ayahsu di Medical University Volgograd, Russia. 11.48 malam, Ayahsu pergi check-in beg.11.50 malam, Acik, Ayla dan Ayra pergi berjalan-jalan. Sekadar menghilangkan rasa mengantuk. 12.01 malam, mula terasa larut dan hanyut. Aqeef dah mula baring-baring. Ayla dan Ayra kelihatan dah layu.

12.42 malam, Ayahsu turun tangga “international”. Sempat melambai-lambai tangan. Detik demi detik, melihat kelibat Ayahsu. Akhirnya Ayahsu hilang di laluan transit. Nenek kelihatan sebak. Namun Ayla masih bertahan. Rupa-rupanya Ayla sudah dewasa. Bukan lagi anak kecil 5 tahun.

Teringat lagi tahun lepas, Ayla tidak berhenti-henti menagis. Tersedu-sedu memanggil nama Ayahsu. Sampai Hotel Sri Langit masih bersambung drama air mata bersama Nenek.

Sedutan tahun lepas
HARI KEDUA, 30 OGOS 2016 (2)

12.57 malam, Faiz turun tangga international untuk berlepas. Maka bermulalah drama air mata nenek dan cucu. Berlanjutan hingga ke parkir kereta. Namun isak tangis Ayla tak dapat ditandingi. Malam itu Kakcik yang memandu. Perjalanan balik agak tenang. Bagaimanapun suasana semacam kehilangan. Kesedihan dan kepiluan masih memaut.

12.54 malam, turun lif ke aras 2. Kemudian masuk laluan P, medan kereta A & B. 12.56 malam, Acik membayar parkir di automatic pay station. Seterusnya turun lif ke aras B. 1.01 malam, baru bertolak keluar dari basemen. Meninggalkan premis KLIA.

Laluan agak lengang dan gelap. 1.10 malam, melintasi Carter Field town. Pusat bandar yang ditubuhkan pada tahun 1993 semasa pembinaan KLIA. 1.11 malam, hanya deretan lampu jalan memberi sedikit ruang pandangan. 1.14 malam, masuk simpang kiri. Terus ke Lebuh Raya Plus.

1.22 malam, melintasi semula papan tanda Gamuda IBS. 1.22 malam, melintasi Bandar Baru Salak Tinggi Business Park. Seterusnya masuk beberapa simpang. Bagaikan berpusing-pusing. Akhirnya, 1.26 malam, sampai di Hotel Empress. Lalu parkir di lot 11. Di hadapan kedai Pusat Fotostate. Bertentangàn dengan tangga ke Hotel Empress.

1.33 malam, naik lif ke aras 5. Seminit kemudian, baru masuk bilik 503. 2.17 malam, Atuk masih tak dapat melelapkan mata, Terasa kesepian. Dari jendela kelihatan Kanda Dinda Cafe masih lagi dibuka. Beberapa orang pelanggan lewat malam minum di meja luar, di lot parkir kereta. Mungkin sambil minum sambil menikmati keheningan larut malam.

Ibu dan Baba masih belum pulang lagi. Namun malam kian larut. Kian terasa sepi. Bagaikan memenuhi ruang bilik 503. Saat ini terasa benar kehilangan. Terasa kerinduan bagaikan menusuk kalbu. Selamat jalan Ayahsu. Mudah-mudahan berjumpa lagi di tahun hadapan.

HARI KEDUA: 30 OGOS 2017 (1)
Hotel Empress – Warung Klasik Rumbia
- IOI City Mall


7.23 pagi, meleparkan pandangan dari jendela bilik 503. Kelihatan sayup-sayup cahaya fajar. Agak suram. Dilakari awan-awan nipis. Bagaikan terapung-apung lesu. Tidak bermaya. Jalan raya pula agak lengang. Manakala deretan kedai masih lagi sepi tanpa pengunjung.


Fajar Menyinsing

Kesuraman ini bagaikan retetan kekalahan Harimau Malaysia dengan “GajahThailand, di Sea Games 2017. Demikian, kesukaran menerima kekalahan  menjadikan realiti satu kekecewaan. Walaupun Harimau Malaysia lebih dominan. Namun malangnya takdir tidak meneyebelahi skuad Harimau.


Tumpang Menyusu

8.11 pagi, masih dalam bilik 503. Ayahsu dan Acik menyambung mimpi selepas solat Subuh. 8.24 pagi, Ayra dan Aqeef  masuk. Menumpang untuk menghisap susu botol. Ayla tak bangun lagi. 8.48 pagi, baru Ayla masuk. Siap berdandan. Ayla benar-benar memiliki  sentuhan “beauty awareness”.


Pesta Minum Susu

Teringat kata-kata pujangga: “Beauty begins the moment you decide to be yourself”, Coco Chanel. Kecantikan itu sebenarnya dari penjuru mata orang lain. Hakikatnya, “beauty is what you see. Reality is what you agree. Sometimes beauty is not reality, and reality is not beauty”, ARAM.


Lokasi Warung Klasik Rimba

9.54 pagi, keluar dari bilik 503.  10.03 pagi, bertolak. Ibu dan Baba bertolak lebih dahulu. 10.07 pagi, masuk Lebuh Raya Plus. Masuk simpang kiri, Jalan Haji Jumani. 10.09 pagi, sampai di warung  Taman klasik Rumbia Kg. Giching, Jalan Bukit Changgang. Yang popular dengan nasi lemak goyang.


Nasi Lemak Goyang

Malangnya nasi lemak goyang habis. Alternatifnya, terpaksa breakfast dengan nasi lemak biasa, lotong dan mee rebus. 10.56 pagi, baru selesai sarapan. Rasanya tak berbaloi membayar RM62. Lebih-lebih lagi idaman selera tidak kesampaian.

Selera Tidak Kesampaian

11.03 pagi, Hilux mengisi minyak di stesen Shell Bandar Baru Salak Tinggi. 11.12 pagi, masuk Exit 2 Kota Warisan. 11.15 pagi, melintasi kawasan Projek Warisan Puteri. Masih lagi di laluan Shah  Alam. 11.33 pagi,  Exit 5 simpang kiri. 11.38 pagi, masuk simpang kiri terus ke bulatan.

Kemudian masuk terowong ke basemen IOI City Mall. 11.44 pagi, parkir di P1 B 31 lot 484. 11.48 pagi, naik eskalator ke LG. Aras restoran, dengan apungan aroma yg meliurkan. Antaranya:  Kenny Rogger Toaster Street dan Churrosà. Terdapat beberapa kios di tengah tengah. Antaranya:  Pt Watch, Mobile Gadgets, Planet gift dan Nalofar.


IOI City Mall

Juga kedai idaman selera: KFC, Chicken Rice Shop, McDonald's, Cornery dan Juice Works. 12.01 tengah hari, masuk  Yubiso dengan, "Wow! Big value rewards". Sempat membeli handmade colour doll untuk Ayra. 12.20 tengah hari, naik ke aras G dan terus ke Aras 1. Melintasi kedai: A Look, Smart Master, Dr Cardin, The Face Shop dan Brands Outlet.

12.24  tengah hari, berehat di kerusi bulat di depan kedai Dr. Cardin. 12.35 tengah hari, Ayahsu masuk kedai Brands Outlet. 12.36 tengah hari, Nenek dan Acik membawa Ayra untuk membeli selepar. 1.11 tengah hari, di kedai Good. "Mix and match" 2.11 petang, turun lif ke aras G.

1.20 tengah hari, jumpa Ibu, Baba dan Aqeef. Kemudian masuk Padini. 1.27 tengah hari, berada di  Uni Qlo. Lepas itu masuk pula Trio. Seterusnya di Max fashion "for real people". 2.09 petang, Acik membeli crispy seaweed  dan safi 50 ml di Guardian. 2.19 petang, tersangkut di GMT Currency Exchange.


Berehat Sebentar

2.25 petang, singgah di kios Sunbest. Seminit kemudian, masuk BMS organic body mind soul. Menawarkan health food vegetarian cafe. Saat ini pelanggan kelihatan semakin ramai memenuhi ruang mall.

2.33 petang, masuk  kedai Super Heroes. Kemudian masuk semula kedai Yubiso. 2.38 petang, masuk kedai Lavender. Sempat membli roti milky cheese stick dan kueh classic chicken pot. 2.47 petang, masuk KFC. Terpaksa berbaris. Waktu ini ramai pelanggan, kerana masih lunch hour. 3.06 petang, baru beredar.

Melepaskan Lelah

3.09 petang, turun ke P1. Uji mesin “find your car”. Wow! Benar-benar canggih. Kemudahan untuk orang yang terlupa parking lot. 3.06 petang, bertolak. Keluar dari premis IOI City Mall. Tak sedar, lebih daripada 4 jam berada di mall. Kadang-kadang keasyikan membuatkan kita terlupa tentang masa. Mungkin ini sebabnya mall tidak mempamerkan jam.  


HARI PERTAMA: 29 OGOS 2017 (2)
UITM PAlam - Setia City Mall
- Homst Chinese Muslim Cuisine - Hotel Empress


Terowong Genting Sempah

1.28  tengah  hari,  bertolak.  Masuk  sempadan  Negeri   Selangor.  Kemudian masuk Terowong  Genting  Sempah.  Lepas  terowong,  laluan  mula   berliku-liku. Berselang-seli  naik  dan  turun bukit. 1.32 tengah hari,  melintasi  Hentian Gombak. Kemudian touch & go di Tol Gombak.


Lebuh Raya Karak

1.37 tengah hari, masuk kawasan Gombak. Seterusnya mengikuti laluan ke Shah Alam. 1.40 tengah hari, melintasi Twintech International University College of Technology, di Bandar Damansara. 1.48 tengah hari, melintasi Seksyen U19.1.55 tengah hari, masjid Kg. Paya Jaras Sg. Buluh.


Pinggir Kota Raya

1.59 tengah hari, melalui Seksyen U18. Empat minit kemudian kelihatan papan tanda Amverton Hills. 2.08 petang, melintasi Saujana Utama dan Desa moccis. 2.10 petang,  Desa coalfields. Seterusnya masuk simpang kiri ke Jalan Bukit Cerakah.

2.19 petang, masuk simpang kiri ke UITM PAlam. Kemudian melintasi pondok kawalan. 2.21 petang, masuk bulatan dan mengikut lencongn ke Fakulti Alam Bina.  2.26 petang, sampai di Fakulti FSK234. Menunggu Acik. 2.33 petang, baru bertolak.  keluar dari Kampus UITM PAlam bersama Acik.

Masih lagi Jalan Bukit Cerakah. Kemudian  masuk Jalan Persiaran Puncak Alam 6. 2.44 petang, sampai di Puncak Alam. Seterusnya Sinar Alam. 2.48 petang,  masuk Alam Suria. Terus ke Jalan Alam Suria 14/16. 2.51 petang, sampai di No. 38, rumah penginapan Acik.


Naik Taraf Jalan

2.59 petang, bertolak. Melintasi pondok pengawal. 3.06 petang, melalui Puncak Bestari. Lima minit kemudian, melintasi semula UITM PAlam. Seterusnya masuk Jalan Meru. 3.18 petang, terpaksa melalui road construction. Melompat-lompat dan bergoyang-goyang.


Lokasi Setia City Mall

3.32 petang, masuk Persiaran Setia Dagang. Lalu masuk premis Setia City Mall, di Jalan Setia Dagang. 3.35 petang, touch & go di pintu masuk basement. Terpaksa berpusing-pusing untuk mencari parkir. 3.41 petang, akhirnya parkir di  P1 21B lot 269.


Anika Pilihan

Seterusnya masuk pintu P1 LG. Kemudian naik eskalator ke UG . Melintasi kedai: Zara  Summit, Agift, Giordasno, Tomaz dan Parkson. 3.48 petang, masuk Padini Concept Store. Yang mempamerkan pakaian berjenama: Seed, PDI dan Vinci.

Memenuhi Selera

3.56 petang, berehat  sebentar di ruang santai Setia City Mall. Tertarik dengan lukisan, "we paint with one heart". Mungkin ada unsur-unsur "perpaduan". 4.04 petang, masuk Trio. Kemudain masuk H&M. 4.15 petang, masuk kedai Parkson, yang menyambut jualan 30th anniversary pada1-31 Ogos 2017.


Rambang Mata

Mempamerkan pilihan pakaian yang berjenama: Mave, Arrow, Nicole, Nr:ss dan Ethnic Sense.  Lepas itu naik eskalator  ke L2. Terdiri daripada  barangan Eletrik Panasonic dan  beg berjenama Targus. Di samping aksesori lelaki: pierra Cardin, louis Feraud, Alain Delon dan Levis.


Pilihan Berjenama

Termasuk juga beberapa  pakaian berjenama Sembonia, Valentino Rudy, Bonia. Renoma, John Master, Charles Jourdon dan Camel Playboy. 4.38 petang,  turun semula ke UG. Masuk kedai Agassy skdidory untuk wanita. 4.48 petang, masuk Lovisa. Seminit lepas itu masuk pula Uni Qlo dengan one piece dan Lego.

Tawaran Menggoda

Kemudian turun lagi ke LG. 4.57 petang, masuk Watsons. Menjual kosmetik, vitamin dan suplemen, farmasi dan rawatan kulit. 5.04 petang, tersangkut pula di kios di ruang tengah. Nenek membantu Ayahsu untuk memilih dompet. Malangnya tiada yang berkenan.


Perangkap Jenama

5.08 petang, masuk Daiso Japan. Kemudian masuk farmasi. Hanya sebentar. 5.37 petang, di Urbanfresh. 5.45 petang, beli cake  pretzel caramel almond di Auntie Anne's. Empat minit kemudian masuk Edibee.   Acik membeli seaweed. 6.52 petang naik semula ke UG. Seterusnya ke surau untuk jamak takhir.

6.26 petang, naik semula ke L1. 6.28 petang, masuk Universal Traveller. 6.35 petang, berehat sebentar di depan kedai Honor Huawei. Terlalu letih, tetapi Nenek, Acik dan Ayahsu bagaikan memiliki super power. Atuk sebaliknya terpaksa beberapa kali rehat dan beberapa kali tarik nafas.

6.40 petang, turun semula ke UG. Kemudian turun lagi ke LG. 6.42 petang, masuk pula Bluecube Celcom. Hanya window shopping. 6.45  petang keluar pintu P1.  6.46 petang, baru bertolak keluar dari premis Setia City Mall. Lebih 3 jam berada di mall.  Shopping sakan kali ini.

6.54 petang, masuk Sunsuria City. Kemudian Setia City Park.  6.55 petang, touch & go di Tol Setia Alam. 6.59 petang, Tol Bukit Raja. Tidak sedar cuaca semakin berubah. Hanya sisa-sisa senja yang masih lagi berpaut di kaki awan. Diiringi suara alam, bagaikan pesta menyambut datangnya malam.


Malam Melabuhkan tirai

7.05 malam, lampu jalan mula dinyalakan. Terasa keheningan. Deretan bangunan kelihatan berdiri kaku. Bagaikan kesepian mula menyelubungi. Rimbunan hijau pula beransur-ansur menjadi siluet. Lalu malam pun melabuhkan tirainya.

Homst Chinese Muslim Cuisine

7.12 malam, melalui Seksyen 14. 7.22 malam,  di restoran Homst Chinese Muslim Cuisine. Jalan Boling Padang Seksyen 13, Shah Alam. Bersebelahan Aeon Mall. Baba dah menunggu di depan restoran. Lepas parkir, terus masuk ke dalam restoran. Disambut oleh pekerja restoran dengan ramah. Terasa bagaikan guest of honour.

Menunggu Sajian

Deep Fried Soft Shell Crab

Ibu dan Nenek membelek-belek minu. Akhirnya  memesan deep fried soft shell crab. Ketam lembut popular di restoran ini kata Baba. 7.35 malam, sementara menunggu, Acik dan Ayahsu pergi solat. 7.43 malam, terus mejamu selera 8.18 malam, baru selesai. Kekenyangan yang luar biasa.


Pertarungan Akhir

Malam ini hujan turun renyai-renyai. Dengan berpandukan waze, terus mencari Hotel Empress.   Malam agak sibuk dengan kereta. Lampu kereta bersimpang siur memenuhi jalan. Diserikan lagi  dengan deretan lampu jalan. Malam ini menjadi puncak debaran. Perlawanan bola sepak antara Harimau Malaya dengan Gajah Thai.

9.04 malam, touch & go di Tol KLIA. Hujan masih  lagi turun renya-renyai. Membatasi sedikit pandangan. Namun terasa agak jauh perjalanan.  Masuk beberapa simpang. Melintasi papan tanda Gamuda IBS.  9.15 malam, melalui E2 Kota Warisan. Lalu menyusuri jalan Bandar Baru Salak Tinggi.



Hotel Empress

9.22 malam, akhirnya sampai di Hotel Empress. Jalan ST IC/7 Medan 88, Bandar Salak Tinggi, Sepang. 9.35 malam, selepas Acik dan Ibu check-in, terus naik lif PMA78488 ke tingkat 5.  Kemudian masuk  bilik 503. Manakala Ibu masuk bilik 502. Terasa lega. Tiba-tiba Atuk terasa mengantuk apabila terlihat tilam empuk.
Powered by Blogger.