Qalam Perjalanan

HARI KE 5 : 26 MARCH 2014
Stesen Kereta Api Shinagawa
- Pasar Ikan Tsukiji - Taman Shinjuku Gyoen
(Kuntum Berselerak Harum Semerbak)




Stesen Shinagawa


Hari ke 5, tidak ada program. Selepas breakfast, masing-masing membuat rancangan sendiri. Bagaimanapun Group Terengganu memulakan langkah ke stesen Shinagawa. untuk mencari "sakura" bunga kebanggaan orang Jepun. Dari KLIA lagi kami teringin sangat nak melihat bunga sakura. "Yang kuntum mengharum dan yang kelopak semerbak"


Kios Tiket

Laluan Kembara


Dari hotel jaraknya hanya 0.5 km. Mengambil masa  lebih kurang 2 minit untuk sampai ke stesyen ShinagawaWow, ini adalah pengalaman pertama di stesen kereta api  Jepun. Keramaian dan kesibukan memenuhi suasana. Masing-masing bagaikan memburu masa. Tak ada yang melepak-lepak atau  berborak-borak. Langkah  berfokas. Pandangan  lebih ke hadapan. Inilah budaya orang Jepun. "Time is money and money is time".  


On The Rail
Stesen Shinagawa

Stesen Shinagawa merupakanalah satu stesen paling sibuk di Tokyo. Ianya dikendalikan oleh East Japan Railway Company, Central Japan Railway Company, dan pengendali kereta api swasta Keikyu. Menghubungkan banyak laluan, termasuk Laluan Yamanote dan Laluan Tokaido Shinkansen. Juga laluan yang terus ke kedua-dua Lapangan Terbang Haneda dan Lapangan Terbang Narita.


Shinagawa's Time
Laluan Shinagawa
Stesen Shinjuku

Terdapat dua exit, iaitu Exit Takanawa di sebelah barat dan Exit Konan di sebelah timur. Di bahagian Takanawa mempunyai banyak hotel, dan banyak rangkaian Hotel Prince khususnya. Terdapat juga beberapa pusat membeli-belah, termasuk kompleks Shinagawa Prince Hotel yang terdapat panggung wayang, bowling dan akuarium Epson Aqua Park Shinagawa.


Aura Bunga
Flowery City

Dalam masa 18 minit kami sampai di stesen Shinjuku. Kami sempat berjalan-jalan di sekitar kawasan basement. Terdapat banyak kedai, yang menjual pelbagai barangan dan makanan. Termasuk shops of intertest. Di sini juga sibuk dengan keramaian. Masing-masing menuju ke destinasi, tanpa mempedulikan orang lain.


Kota Shinjuku
Dalam Kembara
Mencipta Kenengan

Sebagai  hab pengangkutan, stesen Shinjuku juga paling sibuk di dunia. Mengendalikan lebih daripada dua juta penumpang setiap hari. Stesen ini  mempunyai 36 platrform, termasuk arked bawah tanah dan di atas arked bawah tanah. Terdapat banyak lorong dan  lebih daripada 200 pintu keluar. Satu lagi 17 platform boleh diakses melalui lorong ke 5 stesen, disambung terus tanpa naik ke permukaan.


Pasar Ikan
Melangkah Bersama

Kami meninggalkan stesen itu melalui Exit Selatan. Mengikut jalan utama di sebelah kiri. Di kiri dan di kanan jalan, kelihatan bangunan-bangunan tinggi bagaikan menunjang langit. Di seberang jalan kelihatan kedai  Takashimaya, kedai buku Kinokuniya dan bangunan NTT yang tinggi dengan jam di atasnya. Terasa benar kecilnya diri ini di dalam timbunan bangunan batu-bata.


Bandar Bunga
Dihiasi Keindahan
Warna Bungaan
Sejenak Mengkagumi

Kami sempat singgah di Pasar Ikan. Pelbagai jenis ikan, udang, kerang dan ketam. Ada yang masih hidup dan ada yang telah dijerukkan. Saperti pasar-pasar lain, riuh-rendah dengan pelbagai ragam. Penjual dengan pujuk rayunya, manakala pembeli dengan tawar-menawarnya.




Tradisi Jepun
Bersiar-Siaran


Tren Shinjuku


Shinjuku Gyoen








Lepas itu kami meneruskan perjalanan hingga ke pintu masuk taman Shinjuku Gyoen. Di pintu masuk Shinjuku, terdapat paparan maklumat dan galeri seni.  Sudah pasti masuk dengan bayaran. Tak kisahlah, asalkan dapat melihat warna-warni bunga sakura. Dapat menghidu harum wangi aroma sakura. Inilah impian apabila menjejaki bumi Jepun, "the serene land of sakura".



Haruman Sakura
Dilatari Keindahan
Dalam Fantasi


Taman ini mempunyai tiga pintu gerbang:  Pintu Shinjuku, Pintu Okido dan Pintu Sendagaya . Dibuka dari 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Pada hari Isnin taman ditutup, kecuali semasa sakura sedang berbunga dan ketika musim kekwa. Pada akhir Mac, awal April dan awal November taman itu dibuka tujuh hari seminggu.


Warna Hati
Seputih Salju


Ia pada asalnya adalah suatu kediaman keluarga Naito dalam era Edo. Selepas itu, ia menjadi taman di bawah pengurusan Imperial Household Agency Jepun. kini ia adalah sebuah taman yang di bawah bidang kuasa Kementerian kebangsaan Alam Sekitar.




Aroma Sakura

Jangkauan Usia
Warna Kehidupan




Pada 21 Mei 1949 taman telah dibuka kepada orang ramai sebagai "Taman Shinjuku Gardens Imperial Negara". Ia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Alam Sekitar. Pada bulan Januari 2001 telah dirasmikan dengan nama "Shinjuku Gyoen National Garden".



Mencipta Kedamaian
Mencari ketenangan

Menjejak sahaja kaki ke dalam, kami tergamam. Wow, memang hebat  taman seluas 58.7 hektar ini. Bagaikan sebuah pulau. Benarlah saperti jolokannya “oasis in a midtown”. Taman taradisional ini, dihiasi taman-taman, hutan kecil, kolam besar, dan beratus-ratus pokok sakura. Begitu mempersonakan. Tidak hairanlah Shinjuku Gyoen ini menjadi destinasi tontonan sakura yang paling popular di Tokyo. Terutama pada lewat mac dan awal April.

Berguguran

Warna Alam

Dalam Kehormonian

Taman ini adalah rumah kepada lebih daripada 20,000 pokok dari seluruh dunia. Terdapat juga taman Formal Perancis dengan pohon platan dan taman landskap English dengan bunga tulip. Termasuk taman-taman tradisional Jepun, sebuah "Hutan Ibu dan Anak", sebuah bukit Maple, bukit Azalea,  Pavilion Taiwan dan beberapa kolam.



Aroma Keharuman
Kelopak Berguguran

Memang terasa  dikelilingi oleh keindahan. Udaranya begitu nyaman dengan aroma sakura. Bagaikan terapung-apung memenuhi pelusuk taman. Kaki langitnya dilatari menara dan bangunan-bangunan pencakar langit. Yang bagaikan muncul dari rimbunan hijau. Lebih kurang 1,500 pohon sakura  sedang berbunga.  Pelbagai warna. Benar-benar menjadi tumpuan pandangan. Terdapat juga padang yang luas untuk pengunjung bersiar-siar dan melepak, sambil menyedut udara sakura yang segar. 


Seputih Salju
Harum semerbak

Masing-masing tidak melepas peluang untuk mengabadikan keindahan. Mencari pelbagai latar dan sudut fotografi untuk merakam fenomena yang mengasyikkan. Lalu suasana menjadi riuh rendah bagaikan pesta fotografi. Malah makin jauh melangkah ke pedalaman makin indah. Kami bagaikan mabuk kepayang. Mabuk dengan keindahannya dan kepayang dengan keharumannya. Lalu hanyut dalam dendangan melodi keroncong, "Bunga Sakura".


Bunga Sakura indah Juwita.
Dipandang mata putih gemilang.
Merah warnanya ,baunya mengikat jiwa.
Bunga Sakura dilereng gunung ,pun didalam kota.
Melambai-lambai bersuka-ria.
Sakura bunga jelita.
Laksana sutera indah suci.
Menawan dihati sanubari.
Wajah matahari.
Tempat sang bunga berseri.
Bunga sakura ,kaulah bunga pujaan bangsa.
Kamulah impiannya wanita.
Sakura bunga jelita.
Kamulah impiannya wanita.
Sakura bunga jelita.

Nyanyian
Sundari Soekotjo


Melakar Keindahan
Mewarnai Kehidupan
Menjadi Kenangan


Banyak kemudahan telah disediakan. Lebih-lebih lagi 6 restoran menjadi pilihan untuk pengunjung. Beberapa pondok rehat juga disediakan untuk melepaskan lelah. Terdapat berbagai laluan yang akan membawa  ke penghujung taman yang bagaikan dunia fantasi. Kami pergi dan balik mengikuti jalan yang lain-lain. Jadi kami dapat melihat perspektif fantasi yang berbeza. Fantasi inilah yang akan kami bawa pulang untuk menjadi kenangan.



Post a Comment

Powered by Blogger.