Qalam Perjalanan




HARI KE 8, 12 DISEMBER 2015 (3)



Membawa Mesej "Gule-Gule" Dari Penunggu Langit

11.13 pagi, akhirnya kami terpaksa  meninggalkan  Masjid SuleymaniyePenunggu langit, dan pintu masa ke abad 16. Ianya bagaikan sebuah muzium lama yang meyimpan sejarah yang panjang. Tentang perjuangan dan pengorbanan. Dan juga bagaikan  sebuah tugu persemadian untuk beribu-ribu pejuang  jihad fi sabilillah.






 

Demikian perjalanan, bagaimana kami datang begitu juga kami pulang. Mengikut laluan yang sama. Udara kian sejuk.  Dan bangunan-bangunan di sepanjang jalan bagaikan terpaku kaku. Sekali-sekala terasa angin dingin dari lorong-lorong membelai mesra. Sambil membawa mesej  “gule-gule” dari penunggu langit


 
Spice Bazaar Dibina Pada Tahun 1660

 
11.24 pagi, kami menaiki bas, dan meneruskan perjalanan.  11.44 pagi, sampai di Spice Bazaar. Yang dibina pada tahun 1660. Terletak di Eminönü, yang bersebelahan Masjid Baru. Namun lokasi sebenarnya ialah di Beyoglu. Ia dipindahkan ke sini sewaktu demonstrasi anti-Greek tahun 1955. Kerana Perdana Menteri ketika itu Adnan Menderes dikatakan tidak mahu restoran kegemarannya dimusnahkan oleh perusuh.



"Hatret Ran Through The Street Like Lava"



Mengikut laporan, rusuhan anti-Greek telah membawa banyak kerosakan dan korban. Ian Fleming dalam kolumnya "The  Great Riot of Istanbul" menghuraikannya sebagai "hatred ran through the street like lava". Manakala London News menganggapnya, "a city gone mad". Peristiwa dahsyat ini telah memberi inspirasi kepada Ian Fleming untuk menghasilkan novel James Bondnya, 'From Russia, With Love” (1957).

 

Terletak Di Eminonu Bersebelahan Masjid Baru


Bagaimanapun bazar ini adalah  salah satu bazar yang terbesar di Istanbul. Kompleks membeli-belah tertutup yang paling terkenal selepas Grand Bazaar. Pelbagai pilihan terdapat di sini.  Antaranya rempah ratus, Turkish Delight, keychain, tudung, seramik,  teh epal dan minyak wangi .


 
 
Outlet Untuk Produk Tempatan


Ia menjadi  outlet untuk produk tempatan, dan juga dari negara-negara lain.  Tak hairanlah kalau kami menemui produk-produk saperti  saffron dari Iran, teh bunga dari China dan kaviar dari Russia. Semasa penubuhannya, beribu-ribu rempah dari negara-negara di Timur Jauh, seperti India dan Arabia memenuhi bazar.  Spice Bazaar  juga dikenali sebagai Bazaar Mesir kerana majoriti produknya diimport dari Mesir.


Mengikut sejarah, pembinaan bazar bermula pada tahun 1660 oleh Hatice Turhan Sultan, ibu kepada Sultan Mehmet IV. Ia dibina oleh arkitek Kazim Aga.  Pernah dibina semula selepas kebakaran pada Julai 1660. Bagaimanapun aspek oriental bandar, dan tradisi  bazar masih dikekalkan.


Bazar ini adalah sebahagian daripada Masjid Baru. Sewa dari kedai-kedai digunakan untuk membiayai penjagaan masjid serta aktiviti-aktiviti amal. Pasar ini juga satu ketika dahulu pernah menjadi perhentian terakhir bagi karavan unta. Yang melalui jalan sutera dari China, India dan Parsi.

 

Berfungsi Sebagai "Farmasi Herba Semula Jadi"


Sebelum ini, Bazar ini berfungsi sebagai "farmasi herba semula jadi". Resipi untuk ubat-ubatan yang diperbuat daripada campuran pelbagai herba. Sering digantung di luar kedai-kedai. Tradisi ini masih berterusan hari ini. Banyak kedai di bazar masih menjual rempah dan herba yang dapat menyembuh berbagai penyakit. Antaranya Herbal Shop, Herbal Remedies Store, Natural Medicine dan Viagra Market.


Quotation Meransangkan "5 Time In The Night"


Nama Viagra agak popular, sehingga setiap kedai cuba menonjolkan Viagra dengan berbagai cara. Kadang-kadang agak lucu dan lucah. Umpamanya mempamirkan patung yang memegang alat sulit, dan quotation yang meransangkan, "5 time in the night'. Walhal Viagra ini mengikut sejarah perubatan adalah ubat untuk merawat hypertension,


Mengikut catatan perubatan, Viagra ini telah dicipta oleh dua orang  Saintis British Pfizer Peter Dunn dan Albert Wood pada tahun 1989. Asalnya ialah sitrat sildenafil, untuk merawat tekanan darah tinggi dan angin. Sakit dada yang dikaitkan dengan penyakit jantung koronari. Dadah ini diklasifikasikan sebagai UK-92 480.

 

Awal1990-an Pfizer melengkapkan beberapa ujian awal untuk  rawatan penyakit jantung. Tetapi sukarelawan dalam ujian klinikal melaporkan peningkatan  ereksi beberapa hari selepas mengambil dos dadah. Mengikut penyelidik Ian Osterloh, bahawa kajian ini dapat membantu untuk  menguatkan kesan rangsangan seksual dalam membuka saluran darah di dalam zakar. 
 
 

Spice Bazaar Sudah Menjadi "Pasar Rojak"



Demikian Spice Bazaar sudah menjadi "pasar rojak". Serba aneka produk dijual disini. Bukan sahaja lokasi yang terbaik untuk mencari rempah ratus dan teh herba, malah pelbagai makanan tradisional Turki. Teristimewanya Turkish Delight. Lebih-lebih lagi terdapat lapan puluh enam kedai yang menawarkan beraneka pilihan keperluan. Pelbagai jenis, dapat memenuhi pelbagai selera. Yang mudah  diakses melalui enam pintu masuk yang berbeza.

 

 
 Kurukahveci Mehmet Efendi Sejak 100 Tahun Lalu

 

Di sebelah baratnya terdapat gerai menjual makanan segar dari seluruh Anatolia, termasuk pilihan keju. Di sini juga terdapat kopi yang sangat popular di Ä°stanbul, iaitu Kurukahveci Mehmet Efendi. Yang ditubuhkan sejak lebih 100 tahun yang lalu. Ia terletak di sudut Hasırcılar Caddesi, yang penuh dengan kedai-kedai menjual makanan dan peralatan dapur. 



 Local Touch, Senyuman Kemesrahan Penjual Tempatan



Walaupun banyak pusat membeli-belah dan pasar raya di Istanbul, membeli-belah di Spice Bazaar kekal popular. Kerana tradisinya, dan konsep ketimurannyan menjadi daya tarikan. Lebih-lebih lagi dapat memenuhi pelbagai keinginan, dan selera pembeli. Malah ada local touch, iaitu senyum kemesraan dari penjual-penjual tempatan. Diiringi dengan ungkapan-ungkapan Bahasa Melayu yang popular, "apa khabar", dan "selamat datang".  

 
Window-Shopping dan Follow The Crowd


 
Hampir 2 jam kami berada di Spice Bazaar. Terasa seronok,  walaupun hanya window-shoping, dan follow the crowd. Namun ada juga member membeli untuk menambah koleksi souvenir. Lebih-lebih lagi ramai kenalan di kampung yang menunggu ole-ole dari Turki






Baby Ameera
(Our Little Wonder)


Let’s support
for today’s effort
and let’s consult
for tomorrow’s result.

So get
what we target
and claim
what we aim.


Berunding
apa yang penting
dan bersetuju
apa yang perlu



ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai



Post a Comment

Powered by Blogger.