HARI KE 3 : 7
DISEMBER 2015
Cumalikizik
(Membuka
Rahsia Di Desa Purba)
|
OTW To Cumalikizik |
8.30 pagi, kami terpaksa meninggalkan Ulu
Camii, dan meneruskan perjalanan. Jalan mula berliku-liku. Terasa semakin jauh
ke pedalaman, semakin mengecil jalan yang
dilalui. Pokok-pokok di kiri
kanan jalan bagaikan mengalu-ngalukan kedatangan kami. Udara semakin terasa
sejuk, tetapi terasa begitu nyaman dan aman.
|
Lonely Road |
|
Tapak Warisan Dunia |
9.45 pagi, lebih kurang sejam lebih baru kami
sampai di pinggir desa Cumalikizik. Ianya sebuah desa purba yang menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Digazetkan pada tahun 2014. Cumalıkızık adalah desa Uthmaniyah yang tertua di
rantau Bursa. Masih lagi mengekalkan arkitektur silam Uthmaniyah.
|
Kaki Gunung |
|
Gunung Uludug |
Desa ini merupakan salah satu daripada tujuh
buah desa. Di mana puak Kızık di Oghuz (Oguz) Turki yang telah berhijrah dari
Asia Tengah. Ia bermula sejak tahun 1300 apabila Orhan Gazi pertama kali datang
ke rantau ini. Lalu menerokai lembah di kaki gunung Uludug.
|
Daerah Yildrim |
|
Desa Terpencil |
Agak Terpencil di kaki gunung Uludug. Dalam daerah Yıldırım Bursa, iaitu 10 kilometer ke timur bandar Bursa.
Cumalıkızık diwujudkan sebagai sebuah desa Vakıf. Sebagai khazanah sejarah,
desa ini telah terpelihara selama berabad-abad. Dengan tinggalan-tinggalan
sejarah, Cumalikizik berpotensi menjadi destinasi pelancongan yang popular.
|
Muzium Etnografi |
Kebanyakan artifak sejarahnya disimpan dalam Muzium Etnografi Cumalikizik.
Bertempat di desa itu sendiri.
Mempamirkan koleksi purba yang disumbangkan oleh penduduk desa. Antaranya:
lampu, alat pemanas, perkakas dapur, peralatan pertanian, senjata api dan
peralatan memburu.
Selain Cumalikizik terdapat lain-lain desa
yang kurang terpelihara, saperti Değirmenlikızık, Derekızık, Hamamlıkızık,
Fidyekizik, Dallikizik dan Bayindirkizik. Kelompok-kelompok desa ini terletak
berdekatan. Walau bagaimanapun desa-desa ini terselamat daripada kebakaran
akibat Perang Kemerdekaan 1918-1922.
|
Perkampungan |
|
Rumah Purba |
Desa ini telah ditubuhkan pada awal kerajaan
Uthmaniyah sekitar 1300. Mengikut ceritanya, sekumpulan puak Kizik mahu
berhijrah dari wilayah puak Karaceli. Bagi mengelakkan pergaduhan antara puak
Kizik dan puak Karaceli, Sultan Ertugrul Ghazi
(ayah Sultan Osman Ghazi, pengasas kerajaan Uthmaniyah) telah
memerintahkan 7 orang lelaki kacak dari
puak Kizik dikahwinkan dengan 7 orang perempuan cantik dari puak Karaceli.
|
Cumalikizik's Woman |
|
Warga Emas Cumalikizik |
Daripada penyatuan ini, maka lahirlah 7 desa
Kizik dan salah satunya ialah Cumalikizik. Mengikut versi lain, nama
"Cumalikizik" adalah gabungan daripada "cumali" bererti
"jumaat", manakala "kizik" bererti "desa".
Asalnya ialah tempat di mana penduduk-penduduk daripada desa-desa lain
berhimpun untuk mengadakan solat Jumaat. Akhirnya tempat perjumpaan itu menjadi
desa yang diberi nama "Cumalikizik".
|
Menyusuri |
|
Lorong Berbatu |
|
Celah Rumah |
Desa Cumalıkızık yang berusia 700 tahun,
telah lama terpencil. Akhirnya terpaksa membuka pintu desanya untuk
pelancongan, melalui Projek Agenda 21 Cumalıkızık Perlindungan-Pemeliharaan
Wilayah Bursa. Namun sejarah desa ini akan tetap dilindungi dan dipelihara.
Rumah-rumah purba dikekalkan, manakala pembinaan bangunan konkrit baru
diharamkan.
|
Penjaja Kecilan |
Memilih souvenir
|
Tawar-Menawar |
Penduduk kampung juga disarankan untuk
memodenkan bilik mandi dan dapur.
Membuka satu bilik home-stay untuk pelancong. Selain itu, berbagai
kemudahan juga disediakan. Antaranya penginapan, restoran, tandas awam dan
gerai-gerai. Semuanya diuruskan oleh penduduk tempatan untuk meningkatkan
sosio-ekonomi mereka.
Demikian desa Cumalikizik bagaikan menyambut
kami. Tetapi anih. Terasa aura mistri menyelubungi desa. Seolah-olah kami
memasuki zon masa yang membawa ke abad 14 . Kelihatan jalan-jalan purbanya
berturapkan batu. Begitu juga lorong-lorong sempit, yang diapit oleh
rumah-rumah lama yang memaparkan seni bina silam Uthmaniyah.
|
Bertingkat |
Kebanyakan rumah terdiri daripada tiga
tingkat. Tingkat bawah daripada batu, biasanya digunakan sebagai bengkel dan
stor makanan. Mereka tinggal di tingkat dua dan tiga. Tingkat dua dan tiga,
diperbuat daripada kayu. Tingkat dua
dengan siling yang rendah didiami ketika musim sejuk, manakala tingkat atas
sekali dengan siling yang tinggi adalah
kediaman musim panas.
|
Tanpa Kaki 5 |
|
Lorong Kedai |
Rumah pula dibina tanpa menyekat pandangan
rumah-rumah yang lain. Walaupun dibina berdekatan, mereka saling
menghormati privasi masing-masing. Tingkap-tingkap semuanya
menghadap ke jalan, halaman atau masjid.
Boleh melihat dari dalam rumah tetapi tidak dari luar. Demikian privasi dan
keselamatan penghuninya terkawal.
Cara
rumah dibina dan bahan-bahan daripada batu dan kayu dapat memerangkap
haba untuk pemanasan musim dingin. Tingkap-tingkap pula agak kecil tetapi
berkisi dan berunjur, membolehkan angin dari gunung yang segar masuk ke dalam
rumah.
|
Pengetuk Pintu |
|
|
Lambang Status |
Di Setiap pintu utama terdapat pemegang dan
pengetuk yang diperbuat daripada besi
tempa. Yang menariknya, pengetuk pintu ini saiz dan warnanya berbeza. Mungkin untuk tetamu lelaki dan perempuan. Hanya mendengar bunyi ketukan, tuan rumah
dapat mengenali jantina tetamunya.
Bentuk, saiz dan warna yang berbeza, mungkin melambangkan status penghuninya.
Rumah-rumah lama di kiri kanan lorong masih
utuh. Kelihatan jelas kayu dan dinding
batu. Satu dua rumah kelihatan baru
dibaiki, tetapi ciri-ciri desa purba masih dikekalkan. Secara amnya,
rumah-rumah dibina berdekatan dan
seolah-olah bersambung antara satu sama
lain. Saling berdekatan mungkin mewujudkan suasana selamat, dan aman. Malah
mengiratkan lagi perasaan persaudaraan
dan kejiranan.
Selain daripada rumah-rumah purba, terdapat
mandian Cumalıkızık, dan air pancutan
Zekiye Hatun yang dipercayai dapat menyembuhkan orang sakit dan penyakit kulit.
Terdapat juga sebuah masjid di mana mata air Zekiye Hatun bersebelahan. Pada
tahun 1969, tinggalan sebuah gereja Byzantine telah ditemui di tenggara desa.
|
Lorong Selesa |
|
Lorong Sempit |
|
Saluran Air |
Daripada jalan utama ia bercabang menjadi
lorong-lorong yang menghubungi setiap rumah. Lorong-lorong begitu sempit tanpa
kaki lima. Kadang-kadang terpaksa melaluinya
seorang demi seorang. Di tengah-tengah jalan pula terdiri daripada
batu-batu serenjang yang membentuk saluran untuk mengalirkan air, sama
ada air hujan atau mata air . Air yang mengalir ini dikumpulkan dalam empangan
di bahagian bawah desa untuk pengairan.
Seterusnya kami cuba menjejaki lorong-lorong
untuk sampai ke penghujungnya iaitu di kaki gunung Uludug. Bagai melalui
celah-celah rumah purba, terasa seolah-olah aura mistri datang dari rumah-rumah
tanpa penghuni. Terasa benar lengang dan sunyi. Udara bagai diselubungi
keanihan. Akhirnya kami terpaksa berpatah balik.
Terdpat satu dua gerai sahaja yang menjual
souvenir dan buah-buahan. Gerai-gerai
lain ditutup dengan canvas. Mungkin hari ini pelancong dijangka tidak ramai.
Ada juga yang membeli souvenir 'Cumalikitzik' untuk kenang-kenangan.
|
Restoran |
|
"Cumalikizik kahvalti" |
Biasanya restoran dibuka untuk para pelancong. Tetapi kami tak sempat untuk
mejamu selera. Lebih-lebih lagi menikmati selera "Cumalikizik
kahvalti" yang popular. Ada juga pelancong yang menginap di desa ini.
Kalau bernasib baik dapat melihat perarakan berkhatan. Setiap bulan biasanya
Jun diadakan perayaan raspberry. di mana mereka
menghiasi desa. Dan membawa
bakul-bakul yang penuh dengan buah-buahan segar.
|
Meraikan Tradisi |
|
Perayaan Rasberry |
Semasa
ulang tahun ke 700 desa Cumalikizik, mereka telah menyambutnya dengan
perayaan rasberry secara besar-besaran. Desa Cumalizik menjadi tuan rumah untuk
meraikan para kenamaan, dan beratus-beratus tetamu daripada pelusuk negara
Turki. Berbagai acara diadakan, termasuklah nyanyian rakyat, tarian traditional
dan anugerah petanian.
|
Gerai Arim Balim |
|
Turkish Tea |
10.40 pagi, selepas menjelajah lorong-lorong,
kami singgah di gerai Arim Balim. Terasa nikmat apbila pekena Turkish tea panas
dalam suhu 10C. Sambil minum sambil mengalami suasana tradisi silam Utmaniyah.
Rasa tenang dan syahdu. Lebih-lebih lagi apabila diusap oleh angin dingin dari
pergunungan.
Terasa lorong-lorong dan rumah-rumah bagaikan
menyimpan mistri yang masih belum terungkap sepenuhnya. Berabad-abad lamanya,
kisahnya tercatat dari lembaran ke
lembaran. Dan ceritanya meniti dari bibir ke bibir. Namun sejarah kian berlalu,
dan kian meninggalkan runtuhan silam.
|
Suasana Tradisi |
|
|
|
|
Walau bagaimanapun sejarah desa Cumalikizik
diabadikan melalui paparan filem
dokumentari dan siaran dalam program
televisyen, tentang seni bina rumah dan
kehidupan penduduk dahulu dan kontemporari . Begitu juga beberapa movie
menjadikan desa sebagai latar belakang, terutama movie seram dengan rumah
berhantunya.
|
Transaksi Isyarat |
|
Janji Jual-Beli |
|
Variety Of Choices |
Kami sempat singgah di gerai-gerai yang
menjual pelbagai produk desa. Penjual-penjual
tempatan begitu ramah menyambut kedatangan kami. Walaupun tidak pandai
berbahasa Inggeris, gerakan jari dan mimik wajah mereka dapat menerangkan
maksud yang hendak disampaikan.
|
Artifak Cumalikizik |
10.59 pagi, selepas lebih kurang satu jam
lebih, akhirnya kami terpaksa meninggalkan jejak-jejak sejarah
Cumalikizik. Khazanah sejarah yang tak
ternilai. Benarlah ungkapan ini, "old is gold", "semakin tua semakin
berharga dan semakin lama semakin istimewa". Bukan sejarahnya yang tersurat
tetapi nilainya yang tersirat.
Harapan kami Cumalikizik akan kekal sebagai
khazanah purba dan warisan generasi, "yang tak lekang dek panas dan tak
lapuk dek hujan". Sentiasa dalam pemeliharaan dan pemulihan. saperti yang
dicadangkan dalam projek konservasi dan revitilazasi.
|
Projek Konservasi |
|
Mengikut projek ini, Cumalikizik termasuk
dalam pelan jangka panjang. Antara objektif pojek dalam
milimenium ketiga ialah kerjasama Cumalıkızık. Untuk menggalakkan, di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa, standard kualiti yang tinggi dalam bidang pemuliharaan warisan,
seni bina, perancangan bandar dan luar bandar.
Di samping menyokong pembangunan mampan. Demi
persekitaran bandar dan luar bandar. Termasuk binaan dan alam semula jadi.
Melalui pendekatan yang lebih jitu. Model ini meletakkan warisan dan faedahnya
dalam arus kesedaran awam. Menjadikan warisan sebagai keutamaan bagi
dasar-dasar awam.
Baby Arissa
(Our Little Secret)
When you look
at your feet
you will feel great
but when you look
at the sky
you will feel shy.
Let the day lead
your way
and let the night read
your right
Kalau siang
baik pandang-pandang
dan kalau malam
baik diam-diam.
ARAM
(Abdul Rashid Abdul Majid)
Teratak Seri Teratai
Post a Comment