Qalam Perjalanan

HARI KE 4 : 25 MARCH 2014
Odaiba - Aquacity City Odaiba
- DiverCity Tokyo Plaza

(Seindah Pelangi Secerah Mentari)


Odaiba
Peta Odaiba

Selepas breakfast kami bergegas untuk perjalanan seterusnya. Kadang-kadang bagaikan mengejar masa dan mengejar ruang. Seolah-olah dalam kesempatan yang agak sempit. Namun jangkaan kembara lebih menjanjikan cabaran yang menyeronokkan.


Pulau Buatan
Rainbow Bridge

Destinasi pada hari ke 4 ialah mengunjungi Odaiba. Sebuah pulau buatan yang terbesar di Teluk Tokyo.  Dihubungi oleh Jambatan Rainbow dari pusat bandar Tokyo. Dibina pada 1850-an untuk strategi pertahanan. “Odaiba" berasal dari sebutan untuk enam pulau di Teluk Tokyo yang dibina sebagai benteng pertahanan di zaman Keshogunan Tokugawa. Meriam-meriam telah diletakkan di sepanjang pantai pulau.  


Popular Bridge
"Shuto Expressway"

Jambatan Rainbow pula begitu popular. "Seindah pelangi secerah mentari". Merupakan sebuah jambatan gantung yang menyeberangi utara Teluk Tokyo antara Shibaura Pier dan Odaiba waterfront di Minato. Secara rasmi dipanggil "Shuto Expressway No. 11 Laluan Daiba - Pelabuhan Tokyo Penyambung Jembatan”. Nama "Jambatan Pelangi"   telah dipersetujui oleh rakyat Jepun.


Merakam Odaiba
Aqua City
Aqua City Odaiba


Ia telah dibina oleh Kawasaki Heavy Industries. Bermula pada tahun 1987 dan siap pada tahun 1993. Jambatan itu adalah 798 m panjang dengan jarak antara dua tiang  utamanya  ialah 580 meter. Lebarnya 49 m dan tinggi laluan 52 m. Ketinggian menaranya 126 m.


Bandar Futuristik


 Mengikut sejarahnya. pembangunan Odaiba telah dimulakan oleh  gabenor Tokyo, Shunichi Suzuki seawal 1990-an.  Sebagai Tokyo Teleport Town yang futuristik, untuk membangunkan kawasan kediaman dan komersil. Pembangunan ini  dijadualkan siap pada musim bunga 1996 untuk "Ekspo Urban Antarabangsa"


Serumpun Nusantara


Pada separuh kedua tahun 1990-an, beberapa hotel, pusat membeli-belah dan laluan keretapi Yurikamome telah dibuka. Odaiba terus berkembang menjadi salah satu tarikan pelancong di Tokyo.  Menawarkan pelbagai pusat membeli-belah, tempat makan dan hiburan percutian. 


Projek Mewah



Beberapa projek mewah telah memesatkan lagi pembangunan Odaiba. Antara projek seni bina paling hebat adalah bangunan TV Fuji, Telecom Center dan Tokyo Big Sight. Perancangan bandar moden juga turut menyediakan  banyak ruang hijau,  kemudahan laluan bermotor dan laluan lintas pejalan kaki yang  bertingkat.


Restoran Halal

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah di restoran halal. Sekali lagi dihidangkan dengan makanan Jepun. Lepas makan terus ke Aquacity City Odaiba. Kompleks membeli-belah yang besar yang terletak betul-betul bersebelahan Odaiba Kaihin Park. Kami menaiki tangga untuk ke  kompleks Aqua City Odaiba. Di hadapannya bagaikan platform peninjau. Lokasi yang begitu ideal, menghidangkan pemandangan yang menakjubkan.


Patung Liberty
Sudut Fotografi

Kelihatan Patung Liberty dan Rainbow Bridge melatatari langit Tokyo dari kejauhan. Kami bagaikan berpesta sambil mencari sudut-sudut fotografi yang menarik. Merakamkan a momentous occasion. Lalu tercatat satu lagi peristiwa dalam diari peribadi.



Peta Aqua City



Aqua City Odaiba adalah Zon membeli-belah yang terdiri daripada kira-kira 80 kedai. Menawarkan pelbagai fesyen kasual berdasarkan tema "Tokyo Reso-to”  atau “Tokyo Resort Island”. Di sini kami dapat merasakan belaian angin laut yang menyegarkan. Pemandangan yang begitu mendamaikan.


Peta DiverCity


Dari Aqua City Odaiba kami berjalan kaki ke DiverCity Tokyo Plaza. Seronok apabila berjalan beramai-ramai. Di perkarangannya bunga-bunga sakura baru nak berkembang.  Masing-masing terjengket-jengket untuk mencapai bunga sakura. Sempat juga bergambar di bawah pohon sakura.


Aroma Sakura

Naungan Sakura
Haruman Sakura


Plaza Divercity ini dibuka pada tahun 2012. Terdiri daripada pusat membeli-belah, tempat makan dan kompleks hiburan. Daya tarikan yang paling unik adalah Gundam Front Tokyo.  Menawarkan pelbagai tarikan dan kedai robot siri anime.  Robot Gundam yang besar berdiri di hadapan bangunan.




Mempengaruhi Mentaliti Kanak-Kanak

  

Bagaikan raksaksa Sang Gundam, terpacak tegak.  Salah satu watak kartun yang popular di  Jepun. Mempengruhi mentaliti kanak-kanak, Malah budaya kartun ini sedikit sebanyak sudah mempengaruhi pemikiran anak-anak Malaysia, terutamanya watak Doraemon


Gundam
Gundam RX-78-2
Gundam pertama kali ditayangkan pada tahun 1979.  Begitu popular hinggakan replika gundam RX-78-2 dibena setinggi 18 m. Mengikut ukuran sebenar dalam  filemnya. Berdiri megah di hadapan bangunan Divers, bagaikan kesatria mengawal bangunan dan kawasan di persekitarannya.


Bayangan Gundam

Kami terpaksa mendongak untuk menatap wajah Sang Gundam yang seolah-olah mengucapkan kata-kata “Irassyaimase”. Sebaliknya terasa kecil di bawah bayangan Sang Gundam. Namun sempat bermesra dengan Sang Gundam. Hanya merakamkan kakinya, kerana kami menjadi terlalu kecil untuk keseluruhan Sang Gundam.


Kompleks Diver City
Window shopping

Selepas bermesra dengan Sang Gudam. kami terus masuk dalam shopping kompleks. Hanya window shopping. Tidak ada apa-apa keperluan untuk dibeli. Bagaimanapun kami tak melepaskan peluang untuk bergambar. Terutama di depan sebuah kereta mewah yang mungkin bernilai jutaan.





Akhirnya kami terpaksa meninggalkan Odaiba. Bagaimanapun hari ini kami berpeluang menyaksikan fenomena sukar dipercayai, tetapi  benar.  Satu  lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia. 5 lintasan utama bertemu menjadi satu lintasan besar. Dikenali dengan Lintasan Shibuya. Danggarkan 100,000 orang melintasinya setiap jam, dan hampir satu juta setiap hari.


Menakjubkan

Entah dari mana mereka datang. Tiba-tiba bagaikan bertali arus mereka keluar dari celah-celah bangunan. Beribu-ribu kaki melangkah, tetapi tidak berlaku tolak-menolak antara mereka. Memang benar mereka adalah bangsa yang mengamalkan peraturan. Bagaimana mereka datang begitu juga mereka pergi. Hilang tiba-tiba apabila lampu merah menyala.



Lintasan Shibuya
Sejuta Sehari


Lintasan Shibuya ini  terletak di hadapan pintu keluar Stesen Shibuya. Salah satu stesen kereta api paling sibuk di Tokyo. Malah nama "Shibuya" juga digunakan untuk merujuk kepada kawasan beli-belah yang mengelilingi Stesen Shibuya. Dikenali sebagai salah satu pusat fesyen Jepun, terutamanya bagi orang-orang muda. Sebagai kawasan yang mana malamnya tak pernah tidur.









Post a Comment

Powered by Blogger.