Qalam Perjalanan







HARI KE 8, 12 DISEMBER 2015


 
 
Sarapan Pagi Di Restoran Park Inn


5.30 pagi, solat subuh. 6.45 pagi, breakfast di restoran hotel. Di luar angin sejuk bagaikan menggigit-gigit, pedih. Pada suhu 8⁰C, memang terasa sejuk. 8.15 pagi,  bas memulakan perjalanan meninggalkan Park Inn. Masing-masing nampak segar dan bersemangat.

 
 
Park Inn By Radisson Istanbul Atartuk Air[port


Park Inn  by Radisson Istanbul Ataturk Airport adalah hotel terakhir dalam kembara Ziarah Sutera. Hanya 7 km daripada airport, lokasi yang strategik di mana Asia dan Eropah bertemu. Pertembungan peradaban ini telah mewarnai kota metropolitan Istanbul.


Perjalanan diteruskan. Matahari  mula mengintai-ngintai di celah-celah bukit. Bangunan bagaikan berlari-lari di kiri kanan jalan. 8.39 pagi, bas singgah di Kircilar Interstore.  Kami terus di bawa ke  show-room. Beberapa orang model membuat cat-walk sambil memperagakan jaket kulit. 




Memperagakan Jaket Kulit


Tiba-tiba  kumpulan kami menjadi excited. What a surprise. 2 orang daripada rakan kami telah dipilih untuk menjadi model jaket kulit. Nampaknya, tak kekok apabila membuat langkah cat-walk. Really,  it is unfogetable moment untuk Puan  Azura dan Encik Huda.



20% Potongan Dalam USD


Lepas itu kami diiringi ke bilik di mana pelbagai jaket dipamirkan. Kircilar menawarkan 20% potongan dalam USD. Selain itu, terdapat juga pelbagai  tas tangan kulit, dompet dan tali pinggang.  Lebih satu jam kami berada di Kircilar.


 

Runtuhan Tembok Konstantinopel

 
9.57 pagi kami meneruskan perjalanan. Di sebelah kanan jalan kelihatan runtuhan Tembuk Konstantinopel. Tembok ini adalah rangkaian tembok pertahanan yang mengelilingi kota Konstantinopel. Ia merupakan salah satu sistem pertahanan yang paling kompleks, kukuh dan tangguh.  Hinggakan Konstantinopel  di beri julukan "the city with perfect defense"





Sistem Pertahanan Yang Paling Kompleks


Tembok ini pada awalnya didirikan oleh Kaisar Konstantinus yang Agung untuk melindungi kota dari serangan darat maupun laut. Kaisar Theodosius II kemudian memperluasnya pada tahun 413 M karena kota terus membesar. Tembok ini membentang panjang hingga ke Golden Horn. Penduduk Turki menamakan Tembok Konstantinopel ini sebagai "Shehir Surlari" atau "The Wall City".


Tembok Konstantinopel hampir tak dapat ditembusi selama berabad-abad. Tembok ini, telah menyelamatkan Konstantinopel dari serangan bangsa Avar, Arab, Rus' dan Bulgar. Walau bagaimanapun, akhirnya tembok ini tak mampu menahan serangan bangsa Turki.




Pertempuran Di Darat



Pertempuran antara pasukan Uthmaniyyah dan Byzantine tidak hanya terjadi di darat dan laut, namun juga di bawah tanah. Terowong-terowong telah digali untuk meruntuhkan tembok dan menaranya. Kira-kira 80.000 tentera di bawah Sultan Ahmed II  telah mengepung 7,000 tentera Byzantine dibawah, Kaisar Constantine IX



Pertempuran Di Laut


Untuk mengelak halangan rantai besi di selat Golden Horn tentera laut telah mengangkut kapal-kapal mereka melalui darat, dan menempatkannya kembali di laut yang berada di balik rantai. Dalam satu malam 70 buah kapal berjaya dipindahkan ke dalam selat Golden Horn. 



Rantai Besi Di Selat Golden Horn


Keesokan paginya, penduduk Konstantinopel dikejutkan dengan laungan takbir tentera Uthmaniyyah. Mereka tidak menyangkan dan tidak mempercayai kapal-kapal tentera Uthmaniyyah dapat masuk ke  Golden Horm tanpa merosakkan rantai besi. Ada di antara tentera Konstantinopel menganggap mereka menggunakan bantuan syaitan dan jin.



Darat Menjadi lautan


Dalam keriuhan pagi itu, seorang faklafah Byzantine berkata. "kami tidak pernah melihat atau mendengar perkara ajaib saperti ini. Ahmed Al-Fatih telah menukarkan darat menjadi lautan, melayarkan kapal di puncak gunung. Sesungguhnya Ahmed Al-Fatih telah mengatasi Alexander The Great!"



'Raksasa Yang Menakutkan'



Mengikut cerita, meriam gangsa yang besar dinamai "Basilika", panjang 27 kaki dengan diameter 30 inci, telah direka khas oleh Orban dari Hungary. Mampu menembak peluru seberat 272 kg sejauh 1.6 km. Meriam ini bagaikan "‘raksasa yang menakutkan" dapat menembusi  tembok Konstantinopel. Tembok Theodosius yang sangat kukuh itu runtuh kerana ledakannya.



Kejatuhan Kota Konstantinopel



Akhirnya, .selepas 6 minggu pengepungan,  konfrontasi tentera paling bersejarah telah tercipta, dengan penaklukan Kota Konstantinopel pada 29 Mei 1453. Jolokan Sultan Ahmed Al-Fatih sebagai "Sang Penakluk" turut menjadi legenda. Konstantinopel juga telah diubah kepada nama Islambul (Islam Keseluruhannya). Namun ditukar kepada Istanbul oleh Mustafa Kemal Ataturk,  .


Strategi dan tektik perang Sultan Ahmed Al Fatih telah diakui oleh barat. Sehingga hari ini ia adalah antara taktik perang yang hebat dan bijak serta unik.


Benarlah saperti ramalan Rasullulah SAW semasa  perang Khandaq bahawa tentera Islam akan menguasai Kota Konstantinopel. Syeikh Syamsyuddin seorang murabbi, meyakinkan Sultan Ahmed Al-Fatih anak muridnya.   bahwa dialah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Atas nasihat Syeikh Syamsyuddin beliau menyiapkan bala tentara untuk penaklukan Konstantinopel.




 
Menepati Kata-Kata Rasullulah


Sultan Ahmed Al-Fatih telah menepati kata-kata Rasullulah SAW bahawa, "Konstantinopel akan ditaklukkan oleh tentera Fisabillah. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukannya adalah sebaik-baik pasukan".  (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335). Hadis ini telah diungkap oleh Rasullullah SAW lebih kurang 800 tahun sebelum kelahiran Ahmed Al-Fatah.


Gurunya Syeikh Syamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad sambil menunjukkan Ahmed Al-Fatih yang masih dalam buaian "Wahai Sultan Murad bukan tuanku yang akan membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu."



 
"Sebaik-Baik Pemimpin Dan Sebaik-Baik Pasukan"


Dalam hadist lain diriwayatkan, :”Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentara seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda" (Abu Ayyub al-Anshari)
  

Beberapa serangan telah dilakukan untuk merampas kembali Konstantinopel. Malah mereka juga gagal untuk mengalahkan tetntera Uthmaniyyah di Nicopolis dan Varna. Akhirnya mereka, termasuk Martin Luther (pejuang kebebasan) terpaksa mempercayai bahawa tentera Uthmaniyyah adalah "Penghukum" terhadap dosa-dosa orang Kristian.

 

Bulan Berwarna Darah


Di sebalik peristiwa ini terdapat legenda. Gerhana bulan terjadi pada malam hari 22 Mei 1453, sebagai tanda kemenangan tentera Uthmaniyyah. Bulan dikatakan berwarna darah. Empat hari kemudian, Konstantinopel diselubungi kabut tebal. Cahaya yang aneh tiba-tiba muncul dari kubah gereja Hagia Sophia. kemudian menghilang. Pendeta ortodoks melihatnya sebagai pertanda buruk, kerana  Roh Kudus telah meninggalkan Konstantinopel.


Sedutan dari "The Fall Of Constantinople", oleh Steven Runciman.


 When the citizens all knew of the hopeless message brought by the brigantine and when the eclipse had lowered their spirit still deeper.


The night, when the fog had lifted, it was that strange light played about the dome of great Church of the Holy Wisdom.


The Sultan himself had to be reassured by his wise men who interpreted the sign as showing that the light of Truth Faith would illumine the sacred building.



Kisah Kejatuhan Konstantinopel



Kerana hebatnya peperangan ini, kisah kejatuhan Konstantinopel ini banyak ditulis. Malangnya penulisan ini hanya  dari kaca mata orang-orang Yunani dan Italia yang melarikan diri dari Konstantinopel. Anihnya, sumber sezaman dari pihak Uthmaniyyah amat sedikit. Hanya ditulis setelah sejarah itu lama berlalu.


Mengikut Roger Crowley dalam Constantinople: The Last Great Siege. ‘1453 menjadi khas dan istimewa karena dia adalah sejarah yang justru banyak ditulis oleh kaum yang kalah’.  Sejarawan Morris Bishop pula dalam The Middle Ages, menganggap 29 Mei 1453 itu diperingati sebagai akhir abad pertengahan dan bermulanya abad modern.



Penaklukan Konstantinopel juga telah menandai berakhirnya Kekaisaran Romawi, sebuah negara yang telah berlansung selama hampir 1,500 tahun. Ini juga merupakan pukulan yang hebat kepada Kristian.



Pahlawan Salib Dan Pahlawan 'Aint Al-Jalut


Kehebatan Sang Penakluk telah menjadi legenda. Sungguh hebat, tangguh, tawadhu’ dan standing dengan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi iaitu Pahlawan Perang Salib dan Sultan Saifuddin Al-Qutuz, yang mengalahkan tentera Mongol di ‘Aint Al-Jalut.



Pembohongan "The Night Attack"


Banyak penulisan tentang Al Fatih dan banyak juga kebenaran disembunyikan oleh penulis-penulis barat. "The Night Attack", mendedahkan kematian panglima Wallachia, Dracula terkenal dengan julukan 'Penghisab Darah' telah dipenggal kepalanya oleh Sultan Ahmed Al Fatih. bukan mati kerana salib atau bawang putih.


Tidak Pernah Meninggalkan Solat


Diceritakan juga bahwa tentera Sultan Ahmad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib dan separuh daripadanya tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Hanya Sultan Ahmed Al-Fatih saja yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib  hingga saat kematiannya.


Satu peristewa terjadi, di mana kali pertama solat Jumaat hendak didirikan selepas tertawannya Konstantinopel, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Sultan Ahmed Al-Fatih memerintahkan kesemua tentera termasuk dirinya bangun, lalu beliau bertanya.



"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meningglkan solat fardhu walaupun sekali sila duduk!". Tiada seorangpun yang duduk. Sultan bertanya lagi, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

  
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian sultan bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat Tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Ahmed Al-Fatih sendiri.


Oh Tuhan, Sungguh hebat! Tidak hairanlah kalau Tembok Konstantinopel runtuh kerana keyakinan dan keimanan tenteranya yang begitu unggul. Masya Allah, dengan laungan takbir,  bagaikan ribut tenteranya membadai  dan bagaikan halilintar tenteranya membakar. Akhirnya kekuatan Konstantinopel ranap sama sekali.


 
Demikian runtuhnya tembok Konstantinopel yang masih diingati dan dibanggakan oleh orang-orang Islam, tetapi diratapi dan dikesali oleh orang-orang Kristian kerana kegagalan mempertahan Kontantinopel. Lebih-lebih lagi gereja Hagia Sophia yang menjadi kebanggan mereka.



************************************************************************************************************* 


  
Tembok Besar Cina


Rupa-rupanya ada juga ‘Tembok’ selain daripada Tembok Besar Cina. Malah India juga memiliki tembok  Kubu Kumbhalgarh yang dikenali sebagaiThe Great Wall Of India yang dibangunkan seribu tahun dahulu. Tembok ini menjadi pelindung kepada penghuninya dan juga 300 kuil purba. Pada Tahun 2013 tembok ini diisytiharkan sebagai Warisan Dunia UNESCO.






Tembok Kubu Kumbhalgarh




Janjang Saribu






Demikian juga Indonesia, memiliki Great Wall Kota Gadang dengan julukan ‘Janjang Saribu’ yang bermaksud ‘Seribu Tangga’. Tembok ini terbentang di bukit bukau Lembah Ngarai Sianok, dari Koto Padang Kabupaten Agam ke  Ngarai Sianok di Bukit Tinggi. Ia menjadi destinasi pelancungan yang popular, untuk menikmati kehijauan bukit-bukau.



 
 
Baby Arissa
(Our Little Secret)



Silence
will give you patience
and patience
will give you resilience.
Let silence
keep the wisdom
and let patience
keep the freeedom.

Freedom of wisdom.



Diam menjadikan
kita bijaksana
dan faham menjadikan
kita saksama.





ARAM 
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID) 
Teratak Seri Teratai



Post a Comment

Powered by Blogger.