Qalam Perjalanan

20/7/2016-24/7/2016 KL


 HARI PERTAMA, 20 JULAI 2016

 


Peta Kg. Pualau Bahagia

Teratak Seri Teratai


8.28 pagi, bertolak dari teratak Seri Teratai. Melalui Kg. Peradong dan Kg. Batu Hampar,  kemudian berhenti di kg. Pulau Manis jam 8.35 pagi. Breakfast di gerai tepi jalan yang agak popular dengan roti canai. 9.00 pagi, meneruskan perjalanan ke Kuala Telemong. 9.04 pagi, sampai di susur masuk Lebuh Raya Pantai Timur. 9.09 pagi, plaza tol  Telemong.



Cuaca Yang Menjanjikan

Lebuh Raya Timur


Cuaca pagi ini agak baik. Laluan lebuh raya tidak begitu sibuk. 10.40 pagi, tak sedar sudah sampai di Indera Mahkota. 11.33 pagi, berhenti di R&R Temerluh Barat. Meninjau beberapa gerai. Akhirnya order mee curry di gerai N03 Is Catering. Umi memenuhi seleranya dengan nasi berlauk, berkongsi sedikit dengan Faiz.


R&R Temerloh Barat

 
12.07 tengah hari, memenuhi tangki kereta dengan minyak shell RM42.00. Perjalanan di teruskan hingga sampai ke Plaza Tol Karak. 12.50 tengah hari, sampai di Palaza Tol Bentong. 12.56  tengah hari, hujan mula renyai-renyai. 1.04 petang. melintasi Kg. Bukit Tinggi Bentung. Perkampungan mistri,agak terpencil tetapi terdedah kerana lebuh raya.


Laluan Ke Genting Highland

 
Laluan Genting-Batang Kali

 
Meneruskan perjalanan mengikut laluan genting. 1.25 petang, tersesat di round about. Masuk semula round about, kamudia terus ke laluan Batang kali. Laluan ke 2 Ke Genting Highland. Laluan ini agak cerun dan mencemaskan. 1.42 petang, laluan agak landai. 1.45 petang sampai ke simpang Batang Kali. 1.50 petang, melintasi SMK Syed Mansyur. 2.04 petang, melintasi Golf Resort Serendah.

 
Peta Sg. Choh


Kg. Sungai Choh


 Di Teratak Abah



2.25 petang, sampai ke destinasi yang pertama, iatu rumah abah di Sungai Choh. Terus solat jamak zohor. Lepas tu bertanya khabar dan berbual-bual sambil  makan kueh raya. Sempat juga makan buah durian.  4.04 petang, terpaksa meninggalkan abah yang sudah berusia 90 tahun. Tetapi masih lagi bertenaga, mata masih boleh melihat dan masih boleh berfikir.


 
Lalauan Ke City Mall


4.14 petang, melalui pekan Rawang yang mula sesak. 4.29 petang, sampai di plaza tol Rawang. 4.34 petang, hujan turun renyai. Percikan air dari kereta bagaikan kabus menyelubungi jalan raya. 4.43 petang, lebuh raya NKBE mula sesak. 4.46 petang, hujan masih lagi turun, pandangan menjadi agak kabur. 4.58 petang, sampai di plaza tol Setia Alam. 5.04 petang, masuk laluan City Mall. 5.35 petang, lunch di restaurant Chicken Rice City Mall, di meja 22A. RM61.10.


 
Shopping Di Urban Fresh


6.20 petang, masuk kedai Urban Fresh Market Place. 6.40 petang, msuk kedai Daiso Japan. 7.15 malam, kedai Watsons. 7.25 malam, membeli makanan di KFC untuk bekalan dinner. 7.39 bergerak keluar dari City Mall. 7.46 malam, hujan mula turun renyai-renyai. 7.17 malam, plaza tol Setia Alam. 7.55 malam, plaza tol Shah Alam. 8.24 malam, tak jumpa destinasi.


 
De Puncak Pelangi


Konteks En Yusof untuk lokasi terkini. 8.35 malam, drive through plaza tol Gutrie. 8.39 malam, jalan mula sesak, kereta gerak perlahan-lahan. Berpandukan waze, 9.09 malam. sampai ke destinasi, De' Puncak Pelangi. Selepas angkat tangan pada pengawal di pintu pagar, terus drive in. Parking di lot 518 Bangunan Cassia



Panorama De Puncak Pelangi


Naik lif ke tingkat satu. Di apartment 01-09, En Yusof dan isteri sedang menunggu. Berbual-bual dengan En. Yusof dan isteri. Selepas menyerah baki RM200. Untuk 2 malam di homestay, En Yusof dan isteri mohon permisi untuk pulang ke  Kuala Lumpur.

Post a Comment

Powered by Blogger.